Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 10, 2017

Stress | Raya

Salam semua. 

Hari ni sekadar sesi luahan hati. Jarang saya menulis tentang sesuatu yg negatif sbb tak suka aura negatif memberi kesan pd kehidupan harian saya. Yang negatif cepat2 kita keluarkan dr diari hidup kita. Cuma yang kali ni sbb saya sedikit geram tapi tetap kena bersabar seketika.

Ia tentang perkara yang berlaku semalam, ia berkenaan maid saya.

Sebelum nak cerita yang smlm, actually dalam setahun setengah ni, dah byk perkara berlaku tapi kami maafkan dan rutin berjalan spt biasa. Antara yang saya ingat yang kami pernah panggil maid even bukan la marah atau tengking etc, tapi kami confront ie saya suami dan maid (dah beberapakali Allah "nak tunjuk":

1) ada satu masa tu, hampir setiap hari setiap waktu ada sorg lelaki ni suka sgt text ie whatsapp saya dan call tak henti2.dr profile pic adalah seorg lelaki muda. Sampai saya terpaksa block sbb terganggu masa kerja bila ada je nombor dia ni duk sibuk call saya. Tapi dr text itu saya terdetik mcm ni bukan org msia, ntah2 kawan maid saya. 

Jangkaan saya betul. Kami belikan handphone pd maid, siap belikan smart phone samsung sbb mudah utk dia call husband dan anak (faham perasan suami isteri anak bila berjauhan bila teringat kenangan kami sekeluarga even agen mmg ckp jgn bg dia contact family selama dua tahun - saya tak setuju sbb rasa mcm agak kejam bila tak boleh hubugi fmly utk lepaskan rindukan, tp mmg diorg ni xboleh diberi muka kot). Sll kami bg pinjam sehari, then kami simpan phone. Tp sll susah nak pulang dan meleret la sehari dua.

Tiba2 masa maid minta phone utk call fmly dia kononnya, ntah apa prob dia tunjuk pd sy. Dan time tu la juga tiba2 nombor mamat yang sll call sy tu tertera kat skrin dia juga. Yang sgt sy marah :

a) sikap menipu dan tak jujur. Dah depan mata, n sy ambil phone saya tunjuk la lelaki tu selalu call saya, pandai dia buat muka terkejut. Then ckp xkenal lelaki tu tetapi tau lelaki tu call dia secara random, dan secara random juga call sy, utk kacau2 je, dan KEBETULAN yang dikacau tu tinggal serumah... amboi hebat lelaki tu, ada radar special bila nk kacau org boleh teka beberapa nombor penghuni serumah yeaaa... Nak menipu pun, tolong la "pandai" sikit, at least biar level menupu tu macam orang belasan tahun ke? Haiyaaa...

b) marah sbb saya tak tahu apa motif bg contact number saya pada org lain dan ganggu sy hampir setiap siang dan mlm even lewat mlm mcm pukul 2-3 pagi. Boleh menimbulkan pelbagai fitnah. Bila suami call dia, pandai plk senyap dan terus letak.

2) menipu tu mmg hampir setiap hari  dan berkali2 saya pesan , saya tak marah org buat silap, ie byk kali dh pecahkan brg la, tidur tak sedar smp cerah ie anak2 pun dh bangun etc, tapi saya mmg pantang dgn org xjujur ie menipu. Even Kawan yang tak jujur sll tak lama hubungan dia dgn saya. 

3) baju2 saya selaluuuuuu hilang. Especially mana2 baju yang suami atau family saya puji saya nampak lebih cantik bila saya pakai. Dah lama saya musykil ni. Brg2 saya ie baju yg cantik dan agak mahal sll hilang. Lesap. Pernah kantoi baju kurung moden yang saya sgt suka pakai, even suami dan tukang urut saya pun sll puji bila saya pakai baju tu, tiba2 hilang. Kebetulan saya kemas wardrobe anak2, tjmpa pula dalam laci disorokkan bersama kain2 buruk. Pelikkan. Dan terjumpa peplum yang baru sehari saya pakai, di tempat simpanan tukul2 dan brg2 suami kat stor. Phsyco !! Baju ariana pula yang cantik ie agak mahal cth cardigan harga RM150 sehelai, terus rosak lepas sekali pakai. Dia tak mengaku pun dia rosakkan ie warna bertompok2 mcm direndam dlm klorox. Sedih saya. Dan jeans saya ie Levi's yang plg saya suka, juga lesap. Banyak lagi la yang hilang. Kdg2 saya malas cari, saya ckp je baju apa saya nak, eh ada pula dia jumpa. Jeng jeng jeng... 


4) bab kualiti kerja yang sgt "slow", tak capai standard maid philippine, sll buat tak dengar bila kami panggil ie bila pegi jenguk, ada je dia dh ready sengeh2 kat kami, kira attitude prob la. Tapi sgt pandai berdrama sayu pd org luar sampai fmly saya pun dulu mcm sgt kesian pd sy. Tp bila ma abah n adik2 dh sll duk rumah saya, mmg kenal la perangai sebenar dia. 

5)  ye kami mmg nak report dan hantar pd agensi (dlm agreement mmg diorg jaga smp habis contract la), sbb sll diorg akan bg "nasihat" etc tapi bila tgk maid menangis minta maaf, merayu x nak dihantar ke agensi, cepat sgt saya rasa kesian dan maafkan dan minta berjanji tak ulang lagi. Sbb kami tahu agensi bkn sekadar nasihat, mesti kena denda la. Kesian n kami fikir ttg dia dah byk tlg kami ie jaga anak2. 

Nak dijadikan cerita smlm :

1) saya bangun nak siapkan sahur suami. Cam pelik jgk tgk dia dah ada kat dapur (saya tak pesan pun suruh buat apa2). Rajin pula tlg panaskan nasi goreng. Yang pelik instead of guna sudip, dia guna sudu kecik je duk gaul nasi goreng (mcm kenapakah?)  Mee goreng pula masih dlm mangkuk ie belum dipanaskan.

Saya tanya la "baru bangun ke?". Dia ckp ye. Sorry madam smlm tertido awal tak sempat basuh pinggan mangkuk. Then sy ckp "ok la". Biasalah kan bg sy kadang2 kita pun tertidur kalau penat. Periuk ke pinggan mangkuk semua penuh kat sink.

Tiba2 saya tgk bawah saji kat 'island' cam kesan mee goreng tumpang n senduk berterabur atas meja, mcm kesan kelam kabut la larikan mee. Terdetik, eh makanan ni macam baru amik kat sini ni, mcm xmasuk peti.

So saya tny la, smlm tertido tak smpt masuk mknan dlm peti ye? Terus dia jwb dgn yakin "masukkan dah smlm mdm". Mcm xpuas hati sy buka peti ais, mmg dlm peti ais sarat dgn stok makanan mcm xde ruang kosong utk dimasukkan apa2 lagi ie bekas mee n nasi goreng tu besar, so mesti ada kesan ruang baru keluar dr peti ais kan. Bila tny lagi kenapa peti penuh macam xmuat je simpan mknan td. (Rajin plk rasa nak layan org xckp betul ni. Sll dah tau dia tipu pun mcm malas nk layan). Terus dia stress n mcm muka nk marah n picit2 kepala depan sy n ckp "masukkan la. Tp letak dlm mangkuk". Tak puas hati dgn gaya jwb sy tny la, "mangkuk mana?". Gelabah dia cari mangkuk dlm sink, malangnya tak de mangkuk. Boleh pula tunjuk mangkuk muat sambal belacan tu je. Agak2 la kan, mana muat semua mkann. 

Then saya ckp la, kan mudah kalau ckp "sorry mdm, tertido smlm tak smpt simpan". settle. Tak pernah sekali saya marah maid  atau staff di office atas kesilapan sbb tak sengaja, apatah lagi kalau mengaku kan. 

Ni dah terlalu sebati dgn suka menipu. 

Lepas bersahur tu, kami naik ke tingkat atas semula. Bila sy turun semula ke bawah, tgk dia duk menangis2 mcm sgt stress la. Pelik... bukan kena marah pun tadi....

Pastu teringat pula handphone dia dah hampir seminggu kot dia tak pulangkan. Saya minta dia pulangkan semula. Saya tny kenapa menangis? (Sbb bukan kena marah pun, stress sbb kantoi kot). Dah tak jawab.

Tiba2 rasa nak belek2 handphone. Tapi tgk sikit je. Rupanya mlm tu dia duk main facebook smp pukul 4am. Patut la gelabah ie dia tertidur di ruang tamu je. 

Pagi tu sebelum saya siapkan bubur Ammar dan nak mandikan anak2, tiba2 maid saya dr mood dia mcm tak elok td, boleh plk senyum2 n minta maaf dgn saya. Mengaku semua la yang dia tak simpan makanan, tertidur di ruang tamu, tjaga lepas dengar bunyi kami turun dr lif.buat2 macam tgh panaskan lauk. Then saya ckp la, saya tak suka dia main handphone sampai pukul 4am etc.

Malam tadi rasa nak buka blk phone. Hati macam xsedap. Dan kali ini mmg stress.

 1) Jumpa gambar dlm phone dia yang dia posing pakai baju2 saya especially baju2 tidur saya (dah hilang pun sblm ni), cardigan saya etc bergaya tak senonoh then ambil gambar letak dlm FB dan juga share dlm mesengger dgn ramai lelaki. Hari tu dh buat sekali kantoi snap pic dlm bilik kami. Kami dah marah. Dah nasihat kenapa hantar gambar kat byk lelaki sedangkan dia ada suami dan suami dia baik je duk jaga anak mereka di kampung.

Ni buat lagi, makin berani. Benci sbb bagi sy baju tidur sgt privacy, ie even anak2 pun tak pernah tgk kot mama dia pakai xsopan, sbb malu dan segan dgn anak sndr dan tahu xelok utk jd model pd anak sndr kalau parents pakai baju tak sopan dirumah.  Dan even baju sleeveless pun adam boleh tegur ckp "mama, kena pakai baju tutup aurat". so mmg saya xberani pakai "merapu" kalau ada anak. Ni sesuka hati ambil brg2 privacy saya. Geram tu mcm perasaan rasa nak tumbuk muka org tp kena tunjuk mcm , "eh xada apa la yang berlaku". Jarang rasa nak tumbuk orang tau...... masa tulis ni sakit hati lagi.

Tapi saya mmg sangat sakit hati dan marah dgn semua gambar yang diambil dgn pakaian saya, keadaan rumah saya, halaman rumah saya, bilik tidur saya, dengan barang2 saya... sungguh saya tak boleh maafkan. Video dan gambar yang menjengkelkan hati saya, sampai saya dan suami risau, takut dgn kesan negatif kalau perkara ni ie gaya ambil gambar etc diajar pd anak2 saya. Marah sangat, tapi masih tahan dan berlagak spt biasa sbb kami dlm plan utk tukar maid juga. Kontrak dia pun dh tinggal 5 bulan lagi. Tp kalau ikut hati, mcm dah malas tengok muka maid tu tp ingatkan keselamatan anak2, kami tak confront lagi. Dlm uruskan plan mcmana nak tinggal anak etc (lately sll bawa je ammar ikut kami kerja).


2) posing kat kolam2 tgh2 malam ie 3-4am, then upload kat FB. Pernah saya dan suami turun ke dapur jam 1.30am, terkejut kami tiba2 maid masuk rumah dr halaman rumah di tepi kolam, dgn terkocoh2. Pelik !! Bila tgk dr phone, rupanya tgh sibuk berphotoshoot la pulak dia kat kolam renang masa malam tu. Haish.

3) yang ni lagi la, saya buat roti hotdog cheese. Buat extra utk dia. Katanya dia xsuka, xmakan etc. sekali dlm FB nampak snap pic siap buat air milo dgn straw lagi huhu. Dlm komen yang sgt fhm ckit2 ada perkataan "diet" huhuhu....siap feeling great gittew.


Mmg saya sgt frust. 

Saya pun pelik kenapa maid kali ni kami byk bsabar dan tahan dgn mcm2 kerenah dia. Sebab mulut tak bising sgt kot sbb saya tak tahan yang bising2 ni. Dari bulan2 pertama dia dtg ada inform agen utk hantar maid ni ke kaunseling etc, tapi tak jadi sbb cepat sgt rasa kesian. 

Yang kali ni, kami sabar sikit sbb kalau perangai tak elok tu tak memberi kesan pada anak2 ie tak buat dpn anak, rasanya perangai gedik di media sosial kami dah tegur n itu urusan dia dgnNya.  kami akan ambik je phone dan tak bagi dah pinjam. Tapi kalau melibatkan keselamatan anak2 etc mungkin kami terus tukar je. Kali ni mmg plan utk hantar seketika ke agensi utk nasihat etc. 

Pheeewwwww.... lega sikit lepas tulis. 

Ok pasal raya. Setiap hari saya attend open house raya dr jemputan korporat sampai naik berat badan dgn sgt byk. Sabar jelah. Setiap hari, dan makan je kerja. Schedule super padat dgn jemputan smp habis syawal. Ish ish ish...

Minggu lepas pun kakak ada buat open house, so kami makan dgn jayanya dgn pelbagai menu dan nasi pelbagai lauk pauk, bihun soto, sate, kambing bakar, makaroni, spagetti dan mcm2 (byk sgt smp lupa hehe). 

Antara pic ...






Antara dessert yg sy suka selain kuih tradisional ie bubur kacang, puding karamel etc, ada pelbagai kek yang sedap2 dan ni antara yang plg sy suka...





Petang pula kakak jemput clown utk meriah majlis + celebrate bday anak saudara. 






Masa dalam majlis ni jumpa dua org pakcik saya. 



Ni antara pakcik yg plg rapat dgn sy sejak saya kecil (belah ma saya). Yang atas tu kerja di petronas. So kalau ke klcc, sll je jmpa utk lepak n minum bsama. Tiba2 pakcik kata nak dtg rumah. Mula tu duk fikir bila boleh ajak ni sbb Schedule saya agak padat even utk wkend dlm bulan syawal ni sbb byk sgt jemputan. So gigih plan date dgn papa.

Cuba kosongkan schedule sikit dr pagi hingga tghari sabtu ni utk buat mkn2 kecil2. Tiba2 ma saya yang tau saya nak ajak pakcik2 breakfast offer utk sponsor belikan mknan favorite pakcik ie nasi dagang. 

Saya setuju jelah sbb ma dan abah insist utk tolong order dan siapkan bab menu utk mkn2 kali ni. Ma dan abah mmg suka sgt bab2 ajak org makan dan sponsor mkn (even menu majlis kak, ma saya yang arrange n order semua, tapi sbb pd skala besar, so tak la ma sponsor hehe). 

Sblm ni ada cakap nak ajak kwn2 suami saya dtg rumah sbb mereka lama tak jmpa (kawan2 universiti + kwn2 kerja bersama masa si okhlahoma dan canada).

Tiba2 ma call ma kata ma order mcm byk pula dan suggest utk buat mini makan2. Ma ckp ma nak sponsor 100%... wow.... kami ok sahaja, cuma risau tak nak susahkan ma je. ma ckp ma dah order semua termasuk kuih muih ncm krim puff, cucur udang etc.  Tapi saya tahu, ma saya plg gembira kalau sediakan mknan utk tetamu. Mgkn dr situ ma saya sll lapang dada dan gembira sll. Semoga murah rezeki ma sll ameen.

So sabtu ni inshaAllah akan buat mkn2 sikit2 utk family (adik beradik) belah saya dan suami, juga pakcik2 saya dan kwn2 suami (bukan level open house la sbb buat kecil2 kecilan je). 

Saya pun tak pasti apa menu sbb ma yang order. Even nak tlg pick up pun ma cakap x perlu, ma nak uruskan semua. Segan saya takut susahkan ma ie nak pick up kebanyakan menu di putrajaya. Ma minta saya sediakan air je. Menu mcm menu negeri kelahiran saya kot mcm nasi dagang, laksa etc la. 

Semoga dipermudahkan semua inshaAllah ameen. Syawal ni bulan penuh keberkatan sebab tika syawal sll akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kita. InshaAllah.

Salam

mrs Nizar






4 comments:

  1. adoyai stressnya baca psl maid emi ni..bahaya la sbb jaga baby kecik tu..jgn dia psiko meroyan dendam kalau kena marah dh laaa pdhal dia perangai tak semenggah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la memang stress. Tapi dia tak tau pun kami dh tau dia buat perangai lg dgn phone dan baju2 tu. Mcm2 hal la dia ni... hrp tak buat hal dgn anak la sbb sll jgk buat spotcheck lately

      Delete
  2. huhu..br baca blog kak emi..lama doh cikwa tinggal blog etek...merajuk ada blog..hahahaha...psiko sungguh bibik pon,nok tunjuk kehidupan di malaysia yg bahagia agak nye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, xkisah sgt bab post apa2 gambar dia di fb dia tu... cuma xsuka pakai baju org n lepas snap, baju yg disnap tu semua dh hilang dr wardrobe sob sob sob..

      Perasan jgk blog cikwa dh xada.. nak tny baru ni tp terlupa.. hmmm nape merajuk 🤔

      Delete