Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 7, 2016

Diari Awal Ramadhan

Alhamdulillah hari ni hari ketiga kita menjalankan ibadah berpuasa. Saya sangat berdoa tahun ni saya dapat puasa penuh sebulan sebab nanti susah nak ganti puasa especially time menyusu (cepat drop bila tak makan dgn jayanya).

Semoga kita semua juga dpt neningkatkan ibadah kita dibulan mulia ini. InshaAllah.

Entry ni sekadar entry ringan. Ini diari awal ramadhan kita, lebih tepat diari juadah berbuka puasa. Isitmewa entry ini kerana ia adalah entry air tangan ibu tercinta :)

Sahur pertama

Sehari sblm ramadhan kami ke Pasar Pasir Penambang. Gigih shopping bahan mentah utk masak dibulan puasa. Semua  stok seafood adalah dr pilihan papa. Macam2 jenis ikan selain udang galah, udang xXL dan sotong papa belikan.

Lepas terawih, gigih saya masak menu permintaan suami, sotong masak pedas. Saya masak malam hari. Plan nak goreng ikan tenggiri di awal sahur. Tp tak sempat tidur malam, suami cakap teringin plk nak makan dulu :) sekali geng dgn anak lelaki dia makan berjemaah :)





Juga lebihan juadah lunch, sotong masak pedas dan sotong telur masin.


Ni ikan yang xsmpt nak masak malam tu :) saya goreng awal pagi makan panas2 dengan nasi masa bersahur :)




Puasa Pertama dan sahur kedua

Memandangkan cuti sekolah, kami tidur di rumah mak saya di Bangi je. Ambil peluang sebab tak perlu rushing nak hantar anak ke sekolah. Jadi ada rezeki dapat makan juadah istimewa air tangan ibu.

Semua adik beradik berkumpul. Kani semua tidur di rumah ma di bangi even rumah kakak sy tu sebelah rumah ma je. 

Seronok dpt berkumpul malam2, meriah bersama apatah lagi bila semua anak2 berjunpa sepupu2. Gamat ye. Dan siang hari pula, mereka tak la bosan boleh bermain dengan sepupu di rumah tokma dan tokki mereka bila kami keluar bekerja.

Hari pertama, menu ibu saya bertema masakan kampung yang sgt istimewa. Atas permintaan saya yang dh lama mengidam.

Ada sayur "koklok" ie masak lemak kulit buah sentul bersama sayur2 lain + petai * kacang + udang + sotong. Nyummm nanges i makan. Mengidam pulak kali ni.


Kerutub daging dan paru


Ayam masak merah 

Tenggiri goreng


Ada ikan panggang sekali dgn budu dan ulam :) marvellous :):)





Juga kuih favourite kami, nekbat. 


Alhamdulillah. Berbuka bersama, terawih bersama, berborak dan tidur berjemaah di rumah tokma. Kami suka sbb rumah tokma betul2 depan surau. Anak2 selesa ikut ke surau sebab ada aircond. Jadi tenang je semua smp ngantuk nak tertido hehe.

Selit sikit tgk suami sape rajin duk dapur tu. rajin tolong mak saya ye. Ni masa nk pilih ikan nk panggang. Muah ckit kat papa kita. Sebab saya tak berapa sihat akhir2 ni. Sekadar jd teman di dapur dan bantu yang ringan2 je mampu 




Puasa hari kedua dan sahur hari ketiga

Kali ni saya teringin mee kari. Baiknya mak saya terus masakkan mee kari. Nak nanges terharu.Tapi ma masak nasi juga :) maid saya siap cakap dekat mak saya, dia pasti akan rindukan mak saya kalau dah balik Filipina nanti sebab ma saya selalu masak special untuk kami dan bawak juadah isitimewa ke rumah kami tiap kali datang. Dia sukakan masakan ma.(Pandai ye amik hati ma.) senyum je ma saya, i pulak jeles dengar haha.

Mee kari ma adalah yg terbaik di dunia hihi (setiap anak akan merasakan ibu mereka adalah chef plg hebat mereka).


Antara lauk semalam, ikan tenggiri masak tumis pedas, ikan jeruk (ma buat sndr dr ikan segar), kangkung goreng, daging goreng, paru bercili, sotong goreng etc.

Smpt sy ke bazaar dgn suami, dating beli kuih dan lauk tambahan. 



Tengok tu, dua2 sy makan. Satu pinggan tu mee kari utk saya, nasi tu sy makan utk adik. So papa kata justify la utk sy makan dua pinggan hehe.



Dan semalam, suami turun dapur lagi. Macam biasa, dia plg terer bab penyediaan air. Smlm kami berbuka dgn jus tembikai special dr papa irham. 



Thanks papa. Sedap air papa :) semua orang suka :)

Apa menu hari ni?

InshaAllah, hari ni sy kena masak sndr sbb xboleh tidur rumah ma dah. Malam ni anak2 ada kelas quran.

Papa minta saya masak daging goreng, ayam masak merah dan udang galah masak lemak. InshaAllah nnti kita update :)

Sekian entry makan2, leh jadi menu rujukan bila buntu nak masak nanti :)

Salam.

Mrs Nizar

P/s : teruja dan tak sabar. Sy order kek nutella brownies ni tiga biji. Satu utk sy, satu utk ma dan satu utk bawa blk runah mertua weekend ni. Tak sabar tunggu esok. Mmg lately suka sgt pd kek :)















5 comments:

  1. macam nak mintak je resepi paru kerutub tu haha

    -ibuemir-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, nnti kena tny ma dulu sbb xpandai juga haha. Kalau xsilap sama masa masak kari cuma ni versi xletak santan :)

      Delete