Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 10, 2016

Rindu Yang Tak Terbendung

11.00pm : ketika anak anak saya semua sudah lena (tidur). { cuba menjaga ejaan saya dan penggunaan ayat yang mudah, kerana anak saya irham dan adam mula membaca blog ini}

Setiap malam, bila anak-anak tidur, akan sampai satu detik hati berasa sayu. Aneh, setiap malam rasa sayu dan sangat rindukan anak-anak. Perasaan rindu yang tidak pernah jemu walaupun setiap masa setiap detik dan setiap waktu lapang saya, pasti ada anak-anak dengan saya.

Bila keluar bekerja atau menunggu anak-anak habis kelas (sekolah/kelas Quran), perasan tidak sabar untuk jumpa semula sangat membuak-buak (sangat banyak). Dua jam anak di kelas tambahan, mama dan papa akan menunggu anak di kedai makan di sekitar kelas anak-anak. Mama tak betah (tidak mahu) untuk balik ke rumah. Mama pasti lebih berasa sayu bila rumah kita sunyi ketika anak-anak tiada di rumah.

Bila keluar bekerja, hati selalu tak sabar nak balik.pantang ada waktu lapang, mama pasti akan segera untuk pulang berjumpa anak-anak. Tidak pernah sedetik ingin berlama-lama di mana-mana andai diberi peluang untuk segera pulang berjumpa irham, adam dan ariana. 

Malam ini, papa pula pasang lagu "Janam-janam".  Rentak melodi lagu itu mengusik hati mama. Tiba-tiba datang lagi rasa sayu rindukan anak-anak. Bila berdua dengan papa, hati kami makin kuat Rindu pada anak-anak. Kami sangat gemar bercerita tentang anak-anak, kenangan dengan anak-anak. Ada senyum dan air mata gembira di dalam setiap cerita kami tentang anak kami. Anak-anak penguat kasih sayang mama & papa inshaAllah.

Mama cuma hendak menzahirkan apa yang tersemat dihati mama setiap hari di sini. 

Terharu bila adam cakap, setiap hari bila pergi ke sekolah, adam rindu mama. Bila mama pergi kerja, adam rindu mama, adam tidak sabar menunggu mama balik dari pejabat mama.

 Irham cakap bila bangun dari tidur, irham selalu rindu mama, rasa nak bermain dengan mama selalu.

 Allahuakbar..... Rasa itu juga yang selalu ada di hati mama. Kalaulah irham dan adam juga ariana tahu apa di dalam hati mama setiap masa. Semoga ditetapkan rasa kasih ini hingga akhir hayat kita. InshaAllah.

Mama nak letak di sini beberapa gambar kenangan kita sehari dua lepas. Setiap masa yang dihabiskan bersama kelurga adalah masa-masa emas yang paling berharga dalam hidup mama. 

Demi Allah, mama terlalu sayang anak-anak mama. Semoga kasih suci ini membawa kita ke syurga dan kita tidak diuji dengan ujian berat dari kasih sayang ini. Ameen. Sentiasa diingat, kita saling dipinjamkan Allah untuk berkasih sayang. Sampai masa kita PASTI akan terpisah di dunia. Dipisah dengan kematian. Ingat pesan mama selalu, mama selalu berdoa untuk bersama anak-anak mama selalu. Kita iaitu mama dan papa juga anak-anak akan bersama semula disyurga nan kekal nanti. Kita sama-sama berdoa, inshaAllah.



















Semoga anak-anak mama sentiasa di dalan lindungan Allah dan diketemukan dengan orang-orang yang mendekatkan anak-anak kepada yang haq dan dijauhkan dari segala ujian ke arah yang batil.

Mama & papa love you Lillahi Taala... 



With loves,
Mrs Nizar


















No comments:

Post a Comment