Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, February 15, 2016

Part 2: Happy School Holiday { satu malam di terengganu}

Entry sebelum ni terhenti bila kita selamat tiba dirumah selepas pulang dari johor.

Isnin (8-2-2016)

Keesokan harinya, kita sekeluarga bertolak ke kuala terengganu. Agak teruja kami adik beradik untuk balik kampung sebab sudah agak lama kami tak balik kampung sejak ma dan abah saya lebih banyak menetap dirumah mereka di Bangi.

Ni pic berkonvoi dengan kakak sy :)


Setiba di terengganu, kita sangat teruja tengok lauk pauk yang tokma hidangkan. Balik kampung kali ni memang makan tak ingat. Makan makan dan makan sepanjang waktu.

Ada ulam2, budu, air asam, sup tulang, ayam goreng, ikan bakar, patin tempoyak dan kari daging. Nyum nyum nyum







Oh ye, terengganu kononnya tengah musim tengkujuh, beria anak2 saya bawa jaket hihi


Lepas lunch sama2, kita semua berehat seketika sebelum ke pantai bersama2. Sebab musim tengkujuh, angin tiup sangat kencang dan ombak juga sangat besar. Tapi saya suka sangat layan angin pantai ni.





Tengah plot tempat dan gaya nak posing ye hehe


Ni gambar nak fokus ombak yg kuat kat belakang ye, bukan fokus gambar adik saya hehe




Tujuan asal datang ke sini sebab nak makan sotonng celup tepung yang famous di terengganu, tapi disebabkan musim cuti, ramai yang balik bercuti, makanya hanya ini rezeki kami :)


Malam tu, saya plan untuk dinner di sebuah kedai di dalam kampung saya. Teringin mee rebus gaya kampung. Sedap. Selalu teringat2. So saya dan suami pergi ke kedai untuk bungkus semua makanan. 

Beria kami volunteer nak pegi beli sebab nak naik motor. Sambil menunggu tempahan siap, boleh ronda-ronda dulu (seram juga hehe).



Lewat malam pula (11 malam), kami keluar ke pantai lagi. Kat terengganu ni memang selalunya pengunjung ke pantai batu burok tak mengira waktu. Sempat la makan ringan-ringan selain ke taman shah bandar untuk melawat kawasan sambil tengok lampu yang bergemerlapan.




Lewat malam kami balik rumah dan terus tidur.

Selasa (9-2-2016)

Bangun pagi, mama& papa,  tokma& tokki dan ummi ain keluar breakfast. Yang lambat semua kena tinggal hehe.. Kami bungkus, so selesa sikit la makan di rumah. Sebab kedai ni biasa2 sahaja tapi menghidangkan pelbagai makanan pagi tradisi terengganu. Banyak kami beli antaranya nasi dagang, nasi kunyit, nasi minyak, bihun, pulut nyiur dan ikan masin (favorite adam) dan macam2 jenis kuih. Yang dalam gambar di bawah ni adalah makanan pilihan saya. Ye, saya makan sangat banyak pada pagi itu. Huhu




Lepas makan pagi, kami balik rumah. Anak2 semua dah siap mandi. Sibuk la pulak nak berjalan ajak papa bawa motor  nak meronda kampung. Bergilir-gilir la papa melayan.


Bukan anak je, mama pun tak puas lagi. Siap ajak jalan-jalan sambil beli makanan untuk minum dengan teh panas.





Lewat petang pula, anak-anak menghabiskan masa bermain "bubble" dengan sepupu mereka di halamab rumah.




Sebelum kami bertolak pulang, tokma masakkan masak lemak udang galah dan ayam masak merah untuk kami. Memang sangat sedap sampai nak menangis hehe. Tapi saya terlupa nak snap gambar. Ini gambar ihsan dr adik dalam whastapp group :)



Kami bertolak ke kuala lumpur jam 9malam. Kenderaan agak banyak tapi masih ok la. Sekejap je jam. Alhamdulillah, selepas 4 jam perjalanan kami selamat sampai.

Ni gambar ketika jem. Yang stress tu, kakak dan adik-adik saya belum balik. Sempat lagi share supper mereka ketika kami tengah jem. Haish. Kalau ikutkan memang tak nak balik lagi tapi tuntutan kerja terpaksa saya akur.



Inilah aktiviti untuk empat hari pertama cuti sekolah. Kemudian mama masuk kerja sebelum aktiviti kita seterusnya.... Apa dia? Ok nanti mama cerita lagi lepas ni.

Salam.

mrs Nizar























2 comments: