SABTU (13-2-2016)
Awal pagi kita sekeluarga bangun pagi dan cepat cepat bersiap untuk makan pagi bersama-sama.
Lepas tu kita pun menuju ke tempat yang paling mengujakan anak-anak, iaitu Zoo Negara. Semua pasti sangat gembira kalau mama dan papa nak bawa anak-anak ke zoo.
Kita sampai di zoo jam 10.00am. Selepas dua jam, semua dah kepenatan. Kita juga melawat Panda. Tiket ke zoo sekali dengan melawat panda adalah RM54 untuk dewasa dan RM22. Tiket agak mahal la. Tapi ada sesuatu yang kami kurang berminat.
bila masuk ke tempat panda, semua tak boleh buat bising. Kami faham dan hormati arahan itu. Tetapi Papa sedikit tidak selesa sebab kami bukan nak buat bising, tapi bila anak-anak nak berbisik bertanyakan sesuatu pun adalah tidak dibenarkan. Mungkin sebab kami antara pelawat paling ramai bawa kanak-kanak kan, ada la penjaga zoo yang follow kami. Adam baru berbisik nak tanya sesuatu pada papa, terus mereka pesan tak boleh bercakap langsung. Suami kurang bersetuju sebab kita bukan nak bercakap kuat. Suara berbisik.. Suara yang Shh shh shhh tu..hehe.. Lagipun biasalah anak-anak pasti ada je soalan yang bermain di minda. Tapi saya tengok ada penjaga zoo lain yang tak la seteruk salah seorang yang rajin follow kami tu.
Yang lain semua memuaskan.Landskap zoo pun saya rasa semakin cantik. Anak-anak sangat happy dan penuh teruja. Ok ni jutaan gambar kita semasa di zoo.
Bila semua dah mula keletihan :)
Selepas kepenatan, kita balik ke rumah untuk berehat dan lunch.
AHAD (14-2-2016)
Awal pagi papa bawak kita ke Royal Chulan Damansara. Papa nak bawa anak-anak cuba ice skating. Ini adalah pengalaman pertama anak-anak. Mula2 semua sangat teruja. Bila mula masuk ke ice ring, dah rasa sendiri licin, mereka mula cuak. Tapi lepas papa bertungkus lumis dan bertabah ajar anak-anak setiap seorang bergilir-gilir, akhirnya mereka mula confident.
Sampai berpeluh-peluh tau papa awak nak ajar awak semua tau... Sian papa kan :):) tapi papa nampak sangat happy je selama dua jam bersama anak-anak, tak penat dan senyum selalu masa ajar anak-anak. Thanks abang !
Gambar anak-anak dan suami :) kami datang awal pagi sebab kami tak nak ramai sangat orang lagi memandangkan ini adalah pengalaman pertama mereka kan. Kedua, kalau kita datang sebelum pukul 12pm, caj untuk masuk setiap seorang adalah RM30, kalau selepas 12pm pula RM35 (cuti sekolah). Untuk sewa penguin pula kami ambil tiga ie RM90 (RM30/penguin). Untuk bantu anak-anak balance badan. Stokin kami bawa sendiri, glove pula untuk ariana dan irham kami beli di sana cuma RM9 sepasang.
Teringin sangat nak makan ketam. Plan asal nak ke Shell Out, tapi sebab tak pernah cuba lagi di Dons Dinner, kami cuba menu di sini pula. Paling famous "crab father". Sebab datang berdua, kami alter sikit menu ie ambil dua ekor je ketam nipah, dua ekor lobster, 300gram tiger prawn dab 300gram sotong. Makanan dia sedap tapi tak sesedap Shell Out. Saya masih sukakan Shell Out (even mengikut adik saya, dia lagi sukakan masakan seafood di Ocean Houz sebab Shell Out terlalu masin).
Pic makan2 papa dan mama...
Kalau dari segi review netizen, menu di sini lebih mirah berbanding di Shell Out (untuk konsep makanan macam ni). Saya tak boleh nak agak, mungkin juga la sebab hari tu di Shell Out kami makan utk tiga dewasa dan tiga kanak-kanak = Rm400++. Yang kat sini untuk dua orang =RM200++
So inilah tiga entry tentang beberapa aktiviti kita ketika cuti sekolah selama seminggu baru-baru ini.
Sekian.
Salam
Mrs Nizar
terliurrrrnyaaaa
ReplyDeleteSedapp :) kena try ni
Deletekite bawak juga ank2 ke zoo, tp tk masuk panda...ihihi..
ReplyDeletefuh..sedapnya shell out tuu..
Mmg xde la berbaloi sgt tgk panda hihi. Semua lg best tgk haiwan lain kot :)
Delete