Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2016

Rindu rinduan

Hari selasa lepas, my beautiful Ariana admitted di prince court. Actually anak2 tiba2 kena selsema beberapa hari sblm tu. Tp disebabkan irham dan adam sudah pandai keluarkan hingus dan kahak sendiri, alhamdulillah mereka cepat sembuh dlm dua hari je. 

Tapi cik ariana saya belum pandai lagi. Dalam tahun ni, alhamdulillah anak2 sihat je kecuali bulan ni irham ada demam masa kami ke singapore tu. Jadi, kami suami isteri cepat panik nak handle bila tiba2 je selsema dan batuk ariana ditambah dgn demam.

Ptg selasa kami bawa Ariana ke Twin Tower Medical Centre (Di KLCC) sebab suami saya serasi dengan ubat2 di sini kalau dia tak sihat. Masa ke sana tu Ariana mcm ok je. Tapi doktor dh ckp mcm nak demam. 

Tiba2 bila kami blk, jam 6pm, ariana mula demam dan suhu dlm 38C dan menghampiri 39C. Lepas tu ariana start batuk2 ie lebih rancak. Sebelum tu bukan macam ni, ie batuk acah2 je :) 

Ye, kami mgkn kategori ibubapa yang cepat panik apatah lagi slps kejadian ariana pernah kena "asthma attack" tahun lepas. Lepas tu dah tak ada siri semput ke apa berlaku. Alhamdulillah. Akibat kejadian dulu, kami ada portable neb, so kami neb ariana ptg tu atas nasihat doktor (baru tau kalau batuk2, doktor suggest neb daripada ubat batuk sbb neb lebih cepat bertindak). 

Tapi bagi saya, baik terlebih ambil tindakan dari terlewat. At least kita dh consult doktor dulu dan tau keadaan anak serius atau tidak. Tapi setiap apa rawatan yang doktor nak bagi, kami mmg consult dulu, ie bukan serah 100% la ie tujuan apa rawatan diberi, nama ubat, kesan sampingan etc. saya sgt selesa dgn paed anak2 kami di prince court sebab di akan terangkan segalanya dgn jelas dan lebih kepada rawatan secara alami dr bergantung pd ubat2.

So saya dan suami bergegas ke hospital slps solat isyak. Sampai di prince court, terkejut tengok ramainya orang. Tak pernah tgk seramai ni pesakit. Macam kat hospital kerajaan. Dan kebanyakanpesakit adalah kanak2. Sebab kami dah call sblm datang, alhamdulillah terus dapat turn.

Doktor cek dada ariana dgn statescope, alhamdulillah doktor kata clear. Tapi kami terus buat XRay juga, dan dari situ ada sedikit "warna putih" ie mgkn tkena jangkitan. Juga buat blood test dan swab test. Sebab risau demam ariana makin panas malam, kami setuju utk warded.doktor neb ariana sekali di sini sebelum di hantar ke wad.


Ariana mengantuk dan tertidur masa neb.

Malam tu kami dpt bilik sharing dulu sbb ramai sgt orang sblm tukar ke bilik single. Anak2 ie irham dan adam saya tinggalkan pada maid dan adik sy dirumah. Memang tak sesuai datang apatah lagi dgn bilik sharing tu.

Dan bermulalah episod rindu rinduan kami. Serius dah lupa dan tak ingat langsung dah bila kali terakhir kami tidur berjauhan ie saya tak tidurkan anak2. Malam tu susah nak lelap mata, terigat anak2. Suami balik rumah jam 1am, ampt jenguk anak2 sblm datang semula ke hospital dlm 2.30am. 

Malam tu ariana demam. Syukur, dengan izin Allah, ariana sihat hampir sepenuhnya pagi rabu. Rasa mcm nak balik je. Lepas tu doktor datang dan cakap, dari rekod blood test, ariana ada dijangkiti bakteria (ie lebih mudah utk dia rawat.katanya demam akibat bakteria lebih mudah dirawat berbanding virus. Alhamdulillah. Dua hari pengambilan terus antibiotik, inshaAllah semua akan ok. Katanya bakteria tu dr kategori microplasma. Sllnya dapat dr haiwan/binatang peliharaan). Bila fikir balik, kami xbela kucing2, tapi ada sehari dua sblm tu diorg happy betul main dgn kucing. Mmg tiap kali jmpa kucing, mereka teruja, tapi sy xbagi bela lagi sbb risau bulu kucing tu kan. Mgkn sebab lain, dan mgkn juga ada hari tu mereka main kucing liar tu yang tak bersih. Sebab mereka pun bercampur dgn kawan2 disekolah kan. Ada yang sihat dan ada yang kurang sihat. Syukur sebab tak ada apa2 yang serius.

Alhamdulillah so far tahun ni semua sihat dan aktif, sesekali allah nak uji bulan ni :)

Cik Ariana pula, diawal pagi terus tanya "mana irham dan adam tak datang tengok ariana. Tangan ariana sakit ni (kena drip)."

Kat rumah pula irham adam tak henti tny ariana dan mama. Papa pujuk utk datang lepas sekolah. Seawal 6am papa balik rumah utk siapkan anak2 mandi dan hantar mereka ke sekolah sblm dtg semula ke prince court.

At least papa dh jumpa semua anak2. So dia ok la. I la juga duk sayu2 tunggu ptg.

Yang lucu suami cerita, awal pagi dengar mereka susah hati duk ketuk pintu blk air papa, masa papa mandi tny mereka nak makan apa. Susah hati sebab mama tak de, takut tak de makanan haha. Selalu seawal pagi mama dah gigih di dapur. Hihi

Sy dah call dan pesan kat maid utk goreng ayam dan mkn cereal je. Cian anak mama :(

Petang tu, paling teruja. Saya dan ariana teruja tunggu irham adam smp. Tiap kali datang prince court, mereka mmg plg hepi (bab sakit tak hepi ye) sebab boleh shopping sesuka hati dekat shop di lobby hospital. Ariana tertunggu abg2, tak nak shopping sndr.

Sampai je ke wad, terus irham adam peluk mama. 

Irham : masa papa cakap mama kt hospital masa irham bangun pagi, irham sedih sgt. Terus mandi cepat2 sbb nak pegi sekolah cepat, nak blk awal jmpa mama. Tapi bila balik mama tak ada juga. Irham rasa nak nangis.

Adam : adam pula sll sebut nak jmpa ariana. Tapi sebenarnya dalam hati adam, adam ingat mama selalu. Kat sekolah, masa makan, tak henti2 rasa ingat mama, sampai rasa nak nanges.

Papa : yelah tu, adam mengada kan.

Adam : tak betul. Kalau tak percaya tengok dalam hati adam.

Pergh, skrip gaya cerita P.Ramlee dah anak sy hihi.

Kami turun ke bawah bersama, beli magazine n mainan anak2 dan dinner bersama. Satu malam tak de anak mmg besar impaknya. Mood swing. Petang tu saYa la plg hepi sebab keluarga kita sudah berkumpul bersama semula. Rasa nak peluk2 semua tak nak lepas2 :):) 

Kami makan dengan penuh selera. Saya berselera sebab makanan sedap dan satu lg sbb papa yg suap. Saya pula suap anak2 bergilir2 dgn papa juga. Saya tau anak2 plg hepi bila kami sekeluarga mkn saling bersuapan. Bak kata adam "makan satu family ni best". 




Kami makan di kre ate, kat dalam pcmc ni je. Kedai makanan korea. Papa cek ada halal ie makanan korea muslim spore. Jadi sy sekadar bertny di kaunter n mereka sahkan halal. Kami masuk la :) Sedap sgt. Especially mee goreng, nasi goreng dan chicken roasted dia.

malam tu anak2 tidur di hospital bersama kami. Pagi ni seawal 6am, papa bawak anak2 blk rumah utk bersiap ke sekolah.

Sesekali diuji, pasti ada hikmahnya. semoga antara hikmahnya dpt mengeratkan lagi kasih syg kami.

Syukur ariana dah sihat, dah tak ada demam2, tak ada batuk dan selsema. Sesekali ada la jgk dengan cam batuk2 biasa sikit. kalau ikut hati mmg nak minta blk hari ni. Tapi suami lebih prefer utk rehat sehari lagi n habiskan antibiotik di hospital je (melalui drip).

Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sll dan tidak diuji dgn ujian yang tak mampu digalas. Ameen.

Pandangan pagi ni dr bilik ariana :)



Salam 

mrs Nizar


2 comments: