Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 1, 2016

Cepatnya mereka membesar....

Kenangan untuk anak2..... Tentang apa yang sangat mereka obses ketika kecil.

Dulu masa irham dan adam kecil, mereka sgt sukakan koleksi thomas & friends. Segala jenis koleksi trek thomas&friends yang dijual di toys r us ada dirumah kami.

Kartun pula mereka sangat sukakan mickey mouse clubhouse. Berbeza dengan ariana, ariana sejak kecil sukakan Dora the Explorer. Mainan pun nak dora. Segala anak patung dora papa belikan di canada.

Sylvanian Families

Sekarang, minat masing2 makin berubah. Ariana masih lagi minat dora, tetapi ada satu lg minat tambahan si kecil ni iaitu set Sylvanian Families.(kadang ngelat juga beli playhouse lain hehe). Setiap kali ke toys r us atau hamleys, inilah tempat ariana boleh stay dengan sangat lama sampai kedai dah nak tutup.



Ariana dah ada dua set rumah dr Sylvanian Families. Sebenarnya saya pun suka, macam comel mainan ni. ( always remember there's a little girl inside you :)


Eiiii comel kan hehe...






Proud owner...



Cuma kalau nak beli, set rumah jual asing, set family ie ibu anak ayah semua pula set lain... Jadi kena beli sikit2 la.



Lego

Mainan kedua yang ketiga2 anak saya obses adalah lego. Bagi saya, tak ada restriction utk beli lego sbb ia mengasah kreativiti anak2. Irham dan adam inshaAllah akan kami enroll ke kelas lego. Sebelum ni kelas yang kami cari sgt mahal ie RM400 seorg setiap bulan atau utk pakej cuti sekolah sampai RM800 seorang utk course tiga hari. Yang kali ni macam murah. Nanti saya update kemudian.



Koleksi lego mereka agak banyak. Macam2 koleksi. Tapi selalunya kami tak akan beli yang harga lebih RM250 seorang.

Irham dan adam ni ada satu impian. Untuk koleksi Lego yang sangat besar dari kedai Lego di KLCC. 

Antara lego impian mereka selain model baru ferrari...

 Jadi untuk bagi semangat pada anak2, mama dan papa janji akan belikan kalau irham dapat semua A dalam ujian sekolah rendah tak lama lagi.  Dan papa janji kalau irham dapat No.1, irham boleh pilih apa shj lego yg berkenan di hati. Bagi saya lego bukan sekadar mainan, ia juga satu sessi pembelajaran.

Janji cuma utk bg semangat. Bukan result jadi keutamaan, tp usaha anak2. Dan usaha yang gigih dengan result yang cemerlang adalah satu bonus. 

Kadang2 kesian juga sebab tau agak susah sebab irham di dalam kelas pilihan di Sekolah Berprestasi Tinggi. Ujian sekolah dia berbeza dari ujian sekolah biasa --pesan cikgu dari sekolah private dia dulu. Jadi kena usaha lebih. Tq cikgu sebab cepat bagi information pd kami. Tambah lagi persaingan irham dan kawan2 dalam kelas. Alhamdulillah utk tahun satu ni irham terpilih ke kelas 4 pilihan terbaik sekolah itu ie mereka ala2 eksperimen pun ada. Kelas pertama yang belajar semua subjek dlm english dan ambil UPSR dalam english. Mama sentiasa doakan irham. Doa dan restu papa dan mama sentiasa iringi anak2. Dalam hati papa dan mama, kalau irham sudah berusaha dgn bersungguh, dan mmg dapat keputusan agak baik, papa tetap nak hadiahkan irham atas usaha irham tu, inshaAllah. Good luck my dear.

Puzzle

Ini Satu lagi mainan kegemaran mereka. Bila main puzzle atau lego, mereka gigih dan bekerjasama bersama (sll juga diorg ni bergaduh. Tp pasti berbaik bila main lego/puzzle. Jadi satu team hehe). 




Waktu kecil hanya sekali. Zaman kanak2 mama dan papa sudah berakhir. Kami gembira waktu kecil kami dan kenangan ketika kami masih kanak2. Semoga anak2 mama juga gembira dan kenangan mereka yang tersendiri sebagai bekal waktu dewasa mereka.

Bermain tak salah. Malah bermain juga dapat mengasah kreativiti anak2. Tapi berpada-pada la dalam setiap perkara. 

Aktiviti pagi ini sebelum keluar ke rumah tokma dan jalan2 nanti. Anak2 fitrahnya bermain. Ingatan utk sy dan suami. Kita yang kena jadikan sessi pembelajaran itu gembira. Luang masa bersama mereka sll. InshaAllah, ketika belajar, ketika bermain, dan berdoa bersama. Ameen





Happy weekend !

Mode : hari ni janji nak belikan Lego (bukan yang mama cakap kat atas tadi tu hehe) utk irham hadiah result exam sekolah agama.   InshaAllah. semoga rajin sll dan sentiasa berusaha utk perbaiki diri.

Salam sayang
Mama akak Mrs Nizar














 

3 comments:

  1. kene enrol them robotik class tu.. :)

    ReplyDelete
  2. bab suka lego tu sama hobi mcm ariff :) koleksi dh penuh almari ;)
    zharfan masih suka tamiya
    cutenya koleksi toys ariana tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Minat diorg ni berubah2 ikut usia :) as long as tak melalaikan dan boleh dijadikan aktiviti ketika kat rumah kira ok la :)

      Delete