Aidilfitri dah hampir dua minggu, tapi bahangnya masih terasa. Sampai hari ni, ada je lagi teringin dan teringat2 menu aidilfitri. Baru ni sbb saya balik ke kl agak mengejut ie atas urusan kerja, so mcm xberapa puas rAya pun ada hihi.
Sblm saya cerita ringkasan (yang tak berapa ringkas hehe), tentang seminggu raya kami, sempat lagi nk selit "kesan demam raya" saya. Pertama, lately saya jadi kemaruk nak makan bihun soto ayam. Hampir selang sehari dua mesti balik rumah je terus masak bihun soto utk fmly. Suami yg xgemar sgt bihun soto ayam pun sekarang dah sama suka melayan soto pedas2 bersama bergedil. Papa request buat bihun soto sup tulang pulak... inshaAllah
Antara Bahan2 utk buat bergedil, dan haruslah ada kentang kan :)
Dan kami baru mula puasa enam. Byk sgt open house kena attend (corporate invitation) , so mana2 hari yg free wajib celah la. Weekend ni pun full dgn open house (developer) dan juga dr kakak saya termasuk birthday party anak saudara + kawan irham.
Gigih bgn masak sahur utk suami dan adik saya. Err utk sy juga la. Buat nasi goreng extra hot dan nasi goreng cina utk anak2 + ayam celup tepung (fav papa ni, sbb tepung ni agak pedas) juga gigih tgh2 mlm buat agar2 santan.
Kita balik ke kampung pd petang 28 ramadhan ie khamis. Kita bermalam di terengganu sblm bertolak ke kltn keesokkan harinya. Sempat berbuka puasa di kelantan dua hari sblm aidilfitri.
Raya Pertama
Awal pagi, kalut siap2 "tentera" kami utk sama2 bersolat sunat aidilfitri di masjid. Sblm ke masjid kami breakfast bersama2 beraneka juadah di pagi raya.
Nenek masakkan rendang dan nasi impit kuah kacang manakala papa order nasi dagang + gulai ikan dan ayam. Beria kami makan ie breakfast pertama bersama slps sebulan berpuasa di bln ramadhan.
Lepas tu kita bersalaman2 dan bermaafan. Masa ni ada waktu gembira anak2 saudara la kan bila dapat duit raya :) termasuk anak saya. Happy je terima sampul raya. Juga utk our beloved mom.
Antara gambar di pagi hari raya.
Ammar ceria dah santai rehat
Raya kedua
Awal pagi semua berkumpul utk beraya di rumah adik papa, suawie. Suawie buat rumah terbuka di rumah baru mereka. Pelbagai menu enak2 dimasak sndr oleh cikwa ie nasi arab, bihun goreng, mcm2 kuih muih enak2. Hebat cikwa masak semua sndr.
Gambar papa nenek dan tuan rumah
Ketika di rumah suawie
Setiba di terengganu, nampak ma dan abah saya gigih duk di dapur siapkan hidangan sbb semua anak2 tiba ptg ini dr rumah mertua masing2 ie dr kelantan kedah perak dan kl.
Siapa kata lelaki tak masuk dapur? Alhandulillah lelaki2 kesayangan saya mmg cekap dan pandai serta rajin membantu di dapur ie abah dan suami sy. Kata orang, mcmana baik kita layan isteri kita, inshaAllah mcm tu juga la menantu akan layan baik pd anak kita nanti ameen. Setakat ni alhamdulillah suami saya byk sgt membantu saya, sama mcm abah, yang tak kekok bantu ma saya selalu :) dan abah dan ma pun agak romantik, smp hari ni kalau keluar mesti berpimpin tgn berdua, alhamdulillah. Sama mcm suami saya, kalau tak kalut dgn anak2 ie jln berdua, saya rasa slmt sbb suami pun pasti pimpin tgn bila kami berdua. Semoga Ariana juga dikurniakan suami yang baik spt papanya juga nanti ameen (eh! Apakah?)
Mcm2 menu disediakan. Mee goreng abah yang masak. Selain itu ada nasi inpit kuah kacang, nasi putih, ayam masak merah, ikan panggang, beraneka laup payk, sate dan mcm2.
Awal pagi kami semua ie adik beradik dan fmly masing2 mula dgn acara bersalam salaman bersama tokma dan tokki. Semua pakai baju melayu semula sbb nak photoshoot semula kan hehe.
Tapi yang lagi best sbb saya sll dpt extra duit raya dr kakak sulung sy (yg ni papa jeles sbb papa xdpt kali ni hehe). Terima kasih kak, semoga murah rezeki kak sll ameen. Kata kak, tak kisah la smp bila pun, n even adik2 pun dh ada duit sndr, sejak dr bangku sekolah lagi, kak saya sgt la berkarektor "kakak" kepada kami ie
Sll jadi penasihat pd kami slps abah, xputus bg duit raya ke atau hadiah bday pd kami dan mcm2 lagi. Semua fokus pd tokma dan tokki kesayangan kami
Freestyle
Raya keempat
Tokma dan tokki adakan open house di rumah terengganu. Pelbagai juadah disediakan termasuk nasi minyak lauk ayam merah dan gulai daging, nasi kunyit (pulut kuning) bersama kerutub daging, nasi dagang, laksa terengganu kuah merah dan putih, bihun goreng dan mcm2 lagi.
Wajah ceria ma abah melayan dan menyambut tetamu.
Dalam kalut2 tak sempat nak posing sedondong kami sekeluarga. Tak pelah, janji gambar anak2 ada hehe . Haha ammar nangis sbb nak dukung mama.
Malam tu semua tidur awal akibat kepenatan.
Raya kelima
Bangun pagi kita breakfast bersama sblm kita sambung beraya. Smpt ke pantai juga utk jenguk rumah baru tokma dan tokki yang belum siap itu.
Lepas tu gigih juga pergi kenduri kahwin dan open house saudara mara. Ada satu tu sy n papa pegi naik motor je. Tak la jauh sgt tp malas nak jem dgn kereta + papa kata dah lama tak naik motor berdua hehe. Orang lain semua konvoi dgn kereta, kami anak2 direhatkan dirumah sbb mcm kepenatan dan beraya ie tghari itu agak panas.
Sbb pakai kurung moden kain agak sendat utk lompat atas motor, so i duk miring. Serius cuak, cm nak tergolek bila naik bump haha.
Sempat selfie atas motor. Alang2 dh tlepas berdua, selesai pergi kenduri, apalagi kami berdua layan berdating n pusing2 dlm kampung hehe. Bestttttt.....
Malam tu saya tidur smp pukul 4am, duk layan berborak adik beradik.
Raya keenam (jumaat)
Tengah gigih tolong m siapkan breakfast slps subuh, tiba2 dpt email kena blk kl segera ie sy kena smp kl tghari sbb ada meeting di Jln Ipoh pukul 4.30pm.
Terus kejut papa bangun, cepat2 packing utk blk kampung. Plan asal nk blk sabtu atau ahad. Plan picnic2 pantai terpaksa ditangguhkan.
Pagi tu gigih tokki bawa anak2 ke pasar manir. Tiap kali blk terengganu, rupaya anak2 ada deal dgn tokki. Patut sll ajak blk rumah tokki di trg. Mereka akan dibawa ke pasar manir dan tokki kasi chance diorg beli mainan dan makanan yg mereka suka, unlimited ok. Teruja la anak2 saya. Dah berapa hari tny bila boleh ke pasar manir ni haha.
Lepas mkn pagi kita bertolak blk ke kl ie bertolak jam 10.30. Alhamdulillah smp rumah jam 3.00 pm. Terus saya bergegas ke tenpat kerja. So berakhirlah kisah raya saya demi mencari sesuap dua nasi. Hehe. Syukur je selalu.
Alhamdulillah utk semua kenangan manis yang tercipta. Semoga pjg umur murah rezeki, dapat kita berkumpul dan beraya bersama lagi di tahun hadapan.
Sempat sambung raya "acah acah raya" pada raya ketujuh (sabtu) bersama adik2 yang blk awal sbb dh nak kena kerjakan.
Gigih si kAkak masak ye
terliur la tgk pics mknn hehhe klah puasa ari ni
ReplyDeleteTu la masalahnya yg tulis ni pun teliur blk... masa raya semua mcm muak sob sob
Delete