Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 7, 2018

Day 1 : Ketibaan | Teratak pertama kita

Salam

Ok hari ada sedikit kesempatan utk sambung entry lepas (plan nak update hari2 kan hihi).

Setiba di Heathrow Airport, perkara pertama kami buat ialah singgah di convenient shop sebab anak2 nak beli air etc. sblm bertolak tokma ada bagi £20 lebihan duit tokma yang baru balik dr UK juga. So diorg request nak shopping sndr. Sementara mereka beli juice etc, mama sibuk beli tiket tren utk ke Paddington (kami sewa) di sana atas nasihat adik, kat situ plg byk makanan halal termasuk la KFC, subway etc selain makanan pakistan, arab etc.

Sebab kami datang mengejut, ie kurang buat research n tak smpt discuss sgt dgn adik beradik yang beberapali dh dtg kan, so mmg kami terbeli tiket yang mahal ckit la. satu fmly kami £66. Dah la naik yang tren biasa ‘underground’ ie tak pantas dan tuntas sgt kan. Sebab kami terbaca yg express tren harga dia £22 seorang. So kami kan family ramai, tak jadi la naik yang express. Sbb kalai convert dh lebih RM500 kan hehe. Rupanya utk tiket express, hanya yang dewasa dikenakan tiket, jadi cuma £44.  Kalau tak lebih murah dan cepat ie 15min je perjalanan dari airport ke apartment kami. 

Moral of the story, sila buat research sblm travel hehe. 

Nampak tak papa dan anak2 lelaki tlg bawak beg tu. Kami dah tiba di paddington station. Rehat sekejap sementars papa usha apa kita boleh mkn2 dulu. Masa ni awal pagi ie 10am. (Masa ni msia lewat ptg la). 






Sebab tak nak papa penat sgt, saya suggest utk kita makan je alas perut bekal kami, then kita ke apartment naik taxi. Nak simpan tenaga sebab kesian papa bawak beg kan.

Ada incident masa naik tren. kami mmg dh plan (bab keselamatan mmg kena discuss sll sbb kami ada 5 anak kecil, mmg mudah utk terlepas pandang kan). So saya ckp pada papa, bila turun tren kita make sure semua anak turun serentak dgn sy, n saya akan tunggu di luar tren dgn anak2 then baru papa bawa keluar semua beg sbb takut terlepas pandang anak2. So kami turun serentak ie dua stroller (papa sorg saya sorg)  n tiga anak yang berjalan( dua dgn sy satu dgn papa). 

Lepas tu papa cepat2 masuk ambil beg, elok nak turun, ada pula mamat omputih pggl papa ckp beg tertinggal, walhal bukan beg kami. Tapi sbb papa berpaling n nak make sure semula, pintu tren tertutup dan kita pun nampak wajah frust papa + nak tergelak pun ada sbb tak sempat turun.

So gigih i angkut semua cari tmpt duduk dulu sementara papa tukar tren utk dtg semula. Masa ni anak2 risau papa dia hilang haha. Siap pujuk mama, kalau papa xsmp juga ajak mama cari. Mama cakap, papa duk di canada, amerika semua sorg2 je dulu, naik tren ni senang, jangan risau, papa tahu dtg semula. (Diorg rasa macam mama dia lebih tahu semua kot haha). 

Drama betul, elok papa sampai, semua senyum peluk papa. Yeay, gaya mcm satu kejayaan kami bersatu semula haha. 

Ok lepas tu kita naik taxi. Masa ni xboleh agak jarak even masa booking dah tahu dia tulis 300m je dr station, tapi bila naik kereta jauh ckit tp kurang la 1km. Sbb beg byk kan haha. Dah la tu, sbb kami ramai, kena kira dua taxi (ammar dan arissa dikira juga so kami jadi bertujuh). So dua taxi kena la £10 ie satu teksi £5. 

Niat asal mmg la nak travel budget, maksud budget tu bukan travel utk shopping2 la, tapi bila berjalan dgn anak2 kecil, kami tak boleh kompromi dgn keselesaan anak2 dan makanan. 







Alhamdulillah, tak sampai 5 min, dah sampi ke apartment kami. 







Inilah gambar halaman apartment tu. Tapi bila kami masuk, saya agak sedih sebab ruang sgt kecil. Ada satu bilik kecil, dapur yg sgt kecil dan blk mandi. 

Ingat tak mama kata mama buat reservation mengejut masa on the way ke airport smlm? So mmg xsmpt baca details property ni. Sedih sbb takut family tak selesa.

Ya Allah, baiknya anak2, even sempit mereka cakap ‘tak pe mama, ok je. Kita happy je’. Papa pun ckp ok je. Tapi saya tahu, semua penat mesti nak keselesaan sikit kan. Dah la kelaparan. 

So smp dalam rumah tu (studio), kami mandikan anak2, then alas perut ckit... saya paksa papa tidur jap (power nap). Sebab tahu dr tadi papa penat dgn byk brg diangkut seorang, nanti nak jalan2 lagi, byk tenaga papa nak guna ni. Mujur xpayah angkat mama je haha.

Lepas semua dah siap, kita ready nak makan. Masa tu la saya buat keputusan, nak tukar rumah. Diacuss dgn owner n dia pun faham, so dia nak bg unit lain yang lagi besar ie apartment dua bilik. 

Tapi kena top up la lagi £70. So total jadi RM1400 la kami bayar. 

Sebelum pindah ke apartment baru, kami cakap nak bawa anak2 makan2 dulu.

Kami lunch di sini...









Muka kepenatan dan lapar ni :) kami order beriani kambing, beriani ayam, beriani udang, ayam tandoori n juice. Besar portion dia, siap kena tapau pula. 

Tak tau la terlalu lapar ke apa, tapi makanan kat sini sgt sgt sedap. Alhamdulillah. 

Actually sebab currency kita teruk, kalau tak mkn minum di sini ok la ie £70. Tapi bila convert baru terasa... opppsss dekat RM420 sekali mkn.

Mmg percutian kat sini kami byk spent utk makan minum sebab dtg mengejut, langsung tak bawa stok makanan macam brahim ke, sardin etc. megi pun 5 bungkus (hotcup) je papa beli kat petronas masa otw ke airport hahaha. So next time lebih jimat bawak ckit la stok makanan. 

Lepas makan kita jalan2 sekejap sebelum balik bilik utk pindah ke apartment baru. 







Masa jalan2 ni, ada la berkenan souvenir kecil2 kat sini. Saya pun ajak papa shopping. 

Tapi papa cakap macam cepat sgt nak shopping souvenir utk di bawa pulang... mujur I kdg2 degil hahah.. asalnya sebab anak2 teruja dah kan, satu lagi saya cakap kat papa, masa kita sgt limited dah nanti, ada peluang kenapa tak nak belu terus.

Masa tu kami plan nak beli payung london utk semua adik beradik. Idea papa la. Pastu papa cakap, kita balik kemas barang dulu sbb nak pindah apartment kan. Knowing him, yang shopping ambil masa lama, saya kata ok la, papa boleh beli later, saya nak beli sikit takut later2 tak smpt.

Smpt la beli ni utk anak2 dan kawan2 dia juga fridge magnet utk koleksi sndr sikit. Saya beli juga jam “Big Ben” (besi + kristal) cantik utk tokma sbb ma saya suka kumpul koleksi cenderahati bila travel. 

Ni sebahagian set alatulis utk simpanan anak2 dan juga hadiah kawan2 dia.  Diorg pilih sndr. Teruja semua nak bawa kpd kwn2 kelas. Dah jadi trend sekarang kot, bila travel semua beli souvenir pd kawan sbb mereka pun sll terima souvenir dr kawan2 yg ke australia, dubai etc (mereka lebih berinformasi dah nak travel ke mana selain gigih google haha)



Ni saya punya :) hihi



Juga teddybear utk ammar dan ariana (paddington bear london). 

Lepas dah beli ckit2, kita cepat2 balik ke apartment. Mujur kami beli, sbb ni jelah masa smpt jmpa kedai jual souvenir mcm ni huhu.

Balik rumah cepat2 packing n panggil taxi utk pindah. Kami pindah ke area Kensington. Taxi ke sana £ 30.

Ini la rumah baru kami... boleh la... ada ruang tamu utk berehat. Lepas pindah, baru anak2 cakap terima kasih kt mama. Diorg ckp tadi diorg terasa sempit tapi diorg ok je.





Ruang dapur...



Dan bilik tidur kami. Anak2 share satu blk, saya papa n dua babies satu bilik master.









Lepas berehat seketika (malaysia dah lewat malam juga masa ni), tapi anak2 mcm xde jetlag langsung. Diorg mungkin teruja nak berjalan....

Saya cakap diorg ni pakai tenaga solar, selagi ada matahari, diorg kuat. Xde istilah jetlag agaknya haha. 

Ke mana ye teruja sangat anak2 mama ni.... ok banti mama sambung next entry ye....

Salam

Mrs Nizar


8 comments:

  1. bestnyaaaa RM1400 tu utk berapa mlm yer emy? tp puas ati sbb nmpk selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk dua malam kaklah... ok la sbb location sgt menarik n rumah pun bersih.

      Delete
  2. Syok baca kisah ni & tumpang happy for the kids! Mmg rezeki betul dapat pergi tempat idaman. Tak sabar tunggu sambungan sebab kita pun pi UK gak bulan April haritu dan masih belum move on haha. Gile power packing untuk 7 org under what, 2 hours??? for the long trip, tabik spring ah kat Aimi!

    ReplyDelete
  3. Pi road trip 2 minggu around UK. Twas great fun! Subhanallah besar dah bujang2 dgn anak dara awak yer. Jgn lupa update Lilypie kat sebelah utk yg lagi 2 org tu tau Mi, hihi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya... pergi dlm group ke? Tia ada blog kan? Last hari tu xdpt buka...

      Delete
    2. 3 of us, yeap. Paling best bg saya dapat singgah rumah lama kat Manchester. Sorry wak, actually my blog has been dead since 2015. Tak rajin menaip dah, saya takdak FB, IG pulak hidup segan mati takmau lol

      Delete
    3. Oh yeke... sblm awk pernah stay di manchester ke? Ok Tia take care

      Delete