Isnin (8-2-2016)
Keesokan harinya, kita sekeluarga bertolak ke kuala terengganu. Agak teruja kami adik beradik untuk balik kampung sebab sudah agak lama kami tak balik kampung sejak ma dan abah saya lebih banyak menetap dirumah mereka di Bangi.
Ni pic berkonvoi dengan kakak sy :)
Setiba di terengganu, kita sangat teruja tengok lauk pauk yang tokma hidangkan. Balik kampung kali ni memang makan tak ingat. Makan makan dan makan sepanjang waktu.
Ada ulam2, budu, air asam, sup tulang, ayam goreng, ikan bakar, patin tempoyak dan kari daging. Nyum nyum nyum
Lepas lunch sama2, kita semua berehat seketika sebelum ke pantai bersama2. Sebab musim tengkujuh, angin tiup sangat kencang dan ombak juga sangat besar. Tapi saya suka sangat layan angin pantai ni.
Tengah plot tempat dan gaya nak posing ye hehe
Ni gambar nak fokus ombak yg kuat kat belakang ye, bukan fokus gambar adik saya hehe
Tujuan asal datang ke sini sebab nak makan sotonng celup tepung yang famous di terengganu, tapi disebabkan musim cuti, ramai yang balik bercuti, makanya hanya ini rezeki kami :)
Malam tu, saya plan untuk dinner di sebuah kedai di dalam kampung saya. Teringin mee rebus gaya kampung. Sedap. Selalu teringat2. So saya dan suami pergi ke kedai untuk bungkus semua makanan.
Beria kami volunteer nak pegi beli sebab nak naik motor. Sambil menunggu tempahan siap, boleh ronda-ronda dulu (seram juga hehe).
Selasa (9-2-2016)
Bangun pagi, mama& papa, tokma& tokki dan ummi ain keluar breakfast. Yang lambat semua kena tinggal hehe.. Kami bungkus, so selesa sikit la makan di rumah. Sebab kedai ni biasa2 sahaja tapi menghidangkan pelbagai makanan pagi tradisi terengganu. Banyak kami beli antaranya nasi dagang, nasi kunyit, nasi minyak, bihun, pulut nyiur dan ikan masin (favorite adam) dan macam2 jenis kuih. Yang dalam gambar di bawah ni adalah makanan pilihan saya. Ye, saya makan sangat banyak pada pagi itu. Huhu
Bukan anak je, mama pun tak puas lagi. Siap ajak jalan-jalan sambil beli makanan untuk minum dengan teh panas.
Sebelum kami bertolak pulang, tokma masakkan masak lemak udang galah dan ayam masak merah untuk kami. Memang sangat sedap sampai nak menangis hehe. Tapi saya terlupa nak snap gambar. Ini gambar ihsan dr adik dalam whastapp group :)
Ni gambar ketika jem. Yang stress tu, kakak dan adik-adik saya belum balik. Sempat lagi share supper mereka ketika kami tengah jem. Haish. Kalau ikutkan memang tak nak balik lagi tapi tuntutan kerja terpaksa saya akur.
Salam.
mrs Nizar







































Makanan tu.. Makanan tu...
ReplyDeleteHaha .. Nyumnyum
Delete