Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2016

Ammar 30 hari | Ngelat2 Pantang | Looking forward to move in

Salam... Terasa agak lama xmenulis... Macam2 hal berlaku dan sgt busy dgn rutin baru. Ada beberapa cubaan penulisan dibuat dan entry yg ditulis tak dipos juga, tak siap2 hehe.

Rabu ni inshaAllah genap usia ammar 30 hari.

Perkembangan Ammar Faiz

Berat ketika kelahiran ammar adalah 2.9kg je.Slps 10 hari, berat ammar meningkat, itu pun cuma sebanyak 100gram menjadi 3.0kg. Tetapi slps beberapa hari, berat ammar bertambah dgn agak cepat. Ammar sgt kuat menyusu. Hari ke-20, berat ammar sudah bertambah menjadi 3.5kg. Ketika hari ke23 pula kami ke klinik lagi. Ketika ini berat ammar bertambah lg jd 3.7kg. Papa sgt yakin berat ammar hari ini sudah 4.0 kg apatah lagi apabila genap usia ammar 30 hari nnti. Membesar bagai jaguh buah hati kami :) alhamdulillah.


Mama pun dh mula buat stok susu utk sayang. Dah hampir penuh tiga daripada 6 tray freezer kami. Ada lg tiga tray kosong. Rezeki ammar, lebih 100 paket susu (dlm 12-15oz setiap paket) dlm freezer. Total lebih 1000 - 1500 oz stok susu utk ammar bila mama mula bekerja nanti. 




Semoga dimurahkan rezeki ammar sll. Mama baru nak ajar ammar guna botol susu. Dulu masa kakak ariana, mama mula ajar menggunakan botol susu bila ariana berusia 30 hari :).

Ngelat pantang?

Baru ni tukang urut dtg sehingga hari ke15 sahaja. Lepas tu katanya kena blk kampung ie trg seketika sbb anak buah kahwin. Sementara tukang urut balik, mujur ada papa sll tlg jaga kami. Papa yang masak setiap hari dan papa juga bibik tlg tungkukan sy.

Jom tgk apa menu papa masak... Sebut je, semua papa buat. Balik dr masjid di subuh hari, terus masuk dapur sbb isteri cepat lapar masa pantang sbb menyusu kan. Terima kasih abang :) 

Menu 1
Ayam panggang, daging black pepper dan sayur


Menu 2 : gulai ayam dan sayur


Menu 3

Sup daging, daging bakar ala steak dan sayur


Menu 4
Blackpepper lagi


Menu 5 (pic ni menu utk anak2. Yg mama ckit je leh mkn hehe)


Dan mcm2 lagi.

Ngelat? Ye, ada sehari tu  saya xberapa sihat siki minggu lepas. Waktu tu baru seminggu tukang urut balik kampung. Jadi saya menjadi sedikit malas dgn rutin pantang. Tapi saya masih sht menjaga pantang makan dan minum, cuma saya malas berbarut.( So, justify la kali ni masih sgt gemuk lg n byk kilo belum turun. ) 

Dah malas nak layan. Lepas2 ni la fikir. Sbb selalu urut n tungku, nyaris saya kena bentan. Rasa sakit badan n sengal. Selalu tak pernah rasa lenguh2 atau sengal2 sbb hari2 ditungku dan bersalai di atas bara api kan. So kakak saya pggl seorg lg tukang urut. Memang sgt best tukang urut ni. Alhamdulillah katanya belum bentan (serius cm dah sakit sgt badan, tak tau la cmne org bentan. Nauzubillah). Lepas tu gagah semula.

Sebab tak berapa ok masa tu, mula risau. Tukang urut kata nk blk seminggu, tapi lepas seminggu tak dtg. So saya blk trg beberapa hari. Kira kes sambung berurut di terengganu sehari dua sblm balik ke kl sama2. Total tukang urut balik hampir 10 hari (4 hari tu saya ada di trg bersama tukang urut. So betul la seminggu je dia blk hehe). 

Bila blk kampung, tiba2 saya ter"ngelat" lagi, smpt pegi pantai juga sekejap.

Presenting our latest family potrait. Latest edition :) 



Sempat bertahnik juga dan papa beli mknan yang I masih tak boleh mkn. Tabah kan mama ni hehe...sabar je tengok :)



Oh ye, ammar ada selsema juga ketika di kampung. Kami ke klinik dan utk kali pertama ammar kena neb dgn air garam


Ok sekarang tukang urut sy dh datang semula dr trg. So rutin berpantang bermula semula.inshaAllah...(mood berpantang lenyap sudah). Tengok la macamana. Berjaya tak habiskan pantang dgn berjaya ie berurut tungku hingga hari2 terakhir. Cuma yg plg penting, hari akhir berpantang sy dh booking utk urut, lulur dan bertangas.

Kenapa hilang mood nak berpantang bagai?

Moving in soon

Preview.  Cerita panjang nx entry.

Sekarang juga tiba2 kelam kabut pula utk berpindah.  Dulu masa ariana, elok hari ke 37 kami pindah ke kg warisan. Sejarah berulang, time ammar pun inshaAllah kita akan berpindah tak lama lagi. 

Baru tjmpa rumah idaman hati ie even beberapakali papa nak cari rumah yg ada taman utk anak2 bermain. Lagipun kata papa, keluarga kami semakin bertambah ahlinya, perlu ruang lebih selesa utk anak2 membesar. InshaAllah kita doa yg terbaik, dan cuba yg terbaik. Cerita pjg dlm entry lepas ni.

Semoga segera dpt kunci ie schedule dalam minggu ni dan kami dpt segera berpindah ke sini. (Tunggu taman dan swimming pool dibersih sblm Kami dpt kunci. Abaikan rumput karpet yg belum terurus itu.) lokasi : melawati. Dekat dgn ofis sy. 

Pic preview.










Sekian. Semoga dipermudah segala urusan sebagaimana dirancang dan tahun 2017 membawa sinar dan semangat baru pd kita semua.

Ameen. InshaAllah.

Salam

Mrs nizar











6 comments: