Lately banyak sangat benda berlaku tapi semua pun tak sempat saya update di "diary" kesayangan saya ni. InshaAllah satu persatu kenangan akan saya selit nanti (suami pun dah mula cakap, saya ni makin "malas" dah menulis huhu).
Jadi, bila saya mula menulis, ia memang panjang. Jom tarik nafas dulu....
Last week kita sekeluarga sempat ke Hong Kong bersama. Sangat last minute perancangan bercuti ni. Apa yang buat kami terburu2 tanpa perancangan pegi bercuti?
1) Mulanya sebab saya nampak schedule saya agak free pd hari selasa dan rabu.
2) tahun ni pada asalnya saya berazam dan berdoa untuk menunaikan haji bersama suami. Bermula awal tahun, kami mula berjimat dan merancang utk bayar segala hutang piutang yang ada, jadi rasa lapang dada nak pergi haji. Alhamdulillah semua selesai (dalam usaha utk debt free :):)
Jadi sblm pegi haji (ie tinggalkan anak2 di sini), konon nak bawak anak2 bercuti dulu sbb mereka selalu ajak pegi disneyland. (Tapi tak pasti saya boleh pergi tak Haji tahun ini, kena tunggu greenlight doktor selain company yang bawa kami pegi haji. Mereka nak tgk status kesihatan saya sbb waktu tu dah hampir 7 bulan mengandung, kalau sarat sangat mereka agak risau sebab kata mereka aktiviti ketika haji agak lasak). Doakan yang terbaik ie kalau bukan rezeki tahun ni semoga tak lama lagi rezeki kami menunaikan ibadah haji. Ameen.
3) bukak internet, dapat tiket flight murah la pula. Even suhu tak sejuk ie 27C, dah tak sabar tunggu tahun depan.
Akhirnya, keputusan dicapai, dan inilah kenangan kita....
Entry penuh gambar...
Day 1- hallu hong kong
Flight kita tiba di hong kong jam 11.30malam. Terus kita ambil teksi menuju Disneyland Hotel.
Seawal pagi kita menuju ke Disneyland. Naik shuttle bus disediakan pihak hotel.
Sampa di hong kong, semua teruja nak bergambar. Saya sangat gembira bila tengok anak2 teruja.
Memandangkan currency kita agak jatuh, mmg terasa juga membeli belah kali ni. Percaya atau tidak, dalam tak sedar, pembelian souvenir shj (termasuk utk anak2 saya la) adalah lebih RM7000 dalam beberapa minit je. gulp !! Kami mmg berniat tak nak guna kredit kad sebab nanti syok swipe, so kami pakai debit kad. Memang laju je nampak penyurutan wang di akaun. Tapi tak pelah, bak kata suami sekali sekala.
Ni antara souvenir yang menarik hati kami.
Lg fridge magnet yg sy sgt suka ni hehe.
Lagi souvenir utk kakak ipar etc fmly member belah husband.
Juga baju2 utk parents dan adik2 sy, anak buah (yg xde di disneyland) dan utk maid juga. Tshirt ni kami beli di airport sbb xsmpt shopping sblm tu. sehelai pun rm120. Even fridge magnet plg murah pun RM60.
Mgkn kami salah tpt sbb xpegi pasar, tp bagi dlm keadaan matawang kita yang jatuh ni, bukan masa sesuai utk shopping di luar negara.
Tapi kami puas hati la dgn apa yg mampu dibeli hihi.
Lepas penat shopping, baru mula misi kami utk redah kegembiraan di disneyland. Alhamdulillah kami smpt kejar semua show pd hari itu. Antara gambar kenangan di sana. Tp sblm tu, mak buyung kelaparan dah tahap menggigil. Baru sejam masuk sini hehe. Mujur bawah bekal.
Oh ye, sempat suami belikan ariana costume princess anna. Ada kisah disebalik pembelian itu. Ariana ni sgt minat princess2. Bila nampak ramai pakai costume, ariana minta dgn papa. Bila papa cakap tak payah sebab dah ada satu di rumah, dia sabar je. sampai lewat ptg, saja papa masuk kedai princess. Kesian tgk ariana senyum2 tgk baju princess. Papa minta ariana cuba. Elok lepas cuba (kena pula dgn saiz), ariana tersipu malu, siap peluk papa dan mama nak sorok muka. Malu bila mama cakap "ariana cantik". Dan adegan sorok muka smp merah ni berlarutan beberapa minit. Tak smp hati nk minta ariana buka balik baju tu, terus papa bayarkan even sehelai tu RM350. Papa cakap harga puteri papa senyum gembira tak boleh papa gambarkan. Tak sanggup nak tgk wajah sayu bila ariana nak tanggalkan baju tu. so lepas bayar, ariana terus pakai sampai malam :)
Presenting our lovely princess .... Yeay hehe..
Santai penat di petang hari....
Alhamdulillah, keluarga kami sangat gembira pd hari ini. Kenangan yang tak akan kami lupakan. Semua senyum lebar even anak2 dan mak ayah dah masam bacin masa balik sb dibasahi peluh hehe. Selesai je firework, lepas tu kami menuju ke hotel kami semula.
Utk kisah Day 3, inshaAllah mama sambunb nx entry sbb dah sangat panjang la pulak.
Salam.
mrs Nizar
best disneyland HK berbanding disneyland Paris. paling best acara bunga api tu.. lama.. ☺️☺️
ReplyDeleteTu la, lama dan berbaloi tunggu :)
Deletewaaaa RM7k utk shopping ajer?? pengsan hehhe
ReplyDeletetime gi paris (2011), shopping tak semahal HK kot..anyway masa kami pegi disneyland paris..terlps parade tu...bunga api tu sempat tgk...sbbnya time tu winter..so sejuk extreme...jln2 tp dlm keadaan sejukkkk..siap balik hotel jap..rest2 panaskan bdn then masuk semula disneyland..
anyway, teringin gak nak merasa HK disneyland ni..moga2 tercapai impian anak2 dan mak anak2--->yg lebih2 tu hehehhe
Ameen. Macam kakak aritu pegi tgh nyaman, so lega sikit la kan. Latest dia ke disney jepun, mcm best jgk tgk. Jom kita pegi thn dpn :)
Deletebest best.. belum pernah sampai sini ,boleh jadi reference nanti
ReplyDelete-ibuemir-
Yg pegi lg best, kat LA kan. Pun teringin try kat sana:)
Delete*yang mira pegi
Delete