Hari ini mama nak buat satu entry panjang. Penulisan mungkin tidak panjang tetapi sangat banyak gambar mama akan kepilkan dalam entry kali ini utk kenangan kita.
Sempena cuti tahun baru cina, sekolah anak-anak juga bercuti selama seminggu.
Ini diari kita.
SABTU (6-2-2016)
Awal pagi, kita bertolak ke Johor untuk hadir ke majlis perkahwinan kawan mama di sana. Ini gambar sekitar di majlis perkahwinan.
Mari kita tengok jutaan gambar kenangan kita di sana.
Selepas beberapa jam menghabiskan masa bersama, kita keluar dinner di kedai ayam penyet sebelum balik ke hotel. Semua keletihan dan lunyai dengan aktiviti hari ni.
Bangun awal pagi, sempat pula berdating maggi dengan suami sebelum anak2 bangun.
Pagi ni angin bertiup agak kencang, cuaca pula mendung. Memang menggigil la anak-anak mandi kolam. Sekejap je mandi saya ajak anak-anak naik sebab risau selsema pula nanti.
Anak-anak sangat gembira setiap kali ke pantai. Tengok aksi semua orang, bukan main happy ye.
Nanti mama sambung lagi bercerita dalam next entry ye.
Mrs Nizar





























































No comments:
Post a Comment