Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 11, 2016

Statik | Tabah Istiqamah

Sejak bulan lepas, saya dan suami dlm usaha nak turunkan berat badan. Alhamdulillah akhir Januari lepas saya dapat turunkan 10kg. 

TETAPI, kadang-kadang manusia ni cepat sangat berpuas hati. Lepas tu saya dah mula "ngelat". Hasilnya berat badan jadi statik ie 53kg. Ada lagi 3kg sepatutnya saya "nyahkan".

Sejak bercuti dan balik kampung, memang aktiviti makan-makan makin menjadi-jadi. Sampaikan terbawa-bawa hingga hari ini. Asyik rasa lapar dan teringin macam-macam.

Perbualan dengan suami lewat malam tadi:

Dia : resolution tahun baru rosak seawal bulan februari. Saya dan naik badan 2kg. Kena diet la. Tak nak makan dah. Jom kita makan sup sayur je.

Saya : saya rasa kita tak perlu extreme sampai makan sup sayur. Sebab awak bukan suka sangat sup sayur. Nanti mood tak baik, badan susah nk turun. Makan je apa kita suka, tp kena pastikan tak makan keterlaluan kuantiti. Makan sedap tapi tak banyak.
Saya makan je semua, tapi berat dah tak naik. Tapi kalau tak jaga dan saya makan dengan terlampau banyak, memang la akan naik juga. At least saya happy je makan apa saya nak. 

Dia : baru saya tau rasa stress berat badan naik. Ni baru 2kg.

Saya : yelah, sebab tu saya sedih baru ni. Naik 10kg tu boleh sabar lagi, pegi sana sini orang buat terkejut dan macam sangat kesian tengok saya. Huhu

Kenapa nak sangat turun berat badan?

1) sebab selalunya penyakit mudah datang bergantung apa yang kita makan. Abah selalu ingatkan saya untuk jaga makan sebab abah dan ma saya adalah penghudap diabetes dan darah tinggi. Kalau saya tak jaga makan, kemungkinan untuk mewarisi penyakit itu lebih besar. 

2) dua tahun lepas saya ada buat stress test & ECG. Dari rekod, salur darah katanya agak sempit. (Term sebenar apa saya tak pasti). Bila saya tanya sebab pemakanan ke?

Katanya bukan. Disebabkan stress. Dia kata sempit sebab diselaputi lemak lain. Saya buat dengan seorang doktor pakar di Prince Court Medical Centre.

Katanya kalau saya tak jaga diri saya dan biarkan dalam keadaan stress, ditambah kurang bersenam dan tak jaga makan, dia risau boleh sebabkan serangan jantung.

Sejak itu, saya mula kontrol stress. Banyak abah belikan buku dan bagi nasihat dan motivasi (abah memang selalu dijemput untuk memberi ceramah motivasi etc). Alhamdulillah saya rasa saya makin inprove pasal mengawal stress.

Jadi saya perlu jaga pemakanan dan bersenam selalu.

Memang ajal maut dan penyakit itu dari Allah dan sudah ditetapkan sejak sebelum kita dilahirkan, tapi kita harus berusaha untuk menjaga kesihatan selagi ada peluang.

Memang la lately tak jaga sangat makan. Air manis pun macam saya ambil selalu especially bila keluar dengan suami sementara tunggu anak-anak habis kelas Quran etc. 

Apa maksud kami tak jaga sangat makan?

Ini contoh makanan minggu inj :

RABU

Breakfast

Nasi putih, tomyam campur, sotong masak pedas, daging goreng kunyit, ayam merah dan telur dadar. 


Kebetulan anak saudara (ariff dan zharfan) pun datang tinggal di sini sementara mama mereka kerja, so kami makan sama2.


Lunch

Makan di sakura kristal. Ni menu saya. Konon less karbo sebab pagi makan nasi (padahal ada je kentang etc). Grill chicken, udang masak peranakan dan paling sinful makan eclairs icecream... Habis pulak tu makan semua. Suami makan nasi goreng claypot.




Dinner

Domino's pizza siap dengan chicken wing dan onion ring. (Sigh).



KHAMIS

breakfast

Nasi putih lagi, gulai daging, ayam goreng, sayur campur dan telur dadar.  Jujurnya, saya memang jaga portion tapi makan nasi juga la pagi. Suami saya kata dia mungkin kena potong lagi portion tu.


Erk, siap bawak bekal ke office ...


Dessert....yang ini saya tak makan. Suami dan anak-anak sahaja.


Gambar anak-anak dan sepupu breakfast bersama.


Lunch

Tiba-tiba teringin nak makan patin tempoyak walhal tak suka pun. Makan la rasa sikit. Ni lauk saya. Suami pula ada ayam kampung goreng.




Dinner

Acah acah diet pada awalnya konon tak nak makan. Pergi hantar anak-anak mengaji quran tu, kami minum-minum je kat kedai.

Sekali lepas tidur kan anak kat bilik mereka, baru terfikir nak masuk tidur, dengan berdentam dentum dapur. 

Masuk jenguk dapur, nampak suami tersengeh. 

Suami : hehehe... Suami lapar la tengah malam sebab tak makan.

Kantoi kan. Ajak saya join sekali. Bukan satu ye, suami buatkan dua bungkus megi goreng untuk saya. Suami pun makan megi goreng. dengan keropok ikan juga. Merudum azam kami. Haish...

Tq abang. Memang sedap la megi goreng ni hihi.


Bukan itu sahaja, habis semangkuk kek coklat ni. Pergh....



JUMAAT

Breakfast

Saya masak tomyam lagi sebab permintaan adam. Ayam paprik dan telur rebus. Semoga azam diet berjalan lancar hari ni. Macam statik je ni. Lagi 3kg... Chaiyo...




Anak-anak breakfast pagi ini :) makan boleh, tapi jaga portion. Jangan terlalu banyak. Bak kata suami, segenggam nasi sekali makan.


Sekian....

Mrs Nizar









2 comments:

  1. salam kenal...

    adus..kite jenis belasah semua-mkn je..sbb tau bdn susah nk naik..tp skrg dh sedar diri...cuba utk jaga mkn....takuttt..

    kek tuuu..nmpk sedap...larikkk!! ;-))

    ReplyDelete
  2. i have 5 more stubborn kilos..adoyai memang dh static and memang ada amik carbo/nasi on off ni..semangat tak berapa kuat :'(

    ReplyDelete