Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 13, 2017

MAKA 2017 | Diari cuti sekolah

Salam. Lama rasa xmenulis. Banyak nak menulis, tapi mood menulis mmg kurang spjg pregnancy kali ni, even nak bergambar pun sgt kurang selain schedule yg sgt padat sblm cuti utk bersalin nnti, byk perkara perlu diperkukuhkan dahulu.

Ringkasan aktiviti bermula cuti sekolah baru ni. Kesian anak2 sebab tak ada proper percutian lagi buat masa ni, mujur semua faham mama papa tgh struggle utk lancarkan operasi ofis yang baru bermula.

Sabtu 25/11/17

Awal pagi gigih bawa anak2 utk breakfast di genting. Kabus tebal sgt pada hari tu. Menggigil kesejukan :)




Sebelum tu ada makan2 dgn tokma tokki sebelum mereka mula cuti2 ke europe. Semua dtG mkn2 dirumah saya.


Tengahari kita ke Premiera Hotel meraikan anak2 mendapat anugerah dalam mAjlis Kecemerlangan Akademik 2017. Tapi kena pergi awal sebab irham dan adam dua2 terlibat utk buat persembahan. Kami decide utk ambil bilik di sini sebab lebih rehat dan senang nak jenguk anak2 selain nak pre-celebrate birthday ammar yg pertama.


Alhamdulillah dan tahniah anak2 kesayangan mama papa.....





Meriah majlis meraikan anak2 ni :)




Tiket utk hadiri majlis ni. Setiap satu tiket RM150 utk dinner.


Jujurnya, hati tersentuh tengok anak2 happy bila mereka diraikan atas usaha mereka dan mendapat keputusan yang menggembirakan hati. Pssst, saya ingat saya dah cukup lembut hati. Suami saya yang macho dan gagah selalu tu lagi hati tisu pasal anak2. Tiba2 cakap "ala rasa sebak la pulak bila nama anak2 disebut dan terpapar kt skrin". Gigih cover.... comel plk papa irham dan adam ni. Saya tau setiap malam papa lagi byk teman anak belajar, mama lebih byk bg tips jawab soalan + pilih yg penting2 je. Org kata study smart, nak pulun semua xsmpt la dah sll study last minute kan.

Masa anak2 buat persembahan, papa paling gigih cari di mana position anak2 , nak snap gambar dan sgt enjoy dgn persembahan anak2.





Ahad 26-11-2017

Awal pagi gigih ke airport nak hantar ma abah bercuti dgn adik beradik saya (london-switzerland-italy). Anak2 masih tidur masa ni.


Lepas tu kita balik ke hotel. Alang2 hotel di tengah bandar kl, kita pusing2 jalan kaki cari makan etc sblm pulang (tak byk jalan, mama penat n cramp perut la bila jalan byk2).

Isnin, Selasa, Rabu

Mama papa kerja macam biasa.

Khamis 30-11-2017

Mood bekerja merudum. Rasa nak bercuti. Tiba2 papa tanya ada plan nk balik kampung tak? Terus cakap kat papa "jom la, alang2 bertolak sekarang". Mmg mengejut, balik rumah, packing dan terus bertolak.


Hujan lebat sepanjang jalan. Saya suka sgt musim tengkujuh. Duk berselimut je dan kena pastikan byk makanan kat rumah. Sebab kejap2 semua lapar. Setiap tahun bila musim tengkujuh mmg kami balik kampung nak rasa sendiri musim tengkujuh selain menggamit memori masa kecik2 dulu. :) tapi akhir2 ni parents saya jarang balik kampung apatah lagi masa musim tengkujuh huhu. Mujur boleh merasa juga bila balik kelantan.

Jumaat 1-12-17

Seharian duk di rumah. Ada teman nenek peri kenduri di belakang rumah. Teringin nak makan gulai kawah. Papa tunggu anak2 kat rumah ye hehe.

Sabtu 2-12-17

Cuaca ok sikit. Boleh keluar ke kota bharu utk makan2 sblm bertolak balik tengahri tu sbb ahad mama papa kerja.

Sepanjang perjalanan cuak jgk tgk air naik sana sini. Meriah plk nampak ada yg duk main pelampung dan naik perahu. Air sungai melimpah hampir cecah jalan raya. Air sgt deras. Mmg pengawasan aktiviti anak2 sgt perlu dititikberatkan. Sempat singgah beli sotong celup tepung etc di penarik trg.


Ahad 3-12-17

Awal pagi mama dan papa bekerja. Ada launching projek perumahan. Sebelum keluar bekerja, pujuk anak2 bawak jalan2 dan makan2 dulu. Try jalan baru Rawang Bypass. Cantik sgt pemandangan dr highway ni. Lepas tu bawak anak2 mkn mee kolok. 





Sebab kena tinggal anak2 atas urusan kerja di hari ahad, kesian anak2. Balik rumah je, kena beli hati anak2 semula, terus bawa semua ke pantai port dickson. Main pantai sampai lencun. Lepas dinner kita balik rumah.








Isnin selasa rabu

Sepupu2 anak saya ie zharfan dan ariff dtg ke rumah, main bersama n tidur dirumah kami. Dapat kurangkan sikit kebosanan anak2 masa mama papa keluar kerja. 

Khamis

Mula siapkan projek lego cuti sekolah. Kagum tgk anak2 yang fokus, smp tertidur tgh buat (lewat mlm bau tidur). Mmg susah sbb ni antara lego paling besar n ada hampir 3000 pcs lego. 

Projek siapkan lego porsche utk irham dan adam. Sgt details ie lego technic, nak pasang engine, siap semua perkakas dlm enjin, beg travel, dan bila sebut lego technic, bila pasang tayar tu mmg pergerakan di kena sama la dgn gear. Kalau letak dekat gear "R" utk pusing tayar ke belakang, ada "N" dan "D". Semua mcm real.

Sorry terpuji anak2 sndr haha. Kagum sbb mereka fokus, xputus asa, dan boleh buat sendiri utk usia mereka. Caya laaaa anak2 mama. Beberapa hari juga la nak siap sbb mama papa byk ganggu ajak keluar etc. papa kata kalau mereka dah sampai level ni, papa xtau nak beli lego mana dah, mcm yg ni plg mencabar kot buat masa ni. Haha. So kita "puasa" beli lego dulu ye hehe.





Yeay dah siap. Kepenatan anak2 mama.





Dari pemerhatian mama, anak2 mama ni sgt fokus, ada semangat juang yg tinggi, yakin pd diri dan pantang dicabar, mmg nak buktikan semua mereka mampu. Semoga terus istiqamah semua semangat yg ada ni utk mengharungi liku2 dan cabaran dlm kehidupan akan dtg. I am a proud mama. 


Jumaat

Kerja sekejap pagi. Habis meeting je papa ajak balik bawak anak berjalan. Kita ke melaka. Mula2 ke A Famosa Free Port. Shopping brg anak2 sikit2, mereka nak selipar crocs baru la etc. 





Tak banyak ambil pic, dah cakap kan, pregnancy kali ni saya sgt tak larat nak snap pic, nak bergambar lagi la malas haha.

Lepas tu kita picnic di pantai pengkalan balak melaka. Minum air kelapa dan goreng pisang cicah sambal pedas (yeeeee langsung takde pic huhu... sorry la anak2, kadang2 menyesal juga. Mama ni cuma larat bekerja, bawak anak jalan2 pun dah cukup "hebat" dah. Lesu je selalu hehe. Tabahkan hati utk keluarga tersayang).

Sabtu dan ahad

Kita di rumah tokma dan tokki. Sambut kepulangan tokma dan tokki. Makan2 sekeluarga di rumah tokma pada sabtu malam.

Pic kredit dr phone adik. Adik lelaki saya azizi balik beebrapa hari lebih awal. So dia yg sediakan semua makanan . Dr ikan tiga rasa, sup ekor, udang sotong etc bg memenuhi selera abah dan ma yg rindu masakan malaysia hihi.


Semua teruja tunggu mcm2 souvenir dr tokma dan tokki


Antara pic tokma tokki dan adik beradik n fmly saya ketika bercuti



Ahad pula, kita breakfast di rumah tokma. Ma dan abah tempah nasi dagang utk makan bersama.

Lepas asar kita bertolak balik. Ciksu call nak dtg rumah kita dr rawang sebab nak bagi hadiah pd irham adam sempena result exam akhir tahun baru ni. Terima kasih byk. Saya tapau sikit nasi dagang utk makan bersama ciksu dan anak2.

Isnin selasa rabu

mama kerja macam biasa. Balik pun agak lewat, gagahkan diri bawa anak ke melawati mall malam2 lepas kerja. Buat groceries n capaikan hajat2 la nk minum n makan apa yg mereka nak dan beli stok makanan mereka dirumah bila nama papa kerja.

Lately suka sgt cake dan aiskrim. Mcm nak hari2 tapi sabarkan diri, risau sugar intake byk sgt.







Khamis?

Hari ni? Masih kat katil. Papa ajak cuti/ halfday. Mmg sengaja kosongkan jadual hari ni. Papa kata nak bawa anak2 bercuti atau jalan2. Tak de lg plan ke mana.... bukit fraser? Anak2 ajak ke petting zoo baru di maeps? Nak ke pusat sains? Ntah la... yg pasti mama off masak hari ni, papa ajak makan diluar n beraktiviti dgn anak2 diluar. Sebab kami kdg2 sibuk xtentu masa, wkend kena kerja, so bila ada peluang je wdays, mmg sgt curi masa utk anak2. So ada la sedikit masa utk update blog juga hari ni.

Itu shj cerita mama utk seminggu dua ni ketika cuti sekolah.

Salam sayang

MrsNizar










No comments:

Post a Comment