Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, October 17, 2016

Diet & Diabetes | Food Porn & Cheat Day

salam.

(Entry kali ni berkisah tentang makan2 dan makan :p)

Sejak akhir2 ni saya dan suami dlm usaha menjaga intake makanan kami sebab :

1) berat badan saya dah naik 23kg spjg pregnant ni (baru masuk 32 weeks) doktor risau diabetes. Ujian gula semua masih Ok tapi saya kena berjaga2. 

Oleh itu, doktor cadangkan saya monitor kadar gula dlm darah sy setiap hari (jenuh n letih). Saya buat ujian sendiri sebyk 4 kali sehari. 4 kali sehari? Yeaaa, sebab doktor nak tgk jadual pemakanan sy. Huhu.



Saya kena buat ujian awal pagi sblm mkn minum dan setiap dua jam slps pengambilan meal utama ie slps breakfast lunch dan dinner.

So far, doktor kata rekod gula sy bagus, tp kena monitor lg la sbb semua doktor confuse, awat la saya ni byk sgt bertambah berat badan.


Alternatifnya, saya attend kelas pakar diabetes, so kontrol la pemakanan dan portion intake.

2) suami juga mula diet. Ada buat full medical check up, alhamdulillah semua OK. Tapi kolestrol tinggi sikit (masih parah rendah, cuma hampir dgn border line).

So saya jd org yg menjaga portion intake makanan suami. Saya yang ceduk nasi etc utk suami ie hanya utk 1 sajian sekali mkn. Hehe. Ada jgk hari2 yg dia cuit2 pinggan cm tak cukup, tp bila sy offer nak tambah, dia cakap "tak pe, abg dh stat boleh adapt mkn ckit2 jadi kenyang". Syabas bhai. Hehe...lagipun kesedaran tu dtg dlm diri suami sy sendiri, dulu dia beria nak diet bkn dgn cara yg betul ie langsung tak makan smp demam2. Dah dua kali suami demam smp semiggu sbb mula crash diet. 

Sekarang saya tak bagi suami diet teruk2 (kita kan dah tua abg, badan tak leh terkejut2 xcukup makan, nanti uzur la haha). Tapi saya kolestrol intake, portion intake suami sy etc. siapa lagi nak tlg jaga dan nasihatkan kesihatan suami kalau buka isteri kan. Nak sihat2 sll dan fit, inshaAllah.

Lagipun, suami mithali saya ni melayan selera saya mengandung smp dia pun naik berat badan smp 5-6kg. Jadi saya dh nak bersalin ni, dia pun gigih nak diet juga :) nanti kita makan lauk pantang sama2 ye hehe...

Dan sekarang pun, setiap kali mkn di luar, kami akan order juice tanpa gula atau apa2 air mesti kurang manis atau air suam je. Saya mmg selalu mcm tu, tp ni perubahan baru pd suami sy :) chaiyo abang !

Food porn | cheat day

Tapi last week byk hari plk kami adakan cheatday kami. Keinginan makan membuak semula. Mgkn sebab dah tak lama nak bersalin kan. Masalahnya suami saya pun turun mengidam.

Cakes

Last week saya smp order dua kali kek dlm seminggu (sejujurnya selang sehari dua je hehe). Suami teringin sgt nak mkn kek rainbow. So sy call utk delivery. Mmg sgt sedap, suami gigih mkn dgn berjaya. Saya mkn sepotong je sbb control sugar intake.

Tgk muka sape hepi kek dia smp tu :)




Lepas tu saya plk mengidam Devil Food Choc Cake. Ish ish ish... Order lagi... Memang nyums sungguh :)



Sape2 berminat sy syorkan beli dgn kwn sy ni. Rasa dia sedap. Kek dia dlm RM120 sebiji. Kalo nak pick up , boleh amik di shah alam. Kalau delivery ada extra caj RM25 (mgkn ikut lokasi). Sehari je licin dua biji kek ni hehe.

Kari kepala ikan

Lepas medical check up, bila doktor ckp semua mcm ok, terus gigih berdua raikan (mmg ngeks) di kedai kari kepala ikan favorite kami. Sedap sungguh. Kami amik juga kari udang jumbo size, kari sotong, telur ikan (suami punya) dan sayur2. 

Bila sebut cheatday, maksudnya kami z jaga sgt portion food intake. Saya mmg xboleh mkn byk sbb sendat perut, dah xmuat. So sy mkn nasi separuh je, separuh lagi suami makan + sepinggan penuh yg dia punya.. Haha.. 



Ana patin House

Wkend lepas pula, saya bekerja di pagi hari. ada launching projek baru. (Alhamdulillah smlm juga ada launch satu lg projek baru, kami dpt 200 unit rumah utk siapkan S&P dan juga juga loan). 

Lepas kerja je, terus ajak suami ke damansara. Sll tgk kat instagram, ramai artis2 ke sini. Kalo dh chef wan ckp sedap, teringin la nak cuba.

Yg rugi tu, kami tak amik patin buah sebab tak terasa nak mkn patin (kami dua2 xsuka tempoyak, tp ada hari boleh la layan patin tempoyak ni).

Kat sini harga makanan yang disediakan Ok la, tetapi kalau order yg eksotik makanan dr sungai pahang, agak mahal la.

Ni menu pilihan kami. saya nak cuba udang galah cili sbb ramai kata sedap. Tiga ekor udang galah (dibelah dua jadi 6) ni rupanya RM160. Gulp ! Tp ok la rasa dia sedap dan fresh. Lauk2 lain standard harga kedai makan di kuala lumpur la.


Kami amik ketam masak lemak (antara menu famous di sini), ayam kampung, ikan keli, siput sedut, sayur2, ulam etc. makan berdua jadi RM250 (sebab udang galah tadi agak mahal pd kami). Tapi rasa dia puas hati. Sibuk suami nk dtg lg sbb tak cuba lagi patin buah.  



Masakan ibu

Utk dinner, parents sy datang bawak juadah ke rumah saya. Sedap... Sekali lg cheatday, makan byk2 :)




Breakfast

Ahad pagi pula gigih sy cuba resipi baru nasi goreng kampung. Happy sbb suami sy suka sgt, sy buat pedas2 sikit :) so mkn nasi byk2 pagi2 lagi :)

Actually ni portion normal kami la. Satu sajian je setiap kali makan (pesan pakar diebetes saya) hehe. Tp suami bertambah pagi ni, dia cheating sorg2 la pagi ni hahaha...



Chilis's Crab 

Lunch pula, saya teringin nak makan ketam nipah. Sejam pregnant ni, saya macam tak berapa lalu mkn ketam ie ketam bunga etc, sy terlalu teringin ketam nipah je sll. Nak ke shell out mcm dh bosan sbb kerap sgt (cm susah sikit nak cari kedai hidang ketam nipah ni). Gigih google, jmpa la chilis crab ni di damansara. Owner bumiputera. Ok la, gigih bawak anak2 ke sini.

Kat sini semua menu adalah berasaskan ketam nipah. Suka suka suka.

Jujurnya, makanan dia tersangat sedap. Dah lama sy xmakan nasi byk hehe. Anak2 juga mkn smp licin. 

Kami order ketam masak cili (super sedap), ketam masak apa ntah lupa nama (ala chinese la), sotong telur masih (yang ni paling paling istimewa, paling sedap pernah kami cuba), udang butter, tomyam, kailan, telur dadar etc. 

Semua memikat hati :)








Kat sini mmg recommeded sbb selain mknan sedap, harga setiap masakan juga affordable.

So minggu ni mula kembali aktiviti diet sihat semula. Sekali sekala cheat day yang mcm jadi cheatweek.

Semoga kesihatan makin baik n dpt turunkan balik berat badan yg naik mendadak ini...

#throwback , kenangan sblm pregnant si pok chek. Hrp dpt blk berat badan asal. Ameen 



Sekian... Saya pun dah stat lapar blk tgk pic mkn2 Huhu.

Salam

Mrs Nizar












Wednesday, October 12, 2016

Deepwater Horizon | kembali normal ~ bekerja jalan2 makan2

Salam. Hari ni tetiba nak cerita pasal kenangan sebagai isteri bekas seorang petroleum engineer.

Kisahnya, ahad malam lepas, suami bawa saya dan anak2 menonton "deepwater horizon". Sebuah filem yang saya rasa tidak asing ditonton oleh semua warga O&G. Kawan2 suami yang dlm bidang ini juga hampir 100% drpd mereka menonton cerita ini.plan asal nak berdating, tapi adam kami insist nak tengok tempat kerja papa suatu masa dahulu.

Ia adalah berkisar dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 2010. (Boleh semak sinopsis). 

Ringkasnya, ia memberi impak pada perasaan saya, kenangan sbg isteri bekas seorang petroleum engineer. Sebenarnya pekerjaan apapun di dunia ini ada risiko. Even pekerjaan seperti saya pun ada risiko sebab sll di jalan raya. Namun, kita hanya mampu berdoa diberikan keselamatan ketika ditempat kerja dan dijauhkan musibah sll. 

Bagi saya, seorang isteri yang terpaksa melepaskan suaminya bekerja dan berjauhan adalah suatu yang memeritkan jiwa raga, apatah lagi setiap perpisahan sentiasa berisiko menjadikan itu perpisahan abadi kami. Suami selalu menceritakan risiko yang dihadapi, yang pada mereka tidak setimpal dengan bayaran dari pihak syarikat, namun itulah periuk nasi utama kami suatu masa dahulu.

Saya masih ingat beberapa kenangan :

1) suami bertolak pulang dr rig dalam cuaca yang agak buruk. Dan ketika hampir mendarat, jarak penglihantan dimaklumkan oleh pilot helikopter adalah 0 (zero). Semua diminta bersiap sedia utk kecemasan ie kalau terpaksa lompat keluar. Suami cakap, dia ingat mmg dah tak dapat jumpa saya lagi. Elok berjaya landing, suami terus call even masih di kawasan helikopter, bukan di balai ketibaan. Dengan suami agak panik, suami terus cakap "saya takut saya dh tak dpt jmpa awk". 

Ye saya menangis sebab berasa sgt takut even suami kata dia dah selamat mendarat.

2) suami yang berpuasa sampai letih lesu turun dari rig dgn menaiki bot sbb tiada jadual helicopter pada hari itu. Kerana tak sabar nak balik, suami setuju utk menaiki bot utk tempoh masa yg lama. Hampir 17 jam berpuasa dan berbuka dengan biskut kering di atas bot dengan pening2 makan biskut kering je. Selamat mendarat, saya sangat lega. Saya pun tak mampu berbuka puasa dengan tenang kerana tertunggu2 panggilan suami dan terbayang kesusahan orang yg paling saya cintai.

Ye, saya menangis lagi, bersyukur dengan ketibaan suami walau baru tiba di daratan.

3) ketika bertugas di Okhlahoma, beberapakali suami terpaksa berdepan ujian serangan ribut tornado. Dan dalam sejarah, ini serangan paling buruk dlm sejarah 10 tahun (kalau tak silap) pada tahun 2013. 

Masih saya ingat, ada satu malam, saya terjaga dan sgt gelisah. Terlalu sesak nafas berdebar2 dan gelisah tanpa sebab. Terus sy bangun solat hajat mohon keselamatan semua etc. elok slps tu suami sy call ie jam 3am. Katanya dia tak nak ganggu saya, tapi dia terpaksa call sebab ribut tornado sedang mengganas, betul2 di depan bangunan ie di bandar suami. Suami kirimkan video yang dirakam. Waktu tu suara suami tersekat2 dan sangat risau. Suami kata nak dengar suara saya sebab risau kalau apa2 menimpa pada suami, saya tak terlalu ralat. Berkali2 suami cakap "abg sayang sgt kat awk dan anak2". 

Ye spjg malam saya menangis dan bersolat hajat sampai subuh. Dalam masa yang sama sentiasa menantikan update weather forecast luar negara.

Sebab itulah saya setuju utk bercuti panjang dan gigih bawa anak berjumpa ayah mereka pada waktu itu. Hati saya lebih lapang bila bersama. Even ada yang risau keselamatan kami ke united states pd waktu itu disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan baru lepas dilanda bencana alam. Tapi saya nekad utk bersama suami dan anak2 sgt rindukan ayah mereka. Saya yakin, Allah ada untuk menjaga kami. Dan syukur slps kedatangan kami ke sana, tiada lagi tornedo melanda di sana, berkat doa semua ie keluarga di tanah air. 

4) ketika di canada pula, setiap pagi bila suami call maklumkan utk keluar bekerja hati saya sesak. Risaukan keselamatan sumai yang sentiasa berseorangan di hutan tebal. Kadang2 terserempak dgn beruang liar yang besar etc. even dibekalkan senjata n dilatih menembak, ini bukan kebiasaan kita di malaysia, bukan juga kebiasaan suami saya. Saya sentiasa risaukan keadaan suami. Apatah lagi tiada bekalan makan mencukupi, dan kadang2 malam2 pula meredah hutan bersalji yang licin bersendirian. Kenapa masuk ke dlm hutan tebal? Sbb di canada, minyak dijumpai di daratan ie di dlm hutan tebal.

Dan banyak lagi kenangan air mata kerisauan seorang isteri yang tak tertulis di sini. Dan byk juga cerita kecemasan suami ketika di rig yang dia rahsiakan dulu sebab tak nak saya risau.

Petroleum engineer termasuk apa2 lagi jawatan seumpamanya, bukan sekadar pekerjaan glamour, yang balik dr tugasan dikatakan menerima elaun yang masyuk... Itu momokan pada semua, realiti tak seindah itu. Ada bahaya dan kepayahan yang ditelan mereka. Bagi saya, mereka juga hero kebanggaan negara,menjana ekonomi negara dan keluarga yang menagih pengorbanan diri juga keluarga mereka seperti perajurit dan wira negara lain. 

Dalam cerita tu ie deepwater horizon,  saya dpt rasai dan faham peritnya hati seorang isteri bila sedang berhubung dgn suami (rutin saya juga bila suami di rig), tiba2 panggilan terputus. Apatah lagi bila mengetahui rig terbakar. Membawa saya terbuai kenangan sesaknya dada senaknya perut dalam risaukan suami saya. 

Saat itu, tiap kali saya melihat wajah anak2, hati lebih sayu, terbayang betapa suami sgt kasihkan mereka, betapa saya perlu menberikan sepenuh kasih sayang dan selalu menceritakan kehebatan dan kebaikan ayah mereka agar kasih sayang ayah mereka sentiasa sebati di dalam darah mereka even mereka selalu berjauhan. Tiada hero yang lebih hebat di hati mereka sehingga kini selain papa mereka. Papa mereka kebanggaan anak2 saya.

Walau kadang2 terasa kesusahan selalu bersendirian menyelesaikan urusan keluarga, urusan persekolahan, rutin harian, apatah lagi bila anak sakit, berjaga malam sendiri, membawa anak ke hospital dan kadang2 ditahan di wad, bersama tiga anak, saya menjadi ibu yang kuat, kuat kerana kasih sayang suami dan anak2 sentiasa berbekas di hati. Itulah kekuatan saya sehingga hari ini.

Saya sangat2 bersyukur sebab tidak lagi perlu melalui hari2 yang merisaukan untuk berjauhan dgn suami. Lega bila suami tidak lagi di bidang ini. Genap dua tahun suami meninggalkan bidang O&G yang diminatinya dahulu pd september lepas. Namun jujurnya, perasaan itu tidak pernah berkurang. Setiap pagi melepaskan suami ke masjid, tak putus saya berpesan agar berhati2 sll (pernah terjadi masa saya dan suami ke masjid utk solat subuh di masjid sblm pregnant dulu, even lampu isyarat sudah hijau, ada kereta laju di laluan lain langgar isyarat lampu hampir melanggar kami). Pendek kata, perasaan itu bukan lenyap terus, tapi ia berulang setiap kali suami keluar tanpa saya.


Benar kata pepatah, tempat terbaik seorang isteri adalah di sisi suaminya. InshaAllah.


perasaan sama juga dirasai bila melepaskan anak2 ke sekolah etc. naluri seorang ibu. tidak putus dlm doa setiap solat dan setiap dhuha, pohon anak2 diberi keselamatan di sekolah dan di mana shj mereka berada. Selebihnya, sepenuh kebergantungan saya hanya pada Allah swt. Dia akan menjaga kita lebih sempurna dr segala kasih sayang didunia ini. InshaAllah.

Kembali rutin 

Sekarang saya lebih bersyukur dengan rutin kami. Kita merancang dan merancana serta berusaha, selebihnya tiada apa juga yang dpt menngatasi kuasaNya.

Setakat hari ni, saya gembira dgn rutin kami, even kepenatan.

Dari rencana, setiap masa kami bersama. Hantar anak ke sekolah, balik lunch bersama etc. semalam saya mula bekerja spt biasa. Ada tiga appoinment spt biasa dan saya sangat seronok bekerja.

Seawal pagi saya temankan suami buat fitness test sblm bekerja. Alhamdulillah result ujian darah dan stress test suami memuaskan hati. Saya pun dah buat minggu lepas, sekadarnya utk org pregnant hehe.


Smlm ada berita agak gembira masa bekerja. Pemangkin semangat dlm keadaan sekarang. Even penat, saya gembira. Lewat petang, suami ajak dinner di luar. Saya dah masa gulai ayam, tapi mcm tak berapa nak cukup plk utk dinner. Anak2 mmg akan mkn byk n ratah2 kalau nasak gulai ayam ni.

So papa bawak kita dinner di istana bambu.  Ni gambar posing2 anak sblm makanan sampai.


Banyak papa order. Byk plk dia mengidam sbb beberapa hari diet utk fitness test hihihhi...

Ada kerapu tiga rasa, tomyam seafood, salted egg squid, udang butter, daging salai, lala masak halia, sayur etc.





Selepas dinner, kita solat maghrib di sini je sebab papa nak ajak jalan2. 



Anak sibuk nak makan donut pulak. Gigih papa ke dunkin donut. Belikan donut pilihan anak2 utk dimakan di genting highlands.


Kami suka dtg sini di awal pagi atau mlm sbb suasana lebih dingin. Tetapi kedatangan kali ni paling mengujakan dalam penuh debaran. Jujurnya saya sgt cuak. Kabus terlampau tebal. Sampai kami langsung tak nampak jalan, ada tnpt terpaksa brek n betul2 fokus sblm sambung jalan. Lampu belakang kereta lain mmg xnmpk kecuali yang ada lampu led. Kami tpaksa buka fog light belakang juga utk bg kenderaan lain perasaan kehadiran kami.

Sampai di puncak, kabus sgt tebal. (Dlm pic tak nampak sangat berkabus tapi ok la). Macam ribut kabus, angin bertiup kuat. Saya tak boleh keluar, sejuk sangat.  Adam dan irham pun, cuma bukak pintu kereta. Anak dara sibuk nak keluar. Kejap je papa bawak pusing, jerit2 di dalam gelak2 ketawa. Ketawa mengekek ngekek lagi. Bila tanya kenapa, dia ckp dia sejuk sgt tapi masih ketawa2. Rasa lucu kot angin bertiup kuat n rambut smp bersepah2 hahaha.






Kami tengok orang ramai yang dtg pun excited n ada satu family tu gigih tolak stroller sbb angin bertiup kuat sangat. Mula tu plan nk check in je sbb risau nak turun dlm cuaca mcm tu. Lepas seketika suami kata elok kita turun dulu sbb awal pagi ie jam 5am mcmtu lagi berkabus. Kami turun perlahan2 sambil tak putus berdoa. Tak lama selepas tu tiada lagi kabus tebal spt sblm tu. Alhamdulillah. Masih berkabus tapi tiada lagi ribut kabus smp tak boleh nak drive, sampai tak nampak pejalan kaki sekeliling masa kami stop. Pengalaman pertama kabus tebal begini even setiap bulan beberapakali juga kami ke sini sekadar utk breakfast atau santai rehat. 

Ni anak2. Tertido masa perjalanan turun. Kami travel dengan sangat perlahan sebab kali ni kami bertolak tanpa carseat. Agak risau keselamatan anak2 di sini. 


Macam ni la selalu rutin kami, selepas bekerja seharian, ada je idea papa utk ceriakan fmly slps kepenatan di siang hari. 

Hari ni pun saya agak sibuk. Lepas petang dah agak keletihan, tak larat nak keluar jalan2. Suami sibuk isi masa terluang buat eksperimen sains dgn anak2. Teruja anak2 selain sama2 siapkan homework anak2.

Semoga bila besar nanti, anak2 akan mengenang kami dlm semua kenangan manis sll. Sebab masa kecil mereka bukan lama, dan waktu ini juga waktu istimewa kam utk cipta memori indah bersama2 yang tersayang. Kami selalu berdoa, dan berusaha memperbaiki diri agar tidak dikenang sbg ibubapa yang sibuk bkn shj bekerja, dgn phone ke apa ke oleh anak2, sehingga kurang waktu isitmewa utk mereka. Sama2 kita berusaha dari kelalaian itu. InshaAllah. 

Bak pesan ma abah saya, penat besarkan anak sekejap je. Jgn tlepas "kepenatan" tu, sbb nanti lagi penat merindui masa indah dan lagi penat kalau rasa bersalah melepaskan waktu indah pinjaman sementara ini. Anak2 tak selamanya kecil bersama kita.

Dan kerana asbab inilah, suami juga nekad meninggalkan kerjaya sebelum nk kerana ia benar2 memperjudikan masa bersama keluarga. Semoga diberi petunjuk sll dlm setiap keputusan kita. 

Namun begitu, bg ibubapa yang berkorban utk kerjaya, sibuk atas arahan pihak atasan, jangan rasa lemah. Pesan abah pd kami, Allah Maha Mengetahui. Sbb bekerja juga satu ibadah. Berdoa utk masa berkualiti sll dan yg terbaik utk keluarga. Itu bukan bermaksud kita ibubapa yang tidak baik. Mencari rezeki utk satu pengorbanan utk keluarga juga andai pekerjaan yang terpaksa berjauh dr keluarga itu pilihan terakhir kita. Sbb sy juga sll rasa down bila terpaksa bekerja balik lewat dr biasa, kalau tak smpt blk lunch dgn anak, apatah lagi ketika pregnant, ada waktu rasa penat dan tak jalankan tanggungjawab sewajarnya. Suami sll pesan, itu lumrah dlm sebuah perjalanan hidup. Adanya limitation.

Yang patut dijauhi ialah kita ibubapa yang sengaja melalaikan diri spt buang masa dgn gadjet, malas utk urusan rumahtangga, dan sebagainya. Krn ia merugikan masa emas yang akan berlalu. Nauzubillah.

Setiap pahit pastikan akan manis akhirnya. Dan setiap kemanisan adalah ujian utk kelalaian. Nauzubillah. Semoga yang baik2 sll dianugerah kpd kita di masa hadapan. Ameen

Salam.

Mrs Nizar






Thursday, October 6, 2016

Weekend yang panjang | cubaan bekerja selepas lamaaaa dikuarantinkan

Weekend lepas terasa lama nak berakhir :) dah dua minggu kami tak ke mana2 sebab saya dinasihatkan utk berehat ie bedrest shj. Mujur anak2 bertabah, kami habiskan masa berkualiti di rumah shj. Kebetulan pula suami saya demam. 

Sabtu

Memang baring sepanjang masa dirumah. Tengok movie dgn anak2, layan mereka buat art etc. sempat masuk dapur juga masak utk fmly.



Bergelimpangan di ruang tengah rumah :)





Ahad

Gagahkan diri ke KLCC utk breakfast. Kesian anak2 mcm terperap sangat di rumah. Motif lain adalah nak shopping barang baby dan adam nak beli pencil box baru. 

Kami ke smiggle. Adam n irham duk asyik cerita pencil box kawan2 mereka yang cantik. Gigih la mama papa pegi nak beli. Sekali tgk harga pencil box kanak2 zaman sekarang smp RM100++ satu. Mak aih. Nak pulak tiga ketul sebab tiga orang anak kan. papa cakap papa akan beli tapi bukan sekarang ie mesti atas reward sesuatu ie result exam bagus ke etc. mama setuju dan anak2 setuju. (Alhamdulillah so far anak2 kami jenis tak mengamuk kalau nak sesuatu, boleh bawa berbincang orang cakap dan boleh bertoleransi. huhu. Tq anak).


Sekejap je shopping dan makan2, kami terus balik sebab mama mula rasa cramping lagi perut ni. Terus balik baring.

Tengahari pula, tokma dan tokki datang visit kita. Tokma siap tlg masak utk kita. Ma dah pesan awal2 supaya saya tak masak sbb tokma nak masakkan.Terima kasih byk tokma.syahdu. Sayang tokma. Ni menu lunch kami.


Sedap. Ada ikan kerisi goreng, ikan panggang, ikan singgang,ayam goreng, ulam dan sayur, budu dan sambal belacan. Sedap dan sihat menu ni :) ni saya punya.


Malam tokma masak satu lagi lauk tambahan ie daging masak mati air. Nyumss favorite saya dan suami ni.



Isnin

Cubaan kedua gagahkan diri bawa anak pegi picnic. Bukan nak picnic sangat, cuma nak mereka beraktiviti luar dan berpeluh sikit. Lama tak main scooter kan. Papa pula dgn roller blade.








Gigih i bawa bekal makanan. Nasi dan mee goreng yang tokma masak kan hehe



Plan nak tengok movie, tapi saya dah kepenatan, n papa macam nak demam lagi, kita pun balik dan sambung aktiviti tido lagi hihi.

Percubaan bekerja kembali

Semalam hari mula2 saya mula ke office, tapi saya tak masuk office, just berkumpul di kedai makan sebelah ofis saya. Byk benda nak selesaikan.

Saya panggil adik2 saya cum orang kanan saya di office utk turun bawah. 




Ni kedai makan masakan trg ie nasi dagang trg, nasi lemak lauk ikan dan nasi minyak ayam merah trg. Sedap n owner kedai mmg dr trg.

Lepas beberapa jam di sini, gigih ke Sogo jap utk beli lagi beberapa keperluan baby. Nanti kita buat entry shopping2 ye. Dh 90% semua sudah dibeli. Alhamdulillah.

Tinggal lagi bumper utk baby cot dan beberapa baju (dah ada yg berkenan di mothercare, cuma baru ni senak2 perut tpaksa blk dulu, sempat beli botol susu je utk adik masa dtg wkend lepas. Dan beberapa brg utk nursing juga inshaAllah). 


Petang plk, smpt sy attend meeting di Mandarin Oriental Hotel. Elok lepas meeting terus bergegas ke Prince Court Medical Centre utk dptkan rekod kesihatan anak2 ie sbb kami nak tambah premium coverage bg life insurance saya suami dan anak2. (Simpanan).

Malam mula kepenatan semula. Lama dah berehat, badan terkejut bila aktif semula.

Tapi hari ni pun saya dh mula kerja juga balik. Perlahan2 sebab smlm agak lasak utk saya. Awal pagi kami le bangsar sebelum suami bawak sy breakfast di La Cucur klcc pagi td. Antara tmpt fav sy juga tu utk mkn pagi. Actually bkn breakfast la, mcm minum pagi sbb dh pukul 11 pagi pun. Awal pagi sy dh makan nasi di rumah hehe.

Dua2 menu fav saya,bihun soto dan mee kari. jadi kami makan, lepas tu mulakan acara tukar bowl plk hehe. Rakus, nak makan dua2 kan tp kena diet ie risau gula tinggi masa pregnant.


Hari ni pun sempat masak. Ni lunch saya :) nyum ada ulam pegaga n tembikai. Menu sempoi selalu :)


Petang pula sy sibuk semak account office utk tujuan audit. Kerja dari rumah sahaja. Dah lama tak jejak kaki ke office sendiri.


Mujur dirumah juga ada pembantu.


So malam ni smpt masak utk dinner daging goreng kunyit n padprik campur (ayam udang sotong sayur).




Esok pagi pula ada lagi regular check up baby kami di gleneagles sblm ke klcc utk satu shj meeting. Tak sabar jmpa pok chek lg. Tiap2 minggu nak tgk pok chek buat apa dlm perut mama. Kemain aktif ye :) Semoga semua dipermudahkan.

Lama tak bekerja, saya rasa seronok juga "turun padang" semula :) tapi kena sgt berhati2 la. InshaAllah sebulan lagi nak jmpa adik sayang.

Salam

Mrs Nizar