Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 14, 2018

Meraikan mereka meraikan kami | Oxford Street & Anniversary Dinner

Salam....

Ok sambungan dari entry sebelum ni, selepas berpindah ke apartment ...

Petang tu kita berehat seketika di rumah. Dalam tengahari, anak2 sibuk ajak keluar. Saya berbelah bagi sbb kalau ikut waktu malaysia, sekarang sudah pukul 10malam. Risau anak kepenatan atau jetlag di tengah jalan, susah pula nak balik. Tapi anak2 insist nak keluar dan cakap mereka kuat...

Nak ke mana? Yeaaaaa, sampai kota london, terus kami visit tempat pertama dlm list iaitu ‘Hamleys’ haha.... masuk dlm list  a must place to visit bagi org kategori mak2 ni haha.

Kita jalan kaki ke tren station, sgt dekat. Hujung lorong apartment kami je, dlm 200m (nampak dr rumah la). 

Menapak ke sana utk ke Oxford Circus station. Sampai kat sana menapak sikit la kami sambil melihat2 kedai2 di Oxford Street ni. Sampai je sini papa pula gelisah, byk kedai yang papa nak pergi dan nak shopping haha. Masa sgt limited kan. So mula la sesi pujuk memujuk anak dan ayah nak masuk kedai mana dulu kan. Haha. I tak campur sbb I tak teruja bab shopping, cuma teruja nak teman mereka. So mengalah la si ayah sbb tak dpt sokongan hahaha... semua kata kita ke Hamleys dulu.

Gambar sekitar Oxford Street, tempat yang dikatakan famous utk shopping2 utk org malaysia di London.








Dan akhirnyaaaaa... wajah paling manis even paling penat waktu ni hadiah dari anak2 yeayyyy....dah sampi Hanmleys...




Hamleys mmg sgt byk la di London tapi kat sini adalah gedung mainan yg plg besar.

Banyak mainan mereka berminat... mereka dah google sejak dalam kereta lagi masa di malaysia apa nak beli (actually sebelum tu lagi haha).

So masuk sini, kita bagi kebenaran diorang nak masuk ke mana dulu..tengok tu ada banyak floor, semua penuh dgn mainan.... jgn kan anak2, en ahmad nizar pun gigih nak mainan juga hahaha...



Antara yang menarik hati saya tgk tengok mainan dgn bawa nama ‘malaysia’.





Wajah2 teruja mereka slps shopping apa yang mereka berkenan. Kena pilih2 juga, kalau ikut hati mereka, semua nak... mmg satu hamleys la kena bawak balik.  Dalam kontrol pun, sebab mereka berempat kan (arissa xdibelikan lagi mainan haha), so slps convert shopping dlm RM2k utk mainan mereka. 












Tak sempat visit semua floor sebab mereka dah puas hati dan ajak pulang. Mungkin penat sebab masa ni dalam pukul 1am waktu malaysia.

Tapi papa insist utk ajak kami dinner dulu. Papa nak belanja tempat favorite mama. Mula tu saya ingat nak tangguhkan keesokan hari, tapi papa berjaya pujuk anak2 untuk dinner dulu sebelum balik. Jauh juga la menapak ie dlm 700m. 

Nampak mereka agak lesu dan kesejukan. Tapi mereka baik dan bagi penuh kerjasama. Sayang anak2 mama.

So kita sampai kat Burger & Lobster. 

Kat sini menu dia simple je. Papa ambil lobster yang special ie besar. £25.90. Menu dia semua harga sama je. Tapi mmg sgt sedap. So ini dikira dinner meraikan anniversary kami yang ke 10. Alhamdulillah.

Semoga Allah tetapkan hati ini dengan rasa cinta yang semakin bertambah dari hari ke hari hingga ke syurga. Ameen. Syukur utk 10 tahun yang membahagiakan ini. Terima kasih abang !

Masa kami sampai, staff di sini sgt peramah. Mereka tanya ini anak kandung kami ke semua sbb di UK mereka jarang ada ramai anak, tapi kalau ramai sllnya mereka adopt. Mereka teruja bila kami cakap ini semua anak kami. Ariana ammar dan arissa tidur je malam tu. Ariana cuma minum air je.

Ni masa menunggu utk dapatkan meja. Letih sgt masa ni, tapi nampak tak ada senyum di situ.... alhamdulillah mereka happy selalu :)



Sessi makan2....kami semua ambil whole lobster kecuali adam nak lobster roll (isi whole lobster juga dlm roti tu).






















Masa tengah syok makan2, ammar sayang pula menangis. TQ papa tolong jaga si ammar. Struggle dgn anak masa nak makan, so I offer nak tlg, papa pula gigih nak handle. So isteri taat redha la suami nak jaga anak malam tu hihi. 





Selesai dinner, kami call taxi utk balik ke hotel. Dah tak larat nak bjln sebab kalau ikut waktu malaysia, dah pukul 5am. Kami diam tak cakap anak2 bila diorg mula cakap dah penat sikit la mama, kami tak cakap yang yang waktu tu dah pukul 5am waktu malaysia. Kesian juga sbb dh 23jam mereka tak tidur dan penat travel baru smp dr malaysia kan. Mereka tgk jam masa tu baru 10mlm waktu di London. So mmg waktu tidur biasa diorg la 10 malam kalau msia. Tapi mmg kuat semangat anak2 mama ni, chaiyo. Boleh bawak jalan lagi sebab behave gini :)

Alhamdulillah kami sampai rumah dlm 11mlm ie waktu subuh msia. Sampai je terus solat jamak maghrib dan isyak, dan kami pun tidur...

Seharian yang sangat panjang dirasa dan penuh kenangan dicipta... alhamdulillah...

Habis la sehari di hari pertama kami berada di Kota London.

Salam.....

Mrs Nizar


4 comments:

  1. Congratulations on ur 10th anni guysssss
    Amazing parents with amazing kids, I must say!

    ReplyDelete
  2. Aimi, mira tengah nak khatam trip aimi ni. First of all, happy belated anniversary !! Seronok anak ramai.. anyway, yang burger n lobster tu dekat sana harga tak la sekejam kat genting tu eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, harga kat sini semua menu dia sama... kat genting mahal sgt. Sama mcm red lobster, makan berdua kemain magal di msia, di US makab satu fmly, masih sgt murah huhu

      Delete