Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 18, 2016

homemade jamu | dating | ayam masak lemak

Diari saya seorang isteri dan ibu semalam :)

Homemade Jamu

Sejak lepas bersalin, saya memang amalkan juga la pengambilan jamu. Semua orang tahu khasiat jamu, jadi saya pun teringin nak mencuba, tetapi takut juga untuk membeli sebarangan sebab tak tahu apa kandungan tambahan kan.

Selepas bersalin, saya dijaga seorang tukang urut yang arif pasal penjagaan wanita. Banyak nasihat penjagaan wanita kami kongsi bersama. Akhirnya saya memilih untuk sediakan sendiri air rebusan jamu saya. Syukur dapat suami yang sangat memahami malah lebih bersemangat dan menyokong bab2 penjagaan kesihatan ni. 

Malah dia lagi arif dari saya kot. Dia pun rajin membaca juga. Tukang urut bagi je senarai bahan untuk dibeli kepada suami saya, dan dialah orang yang selalu membeli stok "jamu" saya. Dia tahu kedai mana sebab selalu dia pergi sendiri je di terengganu. Selalu kami beli stok banyak terus sebab jarang balik. Di KL xpasti pula kat mana. Ada juga yang saya tak kirim pun dia beli sebab yang jual jamu syorkan. Saya bukan kenal sangat pun apa dia beli hehe.

Tukang urut selalu cakap, kecantikan dan kesihatan dalaman adalah lebih penting dari kecantikan dan kesihatan luaran sebab ia memberi impak kesihatan dan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kira kita ikhtiar dan berdoa la.

Ni antara air rebusan akar kayu yang saya selalu buat ie bahan-bahan ni memang selalu ada dalam simpanan di dapur saya :

1) genggam kacip fatimah


Ada beberapa jenis ye, ada akar kacip fatimah, pokok kacip fatimah dan genggam fatimah.

Khasiat dari google :

-Keputihan
-Sengugut
-Mengimbang Perjalanan Haid
-Mengembalikan Kekuatan Tenaga
-Mengecutkan Rahim selepas Bersalin
-Menyembuhkan Sakit Pinggang
-Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil
-Memberi Ketahanan Badan dan Kulit
-darah tinggi 
-kencing manis
-menurunkan kadar kolesterol dalam darah
-menyembuhkan sakit sendi
-pelawas ( duretik )
-merawat kebas-kebas kaki dan jari
-membuang angin dalam badan 
-menurunkan paras asid urik dalam badan ( mengawal penyakit gout )

PERHATIAN: Ini bukan 'Akar Genggam Fatimah' untuk mudah bersalin 
tetapi 'Pokok Genggam Fatimah' untuk merawat penyakit2 .

2) manjakani

Ini stok manjakani saya. Beli banyak sekaligus.


Sumber google :

  • Awet Muda - Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat membantu melambatkan proses penuaan
  • Mencantikkan kulit  
  • Membantu mencegah jerawat 
  • Pencegahan Diabetes -  Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma 
  • Pencegahan dari kanser serviks dan payudara 
  • Membantu merawat  keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan 
  • Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan oto-otot faraj 
  • Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina 
  • Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah 
  • Membantu memberi tenaga 
  • Membantu menjaga kesihatan mata - Memperbaiki tahap penglihatan 
  • Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang 
  • Memelihara kebersihan mulut 
  • Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran 
3) akar serapat


Khasiat dari google :

1. Memperbaiki dan menegangkan tisu faraj.

2. Membantu menegangkan payudara.

3. Menegangkan otot dan sendi.

4. Membantu memulihkan luka dan menambah tenaga.

5. Menegang dan mengecutkan otot.

6. Membantu melicinkan kulit.

7. Membuang toksid dalam badan.

8. Melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ.

9. Melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

Contoh :

Semalam saya buat air rebusan genggam kacip fatimah dan manjakani. Kacip fatimah macam xde rasa, tapi manjakani sangatlah pahit. Tahan jelah. Isi dia pula kalau tak tahan nak telan, saya buat bulat-bulat kecil-kecil, jadi macam makjun tu, pastu saya telan dengan air milo ke apa. Hihi. So tak la rasa kepahitan yang teruk itu.


4) kalau lepas "datang bulan".

Saya tak ada pula ambil gambar. 

Bahan-bahan : halia, kunyit hidup, serai dan gula batu.

Rasa air ni sama macam air teh halia yang disediakan di spa selepas urutan :) sedap. Memang rasa khasiatnya elok selepas pengambilan.

Tujuan untuk menghilangkan bau tidak elok selepas "datang bulan" selain membersihkan bahagian dalaman dan buang angin dalam badan. Rasa ringan badan lepas tu. cuba la :):)

Juga saya cuba ini :)



2) cerita dating versi rare :p

Lepas buat air rebusan semalam, sebab ambil masa yang lama, saya ikut suami hantar anak-anak ke kelas Quran Al Baghdadi. Sementara menunggu anak-anak, selalu kami berdua berdating minum-minum di kedai-kedai area kelas anak-anak. Kelas mereka dua jam.

Semalam suami ajak ke Aeon AU2, sebab nak ajak tengok movie. Konon nak beli tiket dan midnite date berdua. Movie pilihan suami mula jam 11.45malam.

Tetiba rasa tak berapa larat sebab saya belum masak untuk brekafast dan bekal anak-anak. Lagipun, saya ada meeting awal pagi jumaat dan jadual padat back to back hari jumaat ie hari ini.

So papa try cari ada tak cerita yang dua jam je ie sementara tunggu anak. Harus la tak ada. Tp yang saya teruja tu, bila datang sini saya suka sangat fishball cheese dia. Datang sini beria nk beli selalu mengalahkan teruja nak tengok movie.

Tadaaaa....



Dan hasilnya, kami berdating sambil makan fishcheese ball dan hotdog sambil layan preview movie dekat TGV ngeh ngeh ngeh.. Layan jelah...




Ni la bangku tempat dating kami. Sambil tengok "movie" hehe


Lepas tu kami jemput anak-anak balik jam 10mlm. Anak dara saya dah mula pandai minta tudung bila keluar rumah :)



Ayam Masak Lemak

Semalam kali pertama masak ayam masak lemak cili padi. Selalu buat ketam atau udang je. Semalam lepas ambil anak balik mengaji jam 10pm, mula la masuk dapur jam 10.30mlm. Masak sorang2 sebab bibik pun dah lunyai. Haish.

Gigih menggoogle dan inilah hasilnya... Nyumnyumm...

Mudah. Tumbuk je kunyit, cili padi dan serai. Gaul dengan ayam. Letak dalam kuali.


Masak dengan api kecil tanpa air/minyak. Nak bagi ayam kering. Juga masuk bawang putih dan bawang merah blend. Halia juga.


Masukkan santan cair, asam keping, kiub pati ayam dan kacau. Saya xde daun kunyit. Hehe. Belasah je.



Dan nak mendidih, masukkan santan pekat pula dan tunggu mendidih. Masuk garam dan gula.


Yeay dah siap. Alhamdulillah. Makan dengan daging goreng kunyit. Ini la bekal anak-anak dan lunch untuk family saya selain bekal roti coklat nutella.



Pukul 1am baru boleh tidur lepas siapkan barang anak-anak. Bersih badan juga sebab busuk di dapur. Hehe. Suka wangi wangi kalau nak tidur. Jadi segar dan bila bangun mood pun baik. :):)

Sekian, entry diri sendiri sekali sekala :)

mrs Nizar






4 comments:

  1. Rajinnya aimi. Mira ni makan beli yang siap je. Paling gigih pun blend peria yg pahit tu. Lagi satu adventurous jugak anak-anak aimi makan ye. Emir lagi lagi nak ayam goreng kunyit. Bapak dia pulak goreng goreng , kalau masak berkuah, lauk tak jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, bukan rajin sangat. Dulu ada juga try nk beli je tp ada isu brg tak ori la, kelulusan KKM la etc. tp kalau berpantang sy amik nina roguy je. Even lepas pantang pun kadang2 amik.

      Bab makan, adam suka mencuba lauk mcm2. Fav diorg ayam gulai, kalo masak ayam gulai kira nasi kena masak extra. Hehe. Adam suka daging. Irham plg memilih. Tp diorg suka jgk lauk berkuah ni. Kalo goreng2 kena bkuah kicap la :)

      Delete
  2. klah tak pernah masak versi cili api sbb zharfan ariff tak leh mkn pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sll jgk masak cili padi ni sbb senang n campak2 je, tp masak ayam lain sikit rupanya bila nk buat lemak cili padi hehe. Masak x la pedas sgt tp anak2 so far ok je pedas sikit2. Kalo adam mmg suka yg pedas je. Dia pun dh stat mkn nasi dengan cili ma sll kirim tu. siap gaul dgn nasi lg. emi sll buat utk cicah2 je hehe

      Delete