Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2016

Impian semoga jadi kenyataan- Disneyland

Al-kisah cuti sekolah dah nak mula. Suami duk fikira2 aktiviti utk diluangkan bersama anak2. Irham nak ajak ke legoland. Tp rasa mcm dah bosan sgt ke sana sbb dh beberapa kali masuk ke taman teman dan dua kali bermalam di hotel legoland. Mood utk travel pun xbyk, so utk visit tp yg dh pernah pergi mcm merudum sikit sejak kurang sihat ni.

Tiba2 irham ajak ke Disneyland. Sejak last year irham dan adam ada cakap nak pegi disneyland sbb tgk sepupu dan kawan2 sekolah sll cerita pegi disneyland bila cuti sekolah. Tahu kah anda anak2 dimana tpt itu? Huhu

Fikir punya fikir, alang2 saya pun nak celebrate bday suami saya juga sbb hari tu just buat makan2 sbb saya tak larat nak bercuti.

Tiba2 rasa mcm nak sampaikan hajat anak2 sbb setiap hari mereka nmpk sgt letih dgn rutin mereka. Even muka lesu dan pucat (risau jgk) tapi tak pernah mengeluh dan teruja setiap hari nk ke sekolah. Balik sekolah je semua bau bacing anak2 semerbak dalam kereta :)

Ahad lepas saya inform suami macam nak pegi Disneyland Tokyo. Tp tgk perjalanan flight smp 8 jam, rasa gerun. Tukar plan nk ke hong kong.

So smlm gigih jumpa dgn gyne sy utk dptkan pandangan tentang kesihatab saya.

Alhamdulillah doktor cakap saya dlm keadaan sgt fit utk travel dan baby juga dlm keadaan baik. (Doakan semoga semua baik2 dan lancar sll. Ameen).

Teruja kami tgk baby kecil dr tgh tidur tersembam, tiba2 pandai plk lambai tgn ke monitor masa doktor nak snap gambar. Beberapakali lambai. Papa cakap "galok juga adik ni" hehe.

Dan akhirnya dapatlah surat ni :)


Ini baby kecik kita :)


Doktor ckp travel dgn flight lebih selamat utk baby dr kereta (hrp nya begitulah). Dan abb perjalanan ke hong kong cuma 3 jam 50min, ada sedikit lega di situ (tp sy masih trauma nak naik flight sbnarnya !! gulp)

So akhirnya, hari ni smpt lagi masuk ofis, terus buat operasi membuat persiapan etc.

1) flight

Checked - kami bertolak inshaAllah selasa lewat petang (31 mei) dengan Malaysia Airlines dan balik semula hari jumaat (waaaa lamanya cuti. Selasa mgkn masuk keje dulu. Jaraaaang cuti lama, kalo xsihat pun sy jenguk jgk la kejap2 ofis)

2) hotel 

Checked - kami di hong kong utk tiga malam shj. 

Dua malam kami bermalam di Hotel Disneyland.


Lagi satu malam ie malam sblm balik kuala lumpur, plan utk bermalam di hotel ascot hong kong (sbb kakak pernah duk sini. Pro : dekat dgn victoria habour utk symphony light show malam2. Cons : bilik sgt sgt sempit). Belum buat bayaran masih berfikir2. 

3) disneyland

Motif perjalanan utama. Tiket semua dh beli. InshaAllah pjg umur dan kalau sihat, kami akan ke sana pd 1 Jun nanti, inshaAllah.

Tiba2 sy pun dh teruja nak bercuti. Tp tak boleh lasak dan byk sgt aktiviti kot even doktor kata ok. Doa2 kan semua ok.


Walaupun semua adalah perancangan saat akhir, semoga semua dipermudahkan dan impian anak2 kami menjadi reality. Ameen.

Mrs Nizar

P/s : anak2 sll cerita mimpi mereka pd kami setiap pagi. Minggu lepas irham dan adam mimpi gigi mereka tercabut. Dalam hari yang sama. Cuak la kami dgr (teringat kata2 org tua). Tiba2 hari ni blk sekolah masing2 tunjuk gigi mereka betul2 tercabut. Ye, pd hari yg sama. Sehati sejiwa la. Padan dengan mimpi, serentak tercabut gigi huhu


4 comments:

  1. Selamat bercuti

    tak pernah sampai ke Hong Kong Disneyland.. take care , nanti adik tengok gambar dia pun boleh claim dia dah sampai ke sana (walaupun dalam perut je) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Pjg umur ada rezeki nx year la bawak adik plk :)

      Delete
  2. Replies
    1. Teruja ada tp cuak pun byk jgk. Hrp kuat dan gagah !! Hehe

      Delete