Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 22, 2016

Day 1: cuti2 sabah | perjalanan | island hopping | nexus karambunai

Awas : entry cuti2 sabah ini sangat banyak gambar kenangan ye. Bertabahlah :)

Khamis lepas, saya balik kerja dah agak lewat. Setiap hari merancang nak balik awal, tapi gagal. Risau sebab saya belum packing barang2 untuk cuti2 sabah. Sampai rumah dah 7.00malam. Berehat sekejap sebelum dinner bersama keluarga.

Sebab keletihan, saya rehat dulu. Lewat malam baru kemas barang, baru google mana nak visit di sabah, baru google tempat makan best2. Pukul 1am baru saya tidur. Suami tidur lagi lambat sebab busy google. Pukul 4am kami terus bangun mandikan anak. Semua sangat mudah bangun tidur sebab sejak semalam teruja nak bercuti.tengok, seawal 4.30am semua dah siap mandi .. Clap clap clap untuk anak2 mama.


Tepat jam 5.30am, kami bertolak menuju ke KLIA. Kami pergi dengan kereta sendiri dan parking je di KLIA, lebih selrsa dan mudah untuk travel (awal pagi sangat dan pegi pun tiga hari je kan).



Elok sampai di KLIA, semua masih nampak mengantuk. Tapi anak mama memang super sporting la, tak banyak kerenah, layan je menggagah diri ikut schedule papa dan mama.



Tengok tu, mengantuk cik ariana. 

So kami bawak anak2 bershopping coklat dulu. Semua happy dan bertenaga la kan. Yeay, papa beli satu sorg coklat termasuk untuk mama. Happy happy happy..





Kami tapau di marrybrown untuk breakfast. Sekarang ada promo pinggan batman di sana. Semua happy sekali lagi bila mama belikan set pinggan untuk mereka. (Motif percutian : sebagai token penghargaan kpd anak2 yang tabah dgn rutin harian sekolah mereka yang padat. Kali ni nak mereka happy happy spjg tiga hari yeay).






Semasa dalam flight, saya duk dengan ariana dan adam (ada tukar2 seat juga ie ariana duduk dgn papa). Semua behave sebab duk layan kartun chipmunks movie. Ariana siap menari menyanyi ... Haddowww...




Ini menu pilihan kami. 




Tiba di kota kinabalu, terus kami ke kaunter kereta sewa Hertz.



Smlm saya dh booked Honda City. Plan asal suami saya nak sewa SUV, tetapi mahal sangat ie kalo land cruiser tu sampai RM4K++ untuk tiga hari. Suami nak SUV sebab tahu keadaan jalan ke kundasang tu banyak mendaki.


Pilihan lain juga dah banyak yang habis ie sebab kami lambat sangat buat reservation. So kami ambil Honda City sbb lebih praktikal dan affordable ie (RM278/day -- kami sewa tiga hari) Selesa, baru dan sangat jimat minyak. Saya suka.

Inilah kereta kami. Tadaaaaa....



Masuk je kereta, papa belikan dunkin donuts untuk anak2. 


Masuk je ke bandar. terus la kami decide untuk ke jeti jesselton dulu slps nampak kejernihan air laut di pesisir pantai spjg bandar kota kinabalu. 



Juga selepas tgk komen mira di blog saya dalam entry sebelum ni (emmira.com), teringin rasa nak ke Pulau Manukan. Dr hasil google, tiket ke sana dalam rm30/ pax. Tax untuk jeti plk lupa dlm rm7++ sorg.

Tapi sampai kat sana, suami suggest untuk kami charter je sebuah bot sebab kami bawa anak kecil, senang kalau charter bot. Anytime nak balik ke apa sesuka hati kan. Untuk sewa satu pulau dalam rm250 manakala untuk dua pulau dalam rm350. Tapi ada banyak lagi hidden cost ye. Life jacket untuk anak2, jetty tax, alat snorkeling etc. total dalam rm400 utk visit dua pulau. Kami pilih pulau manukan dan pulau sapi. SubhanAllah cantiknya pulau2 sabah ni especially pulau sapi. Jernih airnya macam jelly. Nyumnyum.... 

Kami beli bekal makanan untuk berpicnic di pulau.gambar di dalam bot kami.





Ini gambar sekitar di pulau2 yang kami lawati...air yang jernih dan pasir yang putih gebu buat kami meronta nak ke sini lagi :)














Memang puas hati dan super penat. Anak2 main air dan pasir sepuas hati. Siap baring2 dalam air ye.



Kami bertolak balik ke daratan jam 4.00pm. Sampai di jetty, badan lesu tak terkata. Sebab malam sebelum tu kan kami tidur lewat. Tapi gagahkan diri. Tiba2 baru perasan suami saya tertinggal spek dia kat pulau.(nampak suami sangat sedih.)Spek tu spek kesayangan suami. Saya dh lupa bila saya hadiahkan, kalau tak silap dah lebih tiga tahun kot. Spek tu brand Oakley (harga beli RM2k ++). Sedih suami sy. Tapi nak patah balik kami memang dah lesu sangat. 

Kami terus menuju ke hotel. Kami bermalam di Nexus Karambunai Resort & Spa. Alhamdulillah jumpa bilik yang affordable. Sebab booking last minute ketika cuti sekolah, semua bilik memang lebih RM1k semalam untuk setiap hotel. Agak terkejut sebab Karambunai ni selalu mahal bilik dia, tetiba ada pulak yang murah dan hotel2 lain (Yang saya compare la). Bukan la murah sgt tapi sgt affordable untuk hotel 5 stars time cuti sekolah ni.


Ini sekitar gambar di hotel. Bilik selesa di tepi pantai. Bilik mandi pun luas la.





Malam tu kami keletihan. Sangat sangat letih even plan asal nak cari seafood untuk dinner. Kami cuma order room service je untuk dinner.



Selepas makan malam, kami terus tidur. Even kami sangat penat, tapi kegembiraan kami mengatasi kepenatan itu. Alhamdulillah. Hari pertama berakhir dengan gembira. Yeayyyyy....

Apa pula jadual hari kedua kita ye ? :) nanti mama sambung lagi.


Salam.

mrs Nizar

P/s : sebab suami sedih, sampai KL je terus saya suh suami carikan spek baru untuk ganti yang tertinggal di pulau . Plan nak hadiahkan suami semula sebab yang dulu dah hilang. (Oh ye, saya tak sempat teman sebab byk benda kena attend masa isnin).Masa kat KK, suami duk pakai spek itam 24/7 sebab spek tu je yang ada power hehe.

Suami saya masih setia dengan Oakley. Harga pun lebih kurang yang dulu. Happy saya bila suami saya happy. InshaAllah sehari dua lagi, papa dah ada spek baru yeay...(skrang pakai spek spare utk emergency je dulu).





































2 comments:

  1. Clap clap clap semua anak anak behave. Manukan mira suggest sebab dekat, bebudak tak rase lama nak sampai ke pulau tu..

    P/s tunggu cerite sungai banyak ikan tu ☺️☺️

    ReplyDelete
  2. Tq tq tq sgt sgt mira. Kalau u tak komen kat blog tu, mmg manukan xde dlm list kami sbb masa google ntah cmne boleh tak terbaca plk tmpt ni. Sgt lawa n tpt plg best bg saya di KK 😘😊

    ReplyDelete