Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2015

Family day 2015 | legoland & pulai desaru

Akhir2 ni ekoran kekangan masa, tak dpt luangkan byk masa di blog. Sekadar utk kenangan, sy cuba abadikan beberapa kenangan kami bersama di sini.

Awal november- saya dan family besar sy telah memilih johor bharu sbg destinasi percutian tahunan kami bersama ie family day. Kami enam beradik bersama ma dan abah kami akan luangkan masa utk bercuti bersama inshaAllah setiap tahun.  Sy ni mmg sll susah nk rancang cuti. Kali ni kakak sy yg booking semua blk hotel. Tetiba last minit, sy ada meeting. Sedih sgt. Terpaksa join lewat sehari. Tp xpelah, boleh jgk join. Kami x boleh ubah date sbb semua dh bayar ie hotel.

Selepas meeting hari isnin (cuti deepavali), kami terus bertolak ke johor. 


Wajah teruja nk bertolak ke johor....


Banyak gambar sy nak letak. Biarlah gambar berbicara. Actually ni adalah pengalaman kedua kami bermalam di hotel legoland dan pengalaman keempat kami ke taman tema lego ini. Tp keterujaan masih terasa apatah lagi anak2 sy sbb dapat bergembira bersama sepupu2 dan tokma dan tokki mereka.

Jom layan jutaan pic....sampai je ke hotel, kami tukar pakaian dan join fmly kami yg dh mandi manda di legoland waterpark... Mmg best sgt :)









Jangan tak tau, ayah sy pun layan semua slide kat sini.... Layan je anak menantu main sama even gayat xhengat abah ckp haha...









Dah penat mandi manda, kami rehat seketika utk mkn2. Mmg order mknan x hengat sbb sgt lapar kan. Tetiba dtg la staff legoland minta anak kami buatkan lego. Mereka dh biasa kan main lego ie fav mereka. So senang je semua siapakb. Alhamdulillah dpt la hadiah ie cenderahati dr legoland yeay...







Petang tu semua kepenatan, layan air smp park tutup. 

Sebelah malam pula, kami dinner bersama2 aka grand dinner. Plg suka ke senibong bila dtg bercuti ke johor. Ini kali keempat kami dinner kat sini dan tak puas2 lagi hihi. Semua teruja nk layan lobster. Actually sblm ni sy penah bwk parents sy ke sini, dan kakak sy juga sudah beberapakali ke sini. Cuma kakak kedua sy je baru kali pertama ke sini. So dia la yg plg teruja :)

Mai kita pakat pilih seafood yg berkenan di hati :) 




Ada lobster, ketam, udang, sotong, ikan bakar, pari bakar, kerang dan lauk pauk lain ie tomyam sayur dan telur. Alhamdulillah.... Semua gembira :)






Inilah keluarga besar kesayangan sy :)


Pic pagi masa breakfast sblm kami bertolak ke pulai desaru pula.





Pulai Desaru mmg cantik ie pemandangan pantai dan sesuai utk percutian yg penuh rehat. Pic spjg di pulai desaru.





Ni adik sy... Kemain dia ye...






Malam tu sekali lg kami dinner special ie makan di atas rakit. Suasana yg tenang tambah plk boleh tgk kelip kelip dr sini. Masakan dia mmg sgt sedap dan yg xbestnya, sy lupa nama kedai hehe...



Plg special masakan ketam ni yg sedap tak terkata hihi







Juga aktiviti mandi kolam sblm balik semula ke kuala lumpur...



InilAh ibu saya. Hobinya xkira masa adalah membaca.. Ke mana pergi pasti tak lupa bawa Al-quran, tafsir dan buku2 ilmiah. Ibu sy idola saya.



Sebelum balik ke kl, sempat kami singgah ke melaka di petang hari utk menjamu selera merasai keenakan asam pedas melaka :)



Alhamdulillah. Semoga keluarga sy diberikan rahmah, dikekalkan dalam nikmat kasih syg berpanjangan krn kami sgt saling memerlukan, dan kami sentiasa dlm lindunganNya. Semoga ma abah diberi kebahagiaan sll bersama anak cucu dan diberi kesihatan yg baik dan kegembiraan berterusan di dunia dan akhirat. Ameen.


Mrs Nizar































2 comments:

  1. Alhamdulillah. Sepuluh ribu kali kot i kalau ckp pasal seafood i akan tanya orang pernah pegi senibong tak.. Then i akan cakap "kawan i selalu makan lobster dekat situ" i refer dekt u haha.. I tak tersampai lagi..

    ReplyDelete
  2. Hahaha tu la... Tp sekarang dia punya harga makin mahal la. Dulu xterasa sgt. Tp kalo pegi kedai kedua atau ketiga dr deret tu pun ok, harga dia jauh lebih murah cuma bahan mentah xsebesar n se gah kedai yg pertama yg femes tu la

    ReplyDelete