Sabtu
Memang baring sepanjang masa dirumah. Tengok movie dgn anak2, layan mereka buat art etc. sempat masuk dapur juga masak utk fmly.
Bergelimpangan di ruang tengah rumah :)
Gagahkan diri ke KLCC utk breakfast. Kesian anak2 mcm terperap sangat di rumah. Motif lain adalah nak shopping barang baby dan adam nak beli pencil box baru.
Kami ke smiggle. Adam n irham duk asyik cerita pencil box kawan2 mereka yang cantik. Gigih la mama papa pegi nak beli. Sekali tgk harga pencil box kanak2 zaman sekarang smp RM100++ satu. Mak aih. Nak pulak tiga ketul sebab tiga orang anak kan. papa cakap papa akan beli tapi bukan sekarang ie mesti atas reward sesuatu ie result exam bagus ke etc. mama setuju dan anak2 setuju. (Alhamdulillah so far anak2 kami jenis tak mengamuk kalau nak sesuatu, boleh bawa berbincang orang cakap dan boleh bertoleransi. huhu. Tq anak).
Sekejap je shopping dan makan2, kami terus balik sebab mama mula rasa cramping lagi perut ni. Terus balik baring.
Tengahari pula, tokma dan tokki datang visit kita. Tokma siap tlg masak utk kita. Ma dah pesan awal2 supaya saya tak masak sbb tokma nak masakkan.Terima kasih byk tokma.syahdu. Sayang tokma. Ni menu lunch kami.
Malam tokma masak satu lagi lauk tambahan ie daging masak mati air. Nyumss favorite saya dan suami ni.
Cubaan kedua gagahkan diri bawa anak pegi picnic. Bukan nak picnic sangat, cuma nak mereka beraktiviti luar dan berpeluh sikit. Lama tak main scooter kan. Papa pula dgn roller blade.
Percubaan bekerja kembali
Semalam hari mula2 saya mula ke office, tapi saya tak masuk office, just berkumpul di kedai makan sebelah ofis saya. Byk benda nak selesaikan.
Saya panggil adik2 saya cum orang kanan saya di office utk turun bawah.
Lepas beberapa jam di sini, gigih ke Sogo jap utk beli lagi beberapa keperluan baby. Nanti kita buat entry shopping2 ye. Dh 90% semua sudah dibeli. Alhamdulillah.
Tinggal lagi bumper utk baby cot dan beberapa baju (dah ada yg berkenan di mothercare, cuma baru ni senak2 perut tpaksa blk dulu, sempat beli botol susu je utk adik masa dtg wkend lepas. Dan beberapa brg utk nursing juga inshaAllah).
Petang plk, smpt sy attend meeting di Mandarin Oriental Hotel. Elok lepas meeting terus bergegas ke Prince Court Medical Centre utk dptkan rekod kesihatan anak2 ie sbb kami nak tambah premium coverage bg life insurance saya suami dan anak2. (Simpanan).
Malam mula kepenatan semula. Lama dah berehat, badan terkejut bila aktif semula.
Tapi hari ni pun saya dh mula kerja juga balik. Perlahan2 sebab smlm agak lasak utk saya. Awal pagi kami le bangsar sebelum suami bawak sy breakfast di La Cucur klcc pagi td. Antara tmpt fav sy juga tu utk mkn pagi. Actually bkn breakfast la, mcm minum pagi sbb dh pukul 11 pagi pun. Awal pagi sy dh makan nasi di rumah hehe.
Dua2 menu fav saya,bihun soto dan mee kari. jadi kami makan, lepas tu mulakan acara tukar bowl plk hehe. Rakus, nak makan dua2 kan tp kena diet ie risau gula tinggi masa pregnant.
Hari ni pun sempat masak. Ni lunch saya :) nyum ada ulam pegaga n tembikai. Menu sempoi selalu :)
Petang pula sy sibuk semak account office utk tujuan audit. Kerja dari rumah sahaja. Dah lama tak jejak kaki ke office sendiri.
Esok pagi pula ada lagi regular check up baby kami di gleneagles sblm ke klcc utk satu shj meeting. Tak sabar jmpa pok chek lg. Tiap2 minggu nak tgk pok chek buat apa dlm perut mama. Kemain aktif ye :) Semoga semua dipermudahkan.
Lama tak bekerja, saya rasa seronok juga "turun padang" semula :) tapi kena sgt berhati2 la. InshaAllah sebulan lagi nak jmpa adik sayang.
Salam
Mrs Nizar
insyaAllah semuanya selamat.. abang abang kakak sure dah tak sabar nak tunggu adik kecik ni ..
ReplyDeletebtw, smiggle memang terbeliak biji mata.. emir selalulah cerite kawan2 kelas dia, dia sorang je tak de smiggle haha.. saje mira tak beli and dia pun tak nak.. lebih rele duit dia suruh mira belanja dia sushi , btw, hati2 smiggle ni, sebab kat sekolah emir, ada budak keje dia dok curik smiggle kengkawan..
Ameen, thanks mira. Tu la, semua tak sabar, mama dia je bdebar2 huhu.
DeleteOh yeke? Sll lalu je kt dpn smiggle, xpernah tau pun. Nmpk la colorful tp xpenah rasa nk ienguk tgk. Adam duk sll cerita n tny papa dia boleh tak nak beli. Tu la baru kami masuk kedai tu huhu. Mmg lawa2 semua cuma harga tak berapa lawa ie mcm membazir pun ada.sbb irham brg dia pun mmg sll hilang n mcm ada org ambil jgk especially kat sekolah agama dia dulu sblm tukar sekolah baru. Smiggle ni Kalau mak2 yg nk pakai ok kot :p comel :)
moga dipermudahkan segala urusan..amiin
ReplyDeleteAmeen
Delete