Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2016

Happy 8th Anniversary My Love

08-08-08 --> 08-08-16 

Alhamdulillah, usia perkahwinan kami baru menjejak ke tangga ke-8. 8 tahun penuh magic.

semoga hubungan dan kasih sayang kami dibaja selalu dengan rasa cinta yang mendalam dan saling mengasihi dan menghormati antara satu sama lain hingga akhir hayat. Tiada yang lebih kami harapkan dari sebuah hubungan yang sentiasa di dalam rahmat Illahi. Dan semoga kami berjodoh di dunia dan terus berjodoh jua di akhirat nanti. Ameen.

Tahun ini memang kami langsung tak buat persiapan/ perancangan untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang ke lapan. Pernah merancang berangan nak meraikan di Maldives. Gigih cari tiket dan google hotel, tapi keadaan kesihatan saya macam tak mengizinkan. Even baru 22 minggu, tapi gaya sarat macam dh menghitung hari. Disebabkan suami takut nak ambil risiko kalau ada emergency di tempat terpencil itu, kami macam tak ada pilihan kedua, jadi kita macam tak ada perancangan lain selepas tu.

Kebetulan minggu lepas saya pun sangat  sibuk dan irham pun demam. First time untuk tahun ni irham faris kesayangan kami demam dan terpaksa tinggal sekolah. 

Sampai la pagi jumaat, tiba2 irham yang demam tu gigih nak juga ke sekolah. Puas pujuk, irham masih berkeras cakap dia sihat dan nak ke sekolah. So papa decided utk hantar irham ke sekolah. Beberapakali mama pesan, kalau tak sihat terus cakap kat cikgu sebab mama nak pick up irham awal. Malam tu badan irham panas sgt tp kebetulan masa subuh, suhu badan irham normal. Alhamdulillah.

Lepas hantar tiga anak kami ke sekolah, macam biasa saya dan suami pun berdating utk sarapan pagi. Pagi tu la suami ckp "sedih pula kita tak raikan anniversary tahun ni. Minggu dpn dah kita kena kerja wkend. Minggu lagi satu, kita nak buat birthday party adam. Sedih kan?"

I terus rasa sayu n terus plan utk bercuti. Suami nak ke pangkor laut tapi hotel semua penuh. Plan kedua tanjung jara resort tp semua blk juga penuh. Pastu sibuk tgk kat Club Med cherating, juga penuh. Sayu betul hati. Dah saat akhir sgt kan. Suami berangan nak bercuti di pantai ala2 pulau. Terus la saya cakap "jom pi singapore". Dan suami jawab "jom". 

Apalagi, terus masa nak makan tu saya booked hotel. Plan nak duk kat shangri la spore, tapi penuh dan harga pun dahsyat, RM3000++ per nite, cancel niat.  Mahal sangat, tak mampu.(Tapi nak cari bilik kurang RM1000 per nite mmg xde la di sentosa island kan). 

Lepas google, jumpa la Siloso Beach Resort. Nampak macam best. Terus booked hotel. Masuk office sekejap, terus balik rumah packing barang. Ambil anak2 kat sekolah, kami pun bertolak ke johor bharu.

So inilah kisah kenangan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8.

Jumaat 05-08-16

Sampai di johor, kami check in kat Thistle Hotel. Kenapa ke sini? Di sinilah kenangan tempat pertama kami bercuti berdua dan hotel inilah tempat kami menginap. Banyak kenangan manis di sini.


View dari bilik kami.


Toilet yang terbuka. (Orang kata sesuai utk orang yang berhoneymoon. Tapi seingat saya, masa ni kan kami baru kahwin, kami bukan pernah couple cintan cintun pun, dapat bilik mandi macam ni buat sy stress. Yelah, macam terbuka sgt. Rasa ada "stranger yang tidak boleh dipercayai" ada bersama dlm bilik. Haish, rasa tak de privacy dan keselamatan sy sungguh merisaukan (wengs hihi). Bukan boleh percaya sgt lelaki ni kan (terlupa dah kawin).  Suami pula kaki sakat kan. Lagi saya stress. Bila kami ingat blk kenangan tu, mmg tergelak besar. 

Ini kot kata org tua, manis bercinta lepas kawin. Tetiba je kena berbaik dgn stranger. Tak ke haru. Stranger plk berlagak je alim masa kenal, konon student maahad, tp lepas kawin baru ku tahu, tak la alim mana, dah terpalit pembawakan  kesan belajar kat america ye hehe (sorry gurau je abang). 


Tak byk kenangan kami "berdua". Sbb seingat sy, elok lepas honeymoon, suami dah kena pegi offshore. Balik offshore, sy dah pregnant. Tak berdua sgt dah kami sbb lepas tu bila bercuti berdua, semua pic dah xde selim melim, sentiasa jelas kelihatab kami dah "bertiga" dah. Dan sekejap je irham dah muncul dlm hidup kami. Alhamdulillah, rahmat Allah di mana2. 

Ni la tanda kasih cinta kami setakat hari ini. :) 


Sampai hotel kami dah lapar, konon dan "bertable for two" la kan. Sape kata tak boleh fefeling dating bila anak ada sekali? Hahaah... Anak2 masih kenyang, kami order room service je utk early dinner. Makanan yang super sedap. Makan berdua, anak2 busy hal masing2 xlayan mak ayah. Mak ayah pun feeling dating berdua je sambil mengimbas kenangan di awal perkahwinan. Tq anak2, kasi chance mama papa menggedik sesekali hehe.

Lepas makan, tiba2 cm baru tersedar "eh anak2 ada rupanya" hehe.. Syok bercerita dan makan berdua smp terlupa jap, eh ramai kanak2 bersama kami dlm bilik rupanya... Hehe apa daaaa.... Anak2 sporting duk main bersama tak hirau lgsg kami berdua hihi.



Ni saya punya. Mee goreng super sedap dgn udang jumbo. 





Petang2 kami bawa anak2 mandi kolam.



Irham direhatkan oleh mama sebab risau demam datang lagi.




Sempat bergambar di cermin ajaib ni. Cermin ni jadi saksi bergambar berdua masa honeymoon dulu. Sekarang dah berlima + satu :) inshaAllah :)


Lepas mandi, anak2 kelaparan, terus kami order dinner utk mereka sebab kami dah kenyang kan.





Sabtu 06-08-16

Plan nak bertolak awal pagi ke singapore, sekali kepenatan. Kami berehat dulu. Pukul 10am baru bertolak ke singapore. 

Kami terus check in di Siloso Beach Resort, Sentosa Island. Cantik tempat ni. Bilik mengadap pantai, gaya2 cam dalam hutan ada juga, dan paling penting swimming pool sangatttt besarrrr...

Pic sekitar hotel...







Spjg hari kami berehat di bilik je sebab irham tak berapa sihat dan saya pun memang nak rehat je, cepat terasa penat sekarang. Bercuti pun niat utk rehat. Jadi tak byk aktiviti kami, tak spt kebiasaan kami bila di spore. 

Petang kami ke pantai, santai seisi keluarga. Gambar sekitar hotel dan pantai di petang hari.







Malam pula, gigih suami google restoran seafood halal utk raikan hari istimewa kami. Kami menuju ke Rasa Istimewa Waterfront Restaurant. Memang istimewa di sini sebab makanan laut sgt segar, plg penting ketam nipah plg besar penah saya makan di sini dan makanan dia sgt sgt sgt sedap (jd kedai wajib dtg dah lasni kalau dtg singapore lagi). 

Antara menu kami ketam masak cili, kerapa tiga rasa, udang jumbo masak sweet sour (udang dia sgt sgt besar dan manis sebab fresh), sotong telur masin, lala (yg ni masakan plg win), tomyam (xbest sgt), kangkung belacan, telur dadar.









Memandangkan restoran ni "di atas air", jadi sempat kami pusing2 makan angin di sini sblm pulang ke bilik.




Ahad 07-08-16

Awal pagi, terus turun bawak anak2 berenang. Seronok sbb pool dia sgt besar. Alhamdulillah irham pun sihat sepenuhnya. Mama bg greenlight join adik2 mandi bersama.






Bila irham bersantai...



Sebelum balik, tiba2 adam ajak ke singapore. Singapore? Eh? Rupanya bagi adam kita mcm xpegi singapore kalau tak visit The Merlion dan pegi USS.

Sudahnya gigih papa bwk jap visit merlion. Nak pegi uss macam tak baloi sebab mama xlarat nak pusing. So pegi perkarangan uss, dan masuk kedai souvenir. Bila semua dh shopping mainan masing2 sbg kenangan dah cukup utk mereka iaitu "kami dah smp uss". Tak susah layan anak2 ni, hihi. Definasi melawat mereka mudah hehe.








Sblm tu kami breakfast di the coffee bean  dan lunch di kfc sbb kat hotel diragui mkanan dia halal. So kat sini ada sijil halal.


Sebelum balik, kita smpt visit city. Jalan2 kejap then blk kl.



Sblm blk rumah, sempat singgah mkn malam di bangi. 

08-08-16

Siang hari sibuk di ofis. Byk appointment. Tapi suami pandai celah ajak mkn2 di tarikh keramat kami. Akibat teringat ketam yg sedap di spore, kami memilih ke shell out lagi. Lama tak ke sini. Suami dh cuak sbb skrang shell out di buka di g-village, ie 4km je dr rumah kami. Yeay. Haha.. Last mkn kt shell out masa bday irham baru2 ni. (Nnti nak update psl bday irham sbb xlama lg dh birthday adam. Nanti confuse plk anak2 atau sy sndr bila nak tgk kenangan di hari istimewa anak2 kami).

Nyumsss...spt biasa kami mmg akan pilih ketam XxL fav sy, squid fav suami, lala utk anak2 etc.suami suka kentang manis jgk. Semua kami masak "curry2 omg". Mmg super pedas la :)



Candid makan. Semua pun nak "menulis" di meja :)






Alhamdulillah.

Semoga hubungan kekeluargaan kami erat sll dan dirahmati Allah selamanya. Saya berdoa agar lebih byk lagi kenangan manis dpt kami cipta bersama selagi usia dikandung badan.

Untuk Ahmad Nizar, lelaki yang saya nikahi lapan tahun lepas, terima kasih kerana menjadikan sy sbg isteri awk. Saya sgt bahagia spjg lapan tahun di sisi awk. Syukur. Pengorbanan dari awk sgt byk, tak terhitung oleh sy dan anak2. Bahagia kami krn adanya awk sll. Byk kenangan manis kita cipta bersama. Semoga kekal kemanisan itu selamanya. Hati ini milik Allah, jgn lupa berdoa dijaga hati kita sll ... InshaAllah.

Saya selalu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan awk juga. Semoga rasa di hati kita adalah sama, bahagia di hati saya turut awk rasa... Selalu.... ameen inshaAllah. 


Perbualan mengarut suami isteri

Isteri : kalau saya mati, abg kawin lain tak?
Suami : tak dah. Abg nak besarkan anak2 kita je. Besar kat kampung je kot.
Isteri : eleh, konon. Sekali tak smp seminggu mati dan gatal terus kawin. Lagi haru, tak mati lg saya,awk dah gatal. Tak baik tau, sian sy. 
Suami : awk tak kenal lg sy...saya macam nash la. Lagi baik dr nash kot.
Isteri : dah kenal sgt dah, tu sy nk ckp ni, tunggu la at least sebulan lepas tu kalau gatal pun. (Suami muka emo). 
Suami : kalau sy mati plk, awk kawin lain tak.
Isteri : jodoh ajal semua kita tak tahu. Kalau ikut hati, cukup la sy kawin sekali je. Sy dh rasa bahagia tu. 
Suami : eleh, yelah tu. Kalau berani awk kawin la lepas sy mati, tiap2 hari sy jadi hantu kacau awk. Ingat yeee !!

Pergh...


Salam.

mrs Nizar





 






















 





















6 comments:

  1. epi anniv ja& emi..moga bahagia hinggah jannah
    part last conversation tu cuteeee hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary :) semoga bahagia hingga ke jannah.. siloso tepi tu ada underwaterworld, seronok main dekat dalam hotel yer..

    - ibuemir -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mira. Tu la, tau. Plan mmg nk ke underwaterworld sbb dulu irham suka sgt ke sini. Tp sbb demam n berapa sihat, mcm xsesuai plk. So xjd pegi underwater world n cancel jgk ke spore night safari. Dua2 ni tmpt fav anak2 huhu

      Delete
  3. hepi aniberseri2 aimi dan suami..


    hehehehehe....takut pulak bila nizar nak jadi antu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ayu :)

      Hahaha tu la, takut kan... Sungguh menakutkan :)

      Delete