Masa entry ni ditulis, cukup 100 jam kesayangan kami, Ammar Faiz bersama keluarga tercinta.
Kepulangan Ammar
Ammar sayang dibenarkan pulang selepas sehari kita bermalam di wad, sejurus selepas kelahiran Ammar.
Kepulangan Ammar dinanti dan dirai oleh abg2, kakak, tokma tokki dan pakcik makcik Ammar.
Ni gambar sejurus sebelum Ammar meninggalkan hospital. Prosedur utk membawa Ammar pulang sgt ketat, ie utk lepasi security check di sini, tidak seperti mana2 hospital yang pernah mama lahirkan abg2 dan kakak ammar.
Setibanya Ammar dirumah kita, suasana sangat meriah dengan suara abg irham, abg adam dan kakak ariana. Semua tak sabar nak peluk cium ammar :) semua xjemu temani ammar di baby cot sayang.
Ammar anak yang sgt mudah dijaga setakat ini (semoga berkekalan smp dewasa ye sayang :)
Ammar tak banyak meragam. Cuma kalau nak susu je, kalau mama tak perasan, tiba2 dgn suara nyaring mcm menjerit. Hihi. Bukan nangis2 la. Bila mama susukan cepat je semua OK. Kalau ammar tak tido atau terjaga, ammar suka tgk keadaan sekeliling. Ammar tak nangis, tp mata ammar liar memerhati dan selalu tenung mama dan sesiapa di persekitaran.
Mula berpantang
Kali ni kita berpantang di rumah kita shj. Tokma dan tokki temani kita smp semalam. Sepanjang tempoh tu, tokma yang masakkan lauk pauk utk anak2 dan lauk pantang mama. Tokma juga yang bantu kami menjaga ammar sbb ammar sgt fragile ie baru lahirkan.
Kebetulan, tokma tak sihat beberapa hari sblm Ammar dilahirkan. Mama risau sgt. Tp tokma masih gagahkan diri masak mknana kegemaran mama sejurus sblm mama bersalin. Tokma masakkan udang yang sgt besar sizenya utk mama dan sotong juga.
Masa kelahiran ammar, tokma dan tokki menunggu beberapa jam di lobby, ie dr mama masuk labour room smp ke mama dah selesai di monitor doktor ie dua jam slps bersalin sblm dipindahkan ke wad. Risau mama bila papa yang turun jenguk tokma dan tokki , papa cakap, tokma nampak pucat.
Mujur sehari dua sblm melahirkan ammar, tukang urut mama dari terengganu bersetuju utk dtg menjaga mama di kuala lumpur. Tapi rate di sini berbeza sebab tukang urut tu terpaksa meninggalkan customer yg lain utk mama. Utk urut dan bertungku, mama bayar RM500 utk setiap tiga hari. InshaAllah tukang urut akan jaga mama sehingga habis pantang.
Tentang mama
Sejurus selepas balik ke rumah, papa terus minta mama timbang berat lepas bersalin. Mmg haru bila tengok angka penimbang menunjukkan berat lepas bersalin adalah 70kg. Bermakna mama cuma hilang 5kg ketika bersalin. Ada 20kg baki kenaikan berat badan masa mengandung huhu.
Papa mula tu pujuk cakap, inshaAllah semua akan OK. Tapi tak kurang juga mengusik mama.
Alhamdulillah, utk tempoh 100 jam ni, berat mama dah mula turun 7kg dan kini dah cecah 63kg.
Awal2 ni mmg mudah lagi turunkan berat, nanti bila dh cecah 58kg atau 55kg baru terasa la susah nak hilangkan yang bersisa tu ( dari pengalaman lepas). So selepas beberapa aktiviti berpantang ie bertungku, mengurut, tanggas, berlulur dan kerja2 mengumpul stok susu ammar bermula, mama dapat juga hilangkan 7kg pertama berat mama.
Happy bila papa ckp "mama, ur doing very well". Hehe. InshaAllah. (Even cm tak nampak perubahan pun huhu.)
Mujur dapat papa yang sgt supportive. Papa minta mama rehat dan berpantang betul2 utk dptkan kembali badan yang sihat. Papa ckp once mama dah kerja, mama perlu sgt aktif dan kuat. Dengan rutin sbg ibu dan isteri juga bekerja ke sana sini. Memang kena banyak baring. Papa kata mama perlu bangun masa proses pam susu etc je. Thank you Papa !! Sesekali bg papa incharge family 100% hihi.
Tentang papa
So, sebab mama masih dlm mode berehat, papa byk bantu jaga anak2 dgn rutin biasa. Tugas baru papa, mandikan ammar dan tlg salin ammar. Since ammar ni fully breastfeed, mmg kekerapan eyak (berak) tu lebih10 kali sehari. (Normal la, n hospital dh pesan even lebih 12 kali tu normal hehe).
Gigih papa salin sndr sbb masih tak de keyakinan pada maid kami. Tp sll juga mama yg tolong kan :) Papa ckp ammar suka mandi dgn papa, x nangis hihi.
Kadang2 papa sendiri uruskan ammar, kadang2 papa ada pembantu comel juga :)
EBM
Pengalaman bersama abg dan kakak sebelum ni, alhamdulillah dimurahkan rezeki mereka utk mama susukan smp dua tahun dan mereka tidak perlu susu formula dlm tempoh tu.
Sejak hari pertama mama mula buat stik EBM pada anak2. Semoga Allah permudahkan juga utk Ammar. Mmg hari pertama tu sgt sikit, even dah lamaaa pam. Kena tabah dan sabar juga byk berdoa. Kekerapan mengepam juga mesti sgt kerap even mcm xde hasil sgt.
Ni barang penting yang sll di sini mama sekarang.
Skrang mama beraktiviti mengepam susu dalam 7 kali sehari even utk setiap pam cuma dapat 4oz. Masih awal lagi.
Jadi pemakanan sgt kena jaga. Lauk berpantang ni kena yg simple dan sihat je. Tapi wajib makan dan tak skip. Saya makan nasi 3-4 kali sehari. Sebab bila sy kurangkan nasi, production EBM pun mengurang. Ni la menu hari2 sy utk minggu pertama dan kedua ni kot huhu. Skrang papa dan bibik dan pandai la buat sbb dh kursus khas dr tokma. Cuma i pantau penyediaan bersih ke tak haha.
Dan utk snacking, dapat makan ni rasa mcm sehebat feeling makan kat Shell Out haha. Ni jelah mknan plg heaven yang tokma ckp sy boleh makan buat masa ni :) layan kan aje :) janji perut tak masuk angin dan tak lapar antara gap waktu makan utama tu :) setiap awal pagi sblm breakfast, masa minum ptg dan hampir setiap waktu la biskut ni disisi sy :)
Fantastic Four
So inilah sedikit sebanyak cerita tentang rutin kita slps 100 jam kelahiran ammar faiz.
Alhamdulillah, kami kini dikelilingi empat anak yang sungguh menawan hati, yang sentiasa memenuhi setiap saat kami dgn kenangan indah. Even berjumpa setiap hari, setiap detik juga selalu rindu kan mereka even hanya waktu mereka tidur malam dan saya masih berjaga :)
Inilah wajah empat kesayangan kami yang dirakam saat kedatangan mereka kpd kami. :) rindu saat ni semua :)
Semoga anak2 membesar sbg anak yang soleh dan solehah, dan segala kegembiraan menemani mereka hingga akhir hayat.
Ameen.
Salam
Mrs Nizar























selamat berpantang.take care :)
ReplyDelete:) tq kaklah
DeleteYa ampun I just found out, TAHNIAH Aimi & Nizar! Such a cutie this Ammar, kisses fr Aunty Tia yeh!
ReplyDeleteThanks Tia! Muah muah - from ammar :)
Delete