Tapi last week ada tiga kali kami berbuka di luar.
Father's Day -- Makan Kitchen
Tahun ni belum sempat belikan hadiah utk papa. Kita keluar makan2 dulu. Hari ahad tu awal pagi kita balik ke rumah kita dari rumah tokma. Kita bermalam di Bangi sebelum tu. sempat wish dan bagi sedikit hadiah hari bapa utk ayah saya juga :)
Ayah adalah insan yang paling istimewa di hati anak2. Dan suami saya adalah lelaki pertama menjadi kebanggaan anal2 kami. Alhamdulillah, mereka diberi seorang ayah yang penyayang, kelakar, playful dan selalu bermain dengan anak, garang dan tegas bila mengajar dan mendidik, sangat pentingkan waktu solat anak2 (menjadi imam kami setiap solat fardhu jemaah dirumah), etc.
Alhamdulillah atas rezeki ini.
Ahad tu lepas balik dari Bangi, kita rehat2 di rumah je sebab mama tak berapa sihat. Lesu sikit. Mama buat reservation untuk berbuka puasa di Makan Kitchen, Double Tree Hilton. Kenapa ke sini? Hampir semua hotel di KL kami pernah berbuka piasa, tapi suami saya macam selesa dan suka berbuka di sini. Juga ada kenangan kami berbuka puasa berdua elok selepas papa tiba dari canada. Sempat bercuti berdua juga kononnya di sini sebab paling dekat di rumah.
Ok pic makan2 bersama...
Rabu lepas, anak buah kami baru balik dr Ireland. Papa cakap anak buah kami teringin nak makan nasi, ayam, sotong lala etc. hmmm kebetulan tak larat nak masak hari tu. then sy inform papa utk invite mereka berbuka puasa di luar. Gigih google tempat dan menu. Yeay, jumpa tempat yang ada nasi, ayam sotong lala. Dan pelbagai kuih utk dinikmati kalau rindu kuih2 malaysia.
Saya buat reservation di Istana Bambu. Ada tomyam, ayam, udang, sotong, lala, kaunter pelbagai mee dan bihun, spagetti, kambing golek, nasi ayam, patin tempoyak, asam pedas pari, cucur udang keropok goreng pisang, pelbagai kuih, ulam2 dan pelbagai kerabu etc. kami hrp menepati keinginan anak buah kami.
Pic di istana bambu.
Ini ketika cuti nuzul Quran baru2 ini. Saya buat reservation table for two untuk saya dan suami. Kisahnya, adik saya yang mewakili saya entertain client berbuka puasa hampir setiap hari sejak minggu lepas hingga minggu depan maklumkan makanan di Shangri La agak menarik. Sebab office saya invite semua client ke sini untuk berbuka puasa.
Sebab teringin, saya pun buat reservation sendiri juga sebab sebelum ni suami saya pernah ajak saya ke sini.
Sempat habiskan masa manis berdua. Kami sangat gembira pd malam itu :) Bukan sebab makanan, tapi malam itu agak istimewa utk dihabiskan berdua. Alhamdulillah.
Pic di sana..
Jujurnya kami belum beli apa2 lagi. Risau saya. Kena curi2 masa ni. Masa cuti nuzul Quran lepas, pagi tu kita putrajaya utk pick up kuih raya. Lepas tu kita ke rumah tokma di Bangi.
Lepas balik dari Bangi, sempat singgah di kLCc. Niat nak beli kasut anak2 je. Baju tak leh beli time cuti, orang ramai sangat. Alhamdulillah jumpa kasut pilihan anak.
Di Isetan ada sale. Dengan pembelian rm100, akan dpt voucher rm10. Saya pula tak ada kad sbb malas nk isi form dan sll confiden leh pinjam kad kakak sy yang kerja di klcc. Sbb kami hanya shopping wday je sll. Alangkah bahagia hati bila call kakak, tiba2 di cakap dia oun ada di Klcc tgh shopping raya. Terus paw kad member isetan jap.
Gigih nak untung, saya bayarkan kasut irham adam dulu ie dalam RM500. Dapat kupon terus bayar kasut ariana pula. Nampak tak penjimatan di situ. Yeayyy suka suka.
Gambar gigih ayah bawak anak shopping2 dan naik ride.
P/s : update blog ketika di sekolah irham. Tunggu turn utk perjumpaan ibubapa dan guru :)
Salam
mrs Nizar




























fuhhh syurga mknn tuuuuu
ReplyDeleteSesekali melayan hati... Tp makan xboleh banyak pun, kena control sugar intake huhu
Delete