Tp disebabkan terlalu mengantuk, kami bertolak balik ke rumah dr rumah tokma jam 11 malam. Terus blk tido lepas seharian anak2 penat main dgn sepupu dirumah tokma.
Awal pagi ahad, elok lepas solat subuh, kami bertolak ke rawang nk cari lego, kemain frust sbb semua lego dh habis walhal baru kuar hari tu. kami pegi ke shell di area ofis sy. Katanya jualan lego stat kul 8am. N kali ni kena beli satu je tiap satu resit. Gigih suami sy ulang alik isi minyak tiap rm40 sbb nak beli lego 4 ketul hehe.
Lepas beli lego, cepat2 blk umah n kami spent masa dgn anak2 utk buat lego. Yeay dh lengkap apa yg dikumpul :)
Pastu suh anak2 mandi. Sll mmg mandi, sy atau suami turut ada dlm blk mandi. Bahaya ada di mana2, terutamanya dirumah. Sbb diorg dh sll mandi sndr ie kami jenguk2 je, so ingat semua ok. Dgr mereka mandi happy gelak ketawa. Tiba2 eham ckp "adam, mulut awk berdarah". Adam ckp "kenapa berdarah ni?" Irham "mama,adam berdarahhhh".
Sy masuk blk mandi n terkejut tgk darah sgt byk kt mulut adam. Sy ingat adam jatuh. Sy tanya tp adam cm gugup, dia ckp dia xjatuh. Dia ckp dia xtau kenapa darah. N dia ckp dia xsakit. Sy tny cmne tiba2 jd darah. Dia ckp dia nk berkumur, pastu tgk darah kat mulut. Pas siasat2, rupanya adam berkumur letak hujunh pili air tu kt dlm mulut ie kena mulut dia.
Kami pegi beberapa klinik. Bila wkend, semua doktor muda ie doctor yg buat locum shj yg ada. Semua ckp mmg xleh gam, kena jahit. Tp kami xboleh buat jahitan. Kena pegi hospital. Ada jgk yg ckp, kena jahit tp kami xde ubat bius. Tak kan sy smp hati nk tgk anak tahan sakit kena jahit tanpa bisu kan.
Kami bergegas ke prince court medical centre. Smp kat sana, doktor buat pemeriksaan. Ada beberapa pilihan diberi :
1) Katanya sbb dekat dgn mulut, kalo gam risau dia akan terbukak semula sblm dia dh tertutup rapat sbb dekat dgn saliva (air liur) n juga dekat dhn tpt bukak tutup mulut. Risau anak2 xleh kontrol n bercakap/makan, jd terbuka semula.
2) kena jahit. Katanya ada dibius kebas di pipi semasa proses jahitan. Tp kdg2 anak2 menangis sbb nmpk semua kelengkapan. Katanya jahitan ni sekejap je. Bila tny akan berparut ke tak, katanya ikut keadaan lepas jahitan. Dia akan cuba yg terbaik.
3) minor plastic surgery. Katanya yg ni akan dijahit oleh doktor pakar. Kanak2 xtrauma sbb dia bg general anestatic ie full bius. Tp kos agak tinggi dalam lebih kurang rm6000. Katanya mmg xakan ada parut n sgt kemas ie akan kembali spt biasa keadaan bibir tu.
Sy minta utk discuss dgn suami. Kami mmg nk buat minor plastic surgery tu.
1) sbb kesian adam, dia cm takut dengar nk kena jahit
2) sbb tak nak adam berparut di muka/mulut, itu harapan kami.
Tp kami risau kesan ubat bius pd anak. Tp slps pakat bius jelaskan mmg xde risk utk kanak2, kecuali org yg berusia utk guna ubat bius, kami bersetuju.
Berkali2 adam tny papa dia, "papa, nanti mulut adam ni doktor buat baik masa adam tidur ke masa adam sedar?". Lega dia bila papa ckp bila adam tidur. Berkali2 ckp "thank you mama sbb mama suruh doktor buat masa adam tidur. Adam takut. Mahal kan mama". Muka adam sedih. Adam dgr masa kami bincang dgn doktor. Masa ni kami ambil peluang nasihat adam, kami risau dan sedih bkn psl kos, tp takutnya kami nk tgk anak2 melalui apa2 kesakitan.
Alhamdulillah, lepas kami bersetuju, doktor cakap, sblm operation, adam kena puasa selama 6 jam dan kena admitted. Doktor ckp lagi, semua kos xperlu bayar sbb insurance kami cover utk sbrg kecederaan sbb kami kena warded. Alhamdulillah.
Tahun ni byk kali juga anak2 masuk wad etc. mujur kami ambik insurance. Sbb sblm ni sll dpt rawatan yg terbaik ie medical benefit dr petronas (ofis papa), so suami sy minta utk amik coverage medical yg baik juga slps papa resign. Kami amik insurance utk medical dan simpanan utk belajar bg anak2 kami. Tetiba teringat, dah xlama nk kena renew polisi ie pada 29-12-2015 ni. Xmurah utk renew ie RM27,000 setiap tahun utk jumlah kesemua lima org. Ie kami amik coverage rawatan hospital kalau x silap sehingga RM2M setiap seorg/year, max harga wad semalaman RM500 (juga dibayar duit poket tiap hari2 yg masuk wad). Kami ambil utk persediaan je, semoga tiada musibah smp kami kena guna medical card sll. Ameen.
Dh mula kena jimat2 plk utk dapatkan fund. Bln 12 mmg tiap tahun byk kos tambahan kena sediakan. Sekolah anak2 etc. utk irham sbb sekolah kebangsaan, jd dh xmahal sgt tahun ni. Utk adam dan ariana, sllnya pendaftaran mmg lebih RM2k setiap sorg.
Ni adam masa mula2 masuk ward. Kesian adam sbb lapar kena puasa.
Ni la luka di bibir adam :'(
Pukul 5.30 pm, doktor pakar , ie Prof Dr Kelvin - consultant maxillofacial sergeon dtg melawat adam. Katanya dia yg akan lakukan pembedahan pd adam. Kami dimaklumkan beliau juga adalah pakar utk reconstruct pd bhg wajah etc. specialist bhg wajah.
Pukul 6pm, adam ditolak ke operation theater. Sedih sgt ketika ikut tolak adam ke sana. Ini baru luka di bibir, debaran mmg sgt keruan. Plg risau kesan bius. Terbayang ibu2 hebat yg diuji anak2 mereka sakit utk melalui operation. Nauzubillah nauzubillah. Tabahnya mereka.
Smp di bilik bedah, sy dikenalkan dgn doktor pakar bius, Dr Azmil Farid. Sangat baik, friendly dan sgt optimis. Buat sy sedikit lega slps penerangan ttg bius.
Mengikut polisi hospital, hanya seorg wakil dibenarkan utk teman di dalam dewan bedah. Seharusnya sy yg nk masuk teman adam. Kalau boleh xnak lepaskan adam langsung sndr setiap masa.
Ni adam ditolak ke dewan bedah. Ada byk dewan bedah.
Katanya pembedahan ambil masa dlm 30min, tp hakikatnya ie kurang dr 20minit. Sekejap je. Xhenti sy doakan kesemua dipermudahkan. Smpt lagi snap pic utk suami sy yg menunggu dgn anak2 diluar.
Lepas 20minit rehat di dewan bedah, adam dipindah ke ward semula. Ni masa adam mula2 keluar dr dewan bedah.
Inilah adam kesayangan sy.
Kena sentiasa beringat, bahaya ada di mana2, malah selalunya bahaya mmg ada di dalam rumah kita. Even dh kerap nasihat anak tiap kali nmpk apa je aktiviti yg boleh membahayakan, tp kita kdg2 ada yg xboleh jangka. Kita sama2 berdoa sll semoga dijauhkan musibah pd fmly kita dan anak2 kita sentiasa dlm lindungan Allah swt.
Keesokannya, kami dibenarkan keluar wad. Sy cuti pd hari isnin, hari adam dibenarkan keluar wad. Kami berehat dirumah bersama.
Total bill adam lebih RM7000++. Harga sebuah kesihatan tidak murah apatah lagi dlm keadaan negara kita sekarang.
P/S : smlm kami lunch kari kepala ikan yg plg special di KL. sy tau tpt ni sbb bawak client ke sini. Mmg sgt sedap. Sbb ada byk lebih, kami tapau bawak blk utk dinner. Masa dinner, ariana ckp "papa, nk crocodile".... Eiiii geli plk dgr. Sbb dia nnpk gigi ikan tu kot cm crocodile. Haish. Mknan sgt sedap tp agak mahal. Sekali sekala boleh la. Kami amik kepala ikan, udang harimau sgt besar dua ekor (dia belah plk tgh, jd empat la), sotong goreng sgt fresh n sedap, sayur, sotong kari seekor, sambal belacan, nasi putih 4 dan air. Tptal dia RM250. Mmg sgt sedap, xyah p penang dh pasni hehe.
Haha, sll kalo maid ada jgk rasa nk marah even xmarah, tp bila turn suami, rasa kesian n nk gelak plk. Xpelah abang, effort tu yg penting. Hasil dr effort belakang kira ye. Mekasih hehe. Really appreciate it huhu. Muah muah.
Ok selamat bekerja semua. Semoga dilindungi Sll. Ameen































No comments:
Post a Comment