Throwback kisah selasa....
Di malam hari, tengah kami sekeluarga berehat, tiba2 adam saya bkata "mama, adam tak happy la mama pegi keje bila adam cuti sekolah. Boleh tak mama cuti juga. Boleh tak kita rehat sama2. Adam sangat bosan kalau mama tak ada. Adam cakap betul2 ni".
Tersentak hati seketika. Bukanlah kami tak spent masa bersama, cuma mungkin mereka terasa sebab bila cuti sekolah mereka "perasan" saya pergi kerja.selalunya masa mereka ke sekolah saya pegi keje, mereka balik saya pun balik. Lunch bersama. Kali ni pun lebih kurang je. Walhal tiap malam kami tengok tv bersama, belajar bersama dan buat art bersama. Tapi hati tetap sayu dengar ayat adam saya.
Daripada plan asal nak keluar pegi ke Magnum Cafe, terus saya sekeluarga terpacak kat rumah je. Kenapa? Sebab tiba2 je rasa nak bawa anak2 bercuti, jadi terus mengadap laptop untuk rancang cuti2 malaysia kali ni. Kesian pula mereka, ketika hari sekolah rutin harian mereka agak penat.
Kalau ikutkan hati memang nak masuk office beberapa jam je bila cuti sekolah, tapi kadang2 apa yang dirancang sedikit tersasar sebab kebetulan jadual saya agak padat... Sob sob.. Terus la cakap pada suami nak bawak anak bercuti dan esok (ie hari ini la, hari rabu) nak bawa anak2 ikut keluar dengan saya masa kerja sekejap.
Hmmmm... Juga Kesan pengaruh adik beradik juga yang semua bercuti kali ni ie tinggal saya je di KL. ada ke jepun, ada pusing msia, ada yang balik terengganu.
Saya buka website MAS, usha tiket. Teringin ke kota kinabalu. Suami pula bagi greenlight. Kami ni susah sikit bercuti dgn perancangan rapi, sll je saat2 akhir baru nk buat reservation. Malam tadi terus booked tiket flight. Internet prob, sampai lewat malam baru selesai. Tu pun masalah payment, kena bayar di Kaunter MAS kalau kami nak juga harga promo yang asal.
Kisah rabu....
Misi untuk gembirakan anak2.
1) jam boboiboy
awal pagi, gigih ke OldTown White Coffee. Pengaruh boboiboy, anak2 nak jam boboiboy. So kena breakfast kids meal di sana. Pegi outlet di Taman Permata, jam dah habis. Gigih ke Taman Melati, pun dh habis stok. Syukur cubaan ketiga di Danau Kota, ada 4 je lagi. Terus kami breakfast di sana. Happy anak2 saya. (Jam biasa2 je pun padahal)
Lepas makan terus ke KL sentral. Masa on the way ke sana, terus saya booking bilik hotel. Cuak juga sebab tiket flight tak beli lagi. Elok sampai KL Sentral, saya dah selesai booking (kena bayar terus sbb dah dekat sgt tarikh nak travel.
• alhamdulillah, tiket berjaya dibeli, dah siap check in. Jumaat jam 8.40am ni. InshaAllah.
• jumaat malam selamat reserved di Nexus Karambunai Resort & Spa. InshaAllah. (Kredit : google)
• sabtu malam saya reserved di The Pine Resort Kundasang. Hasil pengaruh adik dan kakak ke sini bulan lepas. Katanya sangat cantik pemandangan di sini (bilik biasa jelah). Kami amik view gunung + bawah bilik kami ada arnab. Harap anak2 suka. Pakej breakfast dan dinner sekali. (Pic kredit : google)
Lepas tu hantar anak2 balik rehat. Hari ni kat office pun macam2 benda saya kena siapkan. Terkejar- kejar sana sini. Penat sangat. Pujuk hati dah tak lama nak bercuti rehat. Bertabah lah.
3) shopping dan jumpa kakak
Sebab saya tak sempat ke airport, tadi saya dan suami ke KLCC untuk bersalam dan bye bye kakak dan family yang bertolak malam ni ke jepun. Juga adik2 saya. Sempat suami shopping monopod utk go pro kami. Plan asal nak shopping tapi kesuntukan masa. Saya ada appointment lagi. Sempat lunch dengan kakak di La Cucur.
Gambar kakak dan adik2 di airport dan ketika tiba di tokyo.
4) family dinner
Balik kerja, cepat2 bersiap untuk family dinner. Ibu mertua dan abg ipar dan family datang ke kl. mereka bermalam untuk tiga malam di sini. Saya memang suka berkumpul dan makan2 dengan family setiap kali berjumpa. Family utk both sides.
Throwback dinner malam pertama
Dinner di restoran Niara. Ada ikan tiga rasa, udang masak petai, kerabu sotong, ayam, daging, lala, sayur, tomyam,kerabu mangga, tauhu, telur (etc sbb lupa masakan hehe).
Menu pilihan kami ikan tiga rasa, udang butter, sotong telur masin, tomyam campur, sayur, daging, lala, telur etc (lup nama masakan hehe tp inilah menu standard pilihan hati hehe.)
Waktu berkumpul macam ni memang meriah semua bertukar cerita :)
5) shopping lagi
Elok lepas dinner, kami bergegas ke KLCC. Nak shopping baju2 anak sikit. Sempat ambil sehelai dua. Kami ke kedai poney.
Barang saya dan suami tak sempat. Esok saya sangat busy. Kalau ada lapang, plan nak beli baju dan kasut juga handbag untuk saya. Kalau tak sempat, layan jelah mana yang ada. Suami cakap, nape la kita selalu shopping last minit. Pastu pandai pula dia jawab sendiri "macamana tak last minit, plan pun baru tadi. Beli tiket pun baru tadi ...huhu". Semoga dipermudakan.
Antara yang sempat kami capai tadi.
Wajah kesayangan saya tidur. Aktif betul mereka malam ni. Sampai rumah terus semua tidur keletihan. Semoga hari2 mendatang selepas ini sentiasa menggembirakan anak2 dan kami semua dilindungi Allah selalu.
What a wonderful wednesday today :):)
Ameen.










































deep betul Adam mintak mama cuti sama .. huhu..
ReplyDeleteItu la. Kesian pulak rasa
ReplyDeleteSeronoknya u boleh ambik cuti anytime! Selamat bercuti.. Kalau nak light light pergi island hopping pergilah pulau manukan.
ReplyDeleteInshaAllah thanks mira ! Idea baru ni, best best....harap sempat :)
ReplyDeletebeshnya cuti2 ;) tak kisahlah last minute plan pun hehheheh
ReplyDeleteTu la, alhamdulillah :) semua happy :)
ReplyDelete