Saya agak risau dengan pertambahan berat badan saya yang agak mendadak dan "tidak normal" (dr sudut medical masih normal, maksud tak normal saya adalah lain dr adik beradik dan kawan2 saya).
Saya baru nak masuk 24 minggu mengandung (hampir 6 bulan), tp berat badan saya sudah mencecah 69kg ie 19kg pertambahan dari berat asal.
(Mmg dah setiap kali pregnant, kenaikan berat mendadak dan sesak nafas etc terasa, tp tak serik2 juga nak tambah anak haha. Sbb itu la sumber keceriaan fmly kami :) bak kata papa, the more the merrier :))
Memang terasa sebab saya melompat 4 level kalau ikut dr ilustrasi di bawah ni.
Impak :
1) sangat susah nak duduk dan bangun kalau duduk di atas lantai.
2) super penat especially kalau naik tangga (lif office prob).
3) sesak nafas bila nak tidur. Mengiring tak senang, terlentang jd sesak nafas.
4) tapak kaki sakit bila bjalan ie disebabkan perubahan drastik pertambahan berat badan. Lenguh2 badan.
5) kdg2 risau juga, bila jmpa adik beradik mereka terkejut tgk sy dan ckp "risau la, mcmana nak dpt blk figure dulu ni" even dlm gelak, ye sy pun cuak. Baru half way kot dah sebesar dan seberat ni.
Kdg2 suami pun sll usik saya sebab besar sgt, berat sangat, even main2, ada hari mood tak baik, tak pasal2 dah nanges. Haish, salahkan hormon yang tidak stabil ini.
As long as sy dan baby sihat, sy sudah bersyukur. Sgt menjaga karbo dan sugar intake, tapi badan saya masih naik bagai di pam dengan berjaya.
Risau :
1) pertambahan mendadak ni mengganggu kesihatan saya atau anak dikandung.
2) risau juga sebab sy dlm pantauan doktor takut datangnya diabetes.
3) sbb aktif bergerak sana sini, kedudukan baby sedikit rendah, doktor risau placenta trevia tapi masih di peringkat awal dan masih dianggap normal oleh gyne kami. Doktor nasihat bykkan rehat.hmmmmm....
Walaubagaimanapun, emosi saya sgt OK ie gembira dan bersyukur setiap kali baby menendang. Ye, kata doktor sgt aktif ni, melompat2 xhenti sll huhu. Hobi saya dan suami juga anak2, nak pegang perut dan rasa adik menendang. Macam satu kepuasan bila dpt pegang sama2 dan rasa sama2, ada nyawa lain dalam badan sy. Sayang sgt dekat dia. Semoga pjg umur dan kami berjumpa nanti.
Saya sgt puas hati dgn detail scan di gleneagles. Sblm ni sy mmg buat setiap kali mengandung ie di prince court dan amoang puteri, tp di gleneagles plg jelas, plg details dan sy sungguh kagum. Kami view jantung baby dgn jelas kelihatan 4 ruang udara dan injap, ukuran dlm buah pinggang baby, pecah dalaman otak juga pengiraan saiz, pengiraan mengaliran darah dlm tiap organ spt jantung etc normal ke tidak, saluran darah dlm tali pusat ie normal ke tak dan segala bentuk details yg lain. ( sll kita tgk rupa baby, mulut sumbing ke tak, cukup sihat ke tak je kan ( itu pengalaman sy), tp kat sini smp ke details bentuk dan saiz organ kami boleh tgk bersama. Alhamdulillah.
Impak kerja :
1) saya masih cuba aktif mcm biasa, tp pasti byk yg kurang.
2) tak "presentable" dan saya rasa mgkn sukar meyakinkan org sbb nampak cam saya ni "berat dan lembab" huhu (mgkn perasaan sndr. Suami ckp mcm ok, tp self confident sy merudum ckit).
Semangat
So sbg manusia biasa, biasalah ada masa ups dan downs. Apatah lagi dalam tahun penuh mencabar spt hari ni, byk ujian dan pelbagai cabaran harus ditelan. Semua kesusahan harus dicari penyelesaian segera. Kena cepat bangkit.
Dalam waktu down tu, suami dan ayah orang yg paling byk bg kata semangat dan beri kekuatan pada saya, kembalikan keyakinan even dlm keadaan bukan shj penat minda, malah penat fizikal juga.
Ni kata2 semangat dari suami yang sy nak share. Terima kasih semua yang masih yakin pd saya. Alhamdulillah. Dalam keadaan sy plg lemah ni, saya yakin saya kuat kerana kasih sayang mereka disekeliling saya.
Semangat juga dtg dr anak2. Melihat mereka saya rasa kuat, saya kena kuat sebab saya inginkan yang terbaik utk mereka. Happy sgt tgk anak2 :):) hilang lara di hati. Semoga anak2 terus jd penyejuk mata penawar hati kami. Ameen.
Cerita lain pula, saya sgt berkenan dgn tudung bawak satin dari Ariani. Kebetulan termasuk tgk, sbb sy sll pakai tudung bawak dibeli di kelantan je.
Kakak saya selalu shopping di ariani n cakap tudung dia best. (Bukan bawal la, shawl n tuduh awning). Mahal juga tudung2 di sini, hampir mencecah seribu ringgit?? Hmmm....cuba tgk harga di label tu... Tp mmg banyak pilihan.
Sy beli yang bawal ie rm149 satu. Cantik dan mudah dibentuk. Saya suka. Kali pertama pegi, saya smpt beli tiga helai. Masuk kali kedua saya beli lagi tiga helai (suami bebel, dia ckp mujur dia xmasuk, kalau tak dia sekali amik terus lima... Haha kes2 stress isteri susah nk ajak shopping). So skrang sy baru ada 6 koleksi. Koleksi dia mcm xbyk sgt pilihan tudung bawal ni.
Antara yang smpt sy snap. :)
Ok itu je bebelan hari ni. Random :) hehe.
Sekian.
Salam.
Mrs Nizar












cantiknya tudung tu..sbb pastel kaler..sesuai dgn emi!!
ReplyDeletetake care!