Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 16, 2017

Santai rehat di Bukit Fraser | 19 weeks check up, hallo baby | hallu budu ;)

Salam semua.

Last entry mama cakap papa minta mama cuti utk bawa anak jalan2. Mmg tak de perancangan nak ke mana mulanya. Lepas discuss, anak2 nak ke petting zoo G2G, lepas tu gigih nk mkn nasi kambing 40 hari di segamat.

Lepas bersiap, mama papa menuju ke pathlab dulu utk rutin tahunan ie buat full blood test utk mama dan papa. Elok lepas buat test, tiba2 developer call kata pihak mereka nak buat bayaran utk beberapa kerja2 yang sudah ofis siapkan. Minta mama ke sana utk hantar invoice. Gigih masuk ofis n dapatkan doc utk dihantar kpd developer. Masa ni belum breakfast sbb puasa utk ujian darah. Semua kelaparan dah. Anak2 sibuk nak breakfast kat Subway (favorite ketiga2 anak), saya pulak dah kelaparan, ikutkan hati mau je makan nasi kandar haha. So kita tapau di subway then makan di A&W juga. Lepas makan, mama ke ofis developer. Semua selesai dah jam 1.30pm. Kesian anak2 mujur mereka faham n mereka happy je asalkan dapat ikut mama papa selalu.

So terpaksa tukar plan sbb nak pergi zoo mcm dah xsesuai sbb dah tengahari kan dah panas dah. So kita ke bukit fraser.

Santai sekeluarga di sana. Ada kedai baru buka di sana, sgt cantik pemandangan dan makanan pun sedap juga.

Sedikit gambar di sana. Siap sediakan teripong kalau nak intai2 burung dlm hutan tu.












Sebab agak lewat, byk juga kami order sbb semua kelaparan baru nak lunch. Dah hampir pukul 3pm. Kami ambil nasi goreng kampung, nasi putih, tomyam, paprik ayam, sayur campur, telur dadar etc. ambil dua portion tiap satu. Makanan sedap, harga pun ok je. Air dia mgkn mahal ckit dr kedai bawah cth milo ais RM9. Total mkn lebih RM120. Keseluruhan dia ok dan memuaskan hati.





Lepas makan nasi, anak2 nak aiskrim plk. Sejuk2 pun nak aiskrim.


Sesi pujuk nak rasa aiskrim abang2. Ni la ariana kami, suka nak cuba abg2 punya dan dia bukan je xkedekut nak share aiskrim dia, siap paksa lagi abg2 kena rasa aiskrim dia. Hehe.


Lepas semua dah kenyang, anak2 nak main kuda pula. So kita ke The Paddock.











Lewat petang kita bertolak balik. Cuak juga sbb xperasan dh lewat ptg. Jalan turun dr fraser's hill ni kan gelap, sangat bengkang bengkok n sunyi sepi. Alhamdulillah semua ok. 

Plan nak tidur di sana mula tu, tapi memandangkan saya ada appt dengan doktor seawal 9am, kami memilih utk bermalam di rumah je.

Hello adik

Jumaat awal pagi mama dan papa terus ke gleneagles. InshaAllah merancang utk bersalin di sini dgn doktor yg sama ketika melahirkan ammar. Doktor yg sgt professional dan baik hati.


Sebelum jumpa doktor, papa tny (sebab dah beberapakali scan xpasti lg baby girl ke boy kan)

Papa : kalau hari ni nampak baby girl, awk nak "tutup kedai" dah ke?
Mama : emm (sepatah je jawab hehe).
Papa : kalau baby boy?
Mama : tutup jugak hehe.
Lama papa senyap.
Papa : tapi lagi ramai anak kita lagi meriah.
Mama : kalau ofis dah stabil, tengok la camne. Agak penat dgn usia sekarang n dgn ofis kita yg kena keje kuat skrangni. Kalau dah smp tahap sy boleh kerja tiga hari je seminggu, hari lain awk je masuk keje sorg ok la haha.
Papa : ok.

Lepas scan, doktor bg hint mcm ada rezeki ariana dapat adik perempuan buat kawan. Kesian dia sll main sorg2. Tapi selagi tak keluar tak pastila kan hehe. Kami view masa detailed scan. Happy sgt, even kalau boy pun happy sgt juga haha. Tapi lately sbb suka sgt kek dan aiskrim tu yg buat rasa mcm sama masa pregnant ariana dulu 



Lepas check up smpt lagi papa usik ie perbualan merapu suami isteri :

Papa : tau tak kalau anak kita ramai plg meriah bila kita bercuti gi jalan2. Sblm keluar bising satu rumah nk siapkan anak. Ada yg xjmpa kasut la, xsiap pakai baju la. Bising oooo rumah kita. Baru best ....
Mama : haha ok.
Papa : ni bila jmpa org selalu tny ni anak pertama ke (refer baby dlm perut), best je masa jawab "bukan, ni no 5". Kalau jawab, ni no 6 lagi best. Tapi kalau jawab bukan ni baby no 7, alhamdulillahhhhhhh....
Mama : amboih.
Papa : kita plan jelah utk 7 org ok.
Mama : haha. Mmg suka ramai tgk la cmne, kang dh tua sgt, mana boleh.
Papa : sebelum 40 la kita "tutup kedai". InshaAllah ok. ma saya bersalin kt sy dgn awi lepas 40, ok je. Kita ada 5 thn lg nak masuk 40 kan. Saya jAga la awak n anak2.

Kemain memujuk hahahaha. Ameen ada rezeki tak tolak. Tp nak rehat dulu ye kanda :) saya tak kisah sebab papa mmg ayah yg sgt ringan tulang. Langsung tak kekok jaga anak, ajar n didik anak2, garang bab solat dgn anak, pujuk anak menangis especially yg masih baby la, boleh bgn malam ulit anak nangis tengah malam, malah malam2 sudi bgneven pukul 2pagi ke, 4 pagi ke utk tlg urut sy yg kadang sakit kaki/ belakang sbb menampung berat badan yg naik sgt byk mengejut. Terima kasih daun keladi, semoga sentiasa rajin hingga akhir nanti :)

Anak ni rezeki. Kita fokus utk bg segala didikan dan asuhan yg terbaik utk yg dah ada, dan kalau mmg tertulis ada lagi rezeki lain, saya tak menolak. Mungkin sbb kami berdua pun datang dr keluarga yang besar ie papa 7 beradik dan saya 6 beradik. Meriah selalu!! Suka sgt papa tiap kali keluar mkn (kerap berdua sbb kerja bersama kan) bila orang ingat saya pregnant anak pertama. Haha. 

Doakan yang terbaik utk family kita selalu.

Hari ni, sabtu kita berehat di rumah je. Plan awal pagi saya masak mee goreng special utk fmly nak bawa bekal pegi picnic. Sekali siap je, semua kelaparan. Baru 7am, semua dah mkn byk2. So tukar plan sbb dah lewat nak pergi picnic

Semua dikerah tolong papa basuh semua kereta hehe. Sambil main air sbnarnya.




Hari ni lunch utk kali pertama mama masak nasi nak ajar anak2 makan budu. Saya masa ikan singgang, ayam cili fav papa, kangkungcelur dan budu, juga telur dadar.


Selalu je makan nasi ulam dgn budu, tapi kali pertama ajar anak. Tiga kali tambah anak sy irham. Siap ckp "mama sedap sgt la makan hari ni". Haha. Stress papa tgk mama ajar anak mkn budu plk . Kalau dh asal pantai timur (kltn + trg), takkan xajar makan budu kot. Hehe. Adam pula ckp sedap la mkn mama, tapi dia mcm xminat sgt budu. Ariana langsung xnak try. 

Lepas mkn, dessert kita roti aiskrim. Nyummm....



Itu je cerita sehari dua ni. Nak rehat puas2 sblm kerja kuat lagi mggu dpn inshaAllah.

P/s: update ahad.

Hmmm ada tak orang yg masak menu utk family exactly sama spt yg dimasak hari sblm tu. Bukan panaskan ye, tapi masak kembali semua lauk yg sama spt semalam pada keesokannya. Haha, itu la family saya. Senang, xpayah fikir nak masak apa bila papa request nak lauk sebijik sama mcm smlm.

Cuma hari ni tambah lg telur rebus, bilis goreng dan celur pak choy (lebihan dr saya masak mee bandung juga tadi). 

Dan hari ni, ammar pun sy suap je nasi ikan singgang dan budu. Papa siap pesan dekat ammar "ammar , nanti nak kawin pilih isteri baik2. Kalau dpt yg suka budu, baby ammar pun dia suap budu". Hehe ... yang pasti irham yg sgt memilih nak makan tu akan makan byk bila ada ikan singgang n budu. Papa dah arahkan hari2 masak ikan singgang selain lauk pauk lain hehe. Sekian.




Juga mee bandung :)



Salam.

Mrs Nizar







 






1 comment:

  1. fuhhh teringin nak gi frasers hill..dh sgt lama klah tak gi situ

    ReplyDelete